Chapter 20- Cara Melissa

2.7K 398 316
                                    

CARA MELISSA

********

Noah memarkir kereta di hadapan pintu utama. Tanpa berfikir panjang, pintu utama cuba dibuka namun gagal kerana berkunci. Poket seluar dan jacket disentuh tapi tiada kunci. Tangan menepuk dahi. Lupa bawa kunci.

Butang loceng ditekan banyak kali namun tiada yang menyahut. Pintu pula diketuk dengan kuat.  Baru sahaja mahu mengetuk lagi, pintu dibuka.

"Apahal lembab sangat ni? Kau nak orang fikir aku perompak ke?" marah Noah.

Gadis di hadapan Noah menoleh ke kiri dan ke kanan. 

"Ni hutan, mana ada orang lalu malam-malam macam ni." balas gadis itu dengan selamba. Noah yang tidak berpuas hati mencekak pinggang. Matanya mencerlung memandang gadis menawan di hadapannya. Gadis itu berlalu masuk, menghiraukan Noah yang sudah membara api kemarahan.

Noah melangkah masuk dengan perasaan geram terhadap gadis yang tidak dikenali itu.

"Kunci pintu nanti Valen marah kalau pintu tak terkunci." selamba gadis itu sambil duduk di ruang tamu dan menonton tv. Noah menghempas pintu namun riak gadis itu masih selamba. Noah mendekati dan duduk sofa bertentangan sebelah kanan.

"Kau siapa? Siapa nama kau? Apahal cari gaduh dengan aku?" marah Noah namun nada suaranya dikawal. Mana mungkin dia mahu menengking gadis yang cantik dan selamba cekodok goreng ini. Bak kata orang 'limited extra excident'.

Melihat tiada reaksi dari gadis itu, remote tv dicapai dan menkena butang off. Wajah tidak puas hati menghiasi wajah si gadis. Mahu mencapai remote tapi Noah meletakkan remote di belakangnya. Gadis itu memutarkan bola matanya. Menyampah.

"Aku Cara Melissa. Kawan Elvina." jawab gadis yang bernama Cara itu dengan kemalasan. Malas mahu melayan mamat yang sedang memandangnya. Entah kenapa Valen nak sangat suruh mamat di sebelahnya datang malam ni. 

"Cara what? Cara buat kuih lapis? Seri muka? Or kuih cekodok? Eh, itu cekodok bukan kuih. Ehhhh! Cekodok kuih or not?" 

Cara menahan diri dari menghentak kepala Noah dengan kegeramannya. Pantang keturunan Pak Mail eh bukan! Pantang keturunan moyang belah bapa belah adik dia belah cucu dia apabila nama mereka menjadi bahan untuk bergurau.

"Kau ni bodoh level berapa? Sekolah tinggi tapi..."

"Tapi apa haa?" 

Cara diam seketika. Satu keluhan berat. MALAS!

"Cara nak sebut nama aku..."

"Okay, nama kau cara. Cara mana Elvina?"

Cara melempar bantal ke arah Noah dengan kasar. Satu jelingan maut turut dihadiahkan. Noah sudah ketawa dengan kuat. Sengaja mahu mencari pasal. Hilang rasa bosan dan sunyi.

"Bukan C.A.R.A. tapi K.A.R.A. FAHAM?"

"Dah tu dah kenapa letak huruf depan C sedangkan boleh letak K?" 

"Haih, menyusahkan hidup kau ke? Berambus sana, menyampah lah layan kau ni!"

Noah ketawa. Bantal yang dibaling oleh Cara dibaling semula ke arah Cara. Cara membetulkan rambutnya yang dilanggar oleh bantal yang dibaling oleh Noah.

"Nama aku, kau tak nak tanya?"

Cara memandang Noah atas bawah kemudian menggeleng dengan angkuh. Sedang bertanya pada diri sendiri. Kenapa lah aku kena layan mamat sewel ni? 

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now