Chapter 11-kisah silam

3.1K 330 177
                                    

KISAH SILAM

********

Sudah tujuh bulan berlalu sejak peristiwa sedih itu. Di mana Dian meninggalkan semua orang. Lima bulan kids meninggalkan Sydney dan menetap di Malaysia. Masing-masing menjalani kehidupan seperti biasa.

Cyra yang masih sedih cuba untuk positif kan dirinya. Ketiadaan Dian memberi impak besar. Rasa kosong, rasa sunyi.

Flashback

"Sebaik sahaja Dian keluar dari rumah ni, you are not our my daughter. Keluarga mama bukan macam Dian." tegas Laura.

Dian memusingkan badannya menghadap Laura. Senyuman diukirkan.

"Thank you for everything. You are the best parents ever but I choose to go" ujar Dian. 

Dian melangkangkah bersama air mata yang tidak berhenti mengalir. 

"Diandra!"

Langkah Dian terhenti. Air mata dikesat. Cyra melangkah mendekati Dian yang tidak memusingkan badannya. 

Tersedu-sedan Cyra menahan tangisnya.

"Ja...jangan pergi. Aku...aku tak kuat untuk hadap semua ni tanpa kau."

Dian menunduk dan senyum tipis. Air mata mula bergenang. Badan dipusing menghadap Cyra yang memandangnya.

"Kau kuat. Aku tahu kau kuat. Kalau kau tak kuat, kau takkan buat keputusan macam ni Cyra. Teruskan dengan pilihan kau. Aku dengan pilihan aku."

"Kenapa Dian? Kenapa kau buat macam ni?"

"Suatu hari nanti kau akan faham betapa sakitnya kena tipu dengan orang yang kita sayang. Sakit, Cyra. Sakit sangat."

Cyra menunduk. Air mata menitis dan jatuh ke lantai.

"Setiap hari aku menangis, aku tak bahagia."

Cyra melangkah setapak. Dian ke belakang.

"Jangan dekat dengan aku Cyra. Biarkan aku pergi. Aku nak kau tengok penderitaan kau apabila tengok orang yang kau sayang pergi."

"Dian..."

Dian memusingkan badannya dan terus berjalan. Cyra memeluk Dian dengan erat.

"Jangan tinggalkan aku. Aku tak mampu. Please, don't leave me."

Tangan Dian menarik tangan Cyra dari memeluknya. Cyra terduduk dan meraung. 

"Cyra!"

Carl hampiri dan memeluk Cyra.

"Maafkan aku, Dian. Jangan tinggalkan aku."

End Flashback

LIMA BULAN YANG LALU

Carl menghampiri Cyra yang sedang termenung di balkoni. Pinggang Cyra dipeluk. Cyra mengesat air matanya dan senyuman tipis diukirkan.

"Hey, what's wrong? Tak happy ke nak tinggal dekat Malaysia?" 

Cyra diam seketika. 

"Cyra rindu Dian. Kalau Dian ada mesti lagi gembira kan? Mesti kitaorang dah pilih nak bilik yang mana, berebut bilik. Bergaduh. Tapi semua tu angan-angan..."

Diam.

"Angan-angan yang tak akan berlaku."

Carl mengusap lembut kepala Cyra.

"Sayang, listen. Aku yakin Dian rindukan kau. Dia akan cari kau dan kau akan jumpa dengan dia, suatu hari nanti. Jangan sedih-sedih, aku tak suka tengok kau menangis." pujuk Carl.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now