Chapter 40

1.6K 202 57
                                    

Zayden datang dengan tangan kosong. Dia tidak dapat mencari siapa lelaki dalam gambar yang diberikan oleh Cyra malam semalam. Air tea diteguk sambil memerhatikan Cyra yang sedang termenung memikirkan hal ini.

"Kerja Valen."

Zayden hanya diam. Dia menunggu Cyra menghabiskan ayat. Kerja Valen? Cyra tahu siapa pemilik email itu? Pintu utama dibuka. Seseorang masuk. Dian memberi senyuman tipis apabila orang memandangnya dan segera menghampiri Cyra dan Zayden.

Cyra berdiri. Cardigan panjang itu dibetulkan. Dia hanya memankai bawal ala kadar tapi menutup aurat. Dian berdiri di sebelah Cyra.

"Jaga twins. Aku pergi dulu."

Dian mengangguk. Cyra meminta tolong Dian pada pagi tadi untuk datang waktu tengah hari untuk jaga twins seketika dia mahu keluar dan Dian hanya setuju selepas mendapat izin dari Isaac.

"Ke mana?" soal Zayden. Cyra memandang Zayden.

"Somewhere."

Pintu utama dibuka. Terlopong mulut Cyra melihat keadaan di luar. Ramai bodyguard dan banyak kereta yang ada di halaman rumah hadapan. Pintu dibuka luas lalu memandang Dian.

"Seriously Dian?" soal Cyra. 

"Kau tahu Isaac macam mana kan?"

Cyra menjulingkan matanya ke atas lalu mendengus kasar. Dah kenapa nak upah ramai orang jaga di sekeliling rumah. Seorang lelaki menghalang Cyra dari masuk ke dalam perut kereta. Kening dijongket. 

"Tuan Isaac suruh saya bertugas sebagai driver Puan Ava hari ini."

"Aku boleh drive sendiri. Gedik betul lah tuan kau ni! Ingat aku ni apa hah? Macam mana lah Dian boleh bertahan dengan perangai bangang Isaac." bebel Cyra sambil melangkah ke kereta yang disediakan dan masuk ke dalam perut kereta.

"Cafe Hayder." ujar Cyra. Pemandu itu mengangguk dan memandu kereta keluar dari perkarangan rumah banglo itu.

Dian membawa twins keluar dari bilik dan diletakakkan atas toto ruang tamu. Mudah boleh tengok televisyen sambil menjaga twins. Langkah diatur ke laci dapur. Dia membuka laci dan mengambil snack.

Zayden yang duduk di ruang tamu itu dipandang sekilas sebelum melabuhkan punggung di atas sofa dan menonton movie pilihannya. Nasib ada bibik dua orang kalau tidak memang lah Isaac tidak bagi. Ada juga seorang perempuan yang menjaga Dian. Dia berada tidak jauh dari ruang tamu.

"Seronok buat game bodoh ni?" soal Dian atau lebih tepat Alaya. Perhatian Zayden ditumpukan sepenuhnya kepada Alaya. Alaya yang masih buat reaksi selamba sambil makan snack itu diperhati. Terukir senyuman pada bibir Zayden.

"Kau tahu?"

"Aku tak bodoh macam tiga bahalol tu." 

Pecah tawa Zayden. Alaya memandang gadis yang duduk di sofa sebelah kiri. Gadis itu mengangguk dan keluar dari rumah.

"Adik aku mati sebab jantan babi tu, so why not aku buat benda sama kan?"

"Bunuh jelah sekarang. Buat apa lama-lama? Tak best." ujar Alaya. Zayden menggeleng.

"Game tak best kalau cepat sangat ending. By the way, mana Valen dapat gambar tu?" soal Zayden. Terkejut beruk dibuatnya apabila Cyra menghantar satu gambar miliknya malam semalam. 

"Kalau kau boleh buat game, takkan aku tak boleh?" 

"What's your point?"

"Simple, stupid bastard. Go kill yourself then semuanya kembali normal. No dendam, tiada misteri dan tiada konflik babi ni lagi. Aku dah penat tengok bodoh-bodoh ni selesaikan masalah."

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now