Chapter 17-Elvina Lydia

2.8K 341 129
                                    

ELVINA LYDIA

*******

Dian terkejut apabila Carl tiba-tiba masukkan ke dalam bilik. Bukan sebab itu sahaja tapi Carl baring di atas katil disebelah Dian.

Dian terasa janggal.

"Carl, kau dah kenapa?"

"Apa? Dosa ke? Takkan. Jadi diam." ujar Carl sambil tidur membelakangi Dian.

Dian membiarkan Carl. Buku dicapai untuk menghilangkan rasa gugupnya. 

"Aku nak tidur sini. Aku tak nak bincang dengan Cyra. Jadi kau tak payah rasa janggal."

Dian diam sahaja. Tidak lama selepas itu, Carl bersandar pada katil. Jantung Dian bagai mahu meletup.

"Bila last kau jumpa Leo?"

"Selepas kejadian malam tu sebab nak putuskan tunang."

"Wait. Siapa Valen? Siapa Leo Devyn?"

Dian tersentak. Dian memandang Carl.

"Macam mana kau tahu tentang ni?"

"Aku dengar apa Cyra bual dalam phone dia. Sekarang ni jawab. Kau tunang dengan Leo Devyn atau Valen? Siapa Valen?"

"Valen. Aku sendiri tak kenal siapa Valen yang sebenarnya. Apa yang dia nak, semua aku tak tahu. Yang pasal kejadian tu semua rancangan Leo Devyn bukan Valen."

Carl diam seketika. 

"Valen dan Leo bekerjasama?"

Dian mengangkat bahu.

"Cara Valen macam nak gunakan Leo. Sebab tu aku kata, aku sendiri tak kenal siapa Valen."

"Habis sekarang ni Leo mana?"

"Dia menghilang. Sebab Valen tengah cari dia."

"Sebab?"

"Sebab kes kejadian tu." jawab Dian. Carl bingung. Memproses semuanya. Dian bermain dengan jarinya. 

Baru sahaja Carl mahu baring semula, dia kembali bersandar.

"Sierra? Mana perempuan tu?"

"Mati." ujar Dian. Carl terkejut namun reaksi dikawal. Mata memandang Dian dengan penuh persoalan. Dian mencapai phone nya. Kemudian, gambar kubur ditunjukkan pada Carl.

"Kubur Sierra. Valen bunuh dia." ujar Dian. Carl memegang phone Dian.

"Sebab kena bunuh?"

"Dia tahu siapa Valen kemudian dia cuba bunuh aku. Tapi Valen muncul dengan tutup separuh wajah dia. Dia kejam, Carl. Sangat kejam." jelas Dian. Carl sekadar mengangguk dan beri semula phone kepada Dian. Badan dihempas baring ke atas katil semula.

**********

"Siapa Valen?" dingin Cyra bertanya.

Leo mengangkat bahu. Cyra menendang meja. Hujung tajam pisau dihala pada leher Leo.

"SIAPA VALEN!"

Leo menolak badan Cyra menjauhinya. Kemudian berdiri.

"Aku rasa Alaya dah bagi banyak petunjuk. Kau carilah sendiri. Aku pun dia layan macam sampah apatah lagi kau."

Mata menikam tajam Leo.

"One day kau akan kenal juga siapa Valen. Dia dekat dengan kau cuma aura kejam dia je tak ada."

"Isaac?"

Leo mengangkat bahu.

"Dia akan munculkan diri. Cuma kau perlu siap sedia. Dia kejam."

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now