Chapter 25-mama and daddy

2.8K 450 343
                                    

MAMA AND DADDY

******

Perlahan-lahan mata dibuka luas. Berkerut dahinya menahan segala sakit yang menimpa diri. Tangan yang dicucuk untuk dimasukkan air ke dalam badan, dipandang. Mata memandang sekeliling.

Hospital.

Mata menangkan tubuh sasa Carl yang sedang baring berpeluk tubuh di atas sofa. Terasa berat mahu bersuara. Tidak larat. Tiba-tiba perut menyerang dengan sekatikan. Kepala yang berlanggaran dengan pasu turut menyerang.

Cyra berdecit sakit.

"Arghh!" 

Carl yang lena, terjaga. Pantas badan berdiri dan mendekati Cyra yang berkerut menahan sakit. Air mata mengalir. Terlalu pedih. Carl menekan butang kecemasan. 

"Tahan, sayang." Panik Carl. Panik dan risau. Sekali lagi, darah mengalir dari kaki membasahi tilam katil hospital.

Tidak sampai 5 minit, doktor dan beberapa orang jururawat masuk ke dalam bilik. Carl dibawa keluar dari bilik. Phone dipoket seluar diambil. 

"Mummy..." Sedih nada Carl.

"Kenapa, sayang mummy?" Lembut nada Helena.

"Cyra, mummy...Cyra..." Adu Carl. 

"Tell me, anak mummy kan kuat? Tell me, apa jadi. Tenang kan diri. Yakin pada Allah, sayang."

Carl duduk di bangku luar bilik wad dan ceritakan apa yang jadi pada Cyra. Talian ditamatkan setelah doktor keluar. Carl berdiri semula. 

"Cyra's husband?" Soal doktor itu. Carl diam. Lama itu dia mengangguk. Doktor mengangguk sahaja.

"Kami akan melakukan x-tray dan rawatan sekali lagi untuk memasikan keadaan sebenar Puan Cyra."

"Doktor, saya nak tanya. Kenapa darah keluar dari arah..."

"Puan Cyra mengandung?" Soal doktor itu. Carl terdiam lagi. Cyra...mengandung?

Tidak pernah tengok tanda-tanda mengandung pun selama ini. Carl membuat keputusan untuk menafikan kenyataan doktor. Kepalanya menggeleng.

"Okay then, saya akan buat rawatan tepat pukul 3 petang." 

"Baik doktor, terima kasih."

Doktor itu beredar, Carl masuk ke dalam bilik. Menunggu semua nurse keluar dari bilik. Setelah itu, Carl duduk di kerusi sebelah katil Cyra.

Cyra yang bersandar pada katil itu menunduk. Tangan kiri Cyra patah, kepala berbalut. Garis-garis luka di lengan dan kakinya masih belum sihat.

"Hey, feel better?" lembut Carl bertanya. Cyra diam kemudian mengangguk. Kepala dipusing memandang Carl. Satu senyuman tipis Carl hadiahkan.

Keadaan kembali sunyi. Terasa janggal. Carl terasa dirinya kerdil di situ. Cyra pula tidak kuat untuk terus menatap wajah Carl. Lelaki yang dicintai itu kini bukan lagi bergelar suami.

"Mama, daddy?" Lama keadaan sunyi, akhrinya Cyra bersuara. Baru sahaja Carl mahu menjawab, pintu bilik dibuka dari luar. Ariana terus meluru dan memeluk Cyra. Kepala Cyra diusap lembut.

Cyra mengukirkan senyuman pada Ariana.

"You're strong, my girl." Ujar Ariana dan mencium dahi Cyra. 

"I'm your daughter!" 

Ariana tersengih, begitu juga Raf. Carl berdiri dan memberikan kerusi itu pada Raf.

"Carl keluar dulu." Ujar Carl. Raf mengangguk dan Ariana membiarkan. Carl terus berlalu keluar. Sakit badan belakangnya itu semakin terasa. Rasa ngantuk mula menghantui diri. Carl duduk di kerusi dan letakkan kepalanya pada dinding. Tangan memeluk tubuh dan cuba untuk tidur.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now