BAB 8

235 10 0
                                    

Selepas sahaja menunaikan solat fardu isya' Medyna bersiap -siap ingin ke dewan makan "Kau baru nak pergi makan ke Medyn?" Soal Afifah.

Medyna hanya mengagguk dan terus keluar dari bilik .Hoddie hitam yang disarungkan pada badannya ditarik sedikit menutupi lengannya .Dewan makan dituju ,dia tiada selera untuk makan malam tapi kerana terpaksa berjumpa dengan Syafiq dia perlu juga pergi ke dewan makan.

Dari jauh di melihat Syafiq sedang berjalan dengan beberapa orang lelaki. Medyna menunggu di belakang pokok berdekatan dewan makan. Di bawah pokok yang sunyi Medyna memegang lehernya .Peristiwa petang tadi diingati . Peristiwa dimana dia bergitu geram dengan sikap Harith membuatkan dia menjadi gila kerana hampir mengambil nyawanya sendiri.

"Oit." Sergah Syafiq .

Medyna menjeling tajam. Walaupun kawasan itu agak gelab kerana lampu yang berhampiran terletak ajak jauh. 

"Asal kau pegang leher?" Soal Syafiq curiga. Matanya menatap mata helang Medyna .

Medyna cuba larikan pandangan. "Lenguh . dah la cepa mana ubat aku . Nanti orang nampak."

"Apa kau buat dekat rooftop asrama puteri tadi petang ?" Soal Syafiq lagi .

"Ambil angin." 

"Sini aku tengok leher kau." Syafiq menarik baju Medyna supaya dia mendekat . Dia mahu melihat apa disebalik tudung gadis itu.

"Lepaslah Syafiq ,apa ni aku dah kata kan tak ada apa-apa ?!" Medyna bergelut untuk melepaskan diri dari Syafiq yang cuba menyelak tudungya untuk melihat keadaan lehernya itu. 

Syafiq tidak membalas apa -apa tangannya masih lincah cuba menarik tudung Medyna .Malangnya Medyna tidak boleh memberhentikan tangan Syafiq . Dia relakan sahaja Syafiq melihat lehernya itu. 

Syafiq terus terdiam "Puas ?!" Kata Medyna tegas. 

Medyna terus menyerlup poket pada baju melayu  biru milik Syafiq untuk mengambil ubatnya. Ubat diambil dan dimakan semua mengikut yang telah ditetapkan . Syafiq masih diam memandang perbuatan Medyna .Saat Medyna sudah mahu berjalan masuk kembali ke dalam asrama puteri Syafiq menarik tangan Medyna lalu terus memeluk kakaknya itu. 

Medyna terdiam ." Kau ada masalah cerita please ,jangan buat macam ni. Kalau  kau pergi sapa nak ada dengan aku . Jangan buat macam tu ,tolong lah aku merayu dengan kau . Aku sakit tengok kau macam mayat hidup Medyna .Kau manusia normal yang ada rasa sedih dan rasa nak menangis dan kau bukan patung .Kau ada perasaan .Tak salah kalau kau menangis dan nak meluahkan perasaan .Jangan tanggung masalah seorang diri.Kalau kau kata kau tak ada sapa -sapa ,aku ada dengan kau .Aku boleh jadi pendengar yang setia ." Luah Syafiq .

Hatinya bergitu sakit .Kalau diikutkan hati sudah lama dia maki Medyna supaya kakaknya itu sedar dengan rialiti tapi dia tak boleh berkasar dengan Medyna . Dia begitu takut terjadi apa -apa lagi pada Medyna.

Medyna masih mendiamkan diri .Dalam sudut hatinya yang paling dalam hati dia seolah dijentik dengan perasaan hiba dan sedih tapi cepat -cepat dia membuang perasaan itu .Dia tak boleh menangis , dia kena kuat untuk melawan perasaan yang datang . Bukan salahnya jika dia mencederakan diri sendiri sebab itu sahaja altenetifnya untuk melepaskan kemarahannya .Dia tidak mahu sesiapa jadi korban kemarahannya . 

Selepas lama Syafiq memeluknya untuk menenangkan dirinya . Ya ,waktu itu dia rasa yang ada orang yang selalu ada padanya tapi mulutnya sangat berat untuk berkongsi masalah . Dia tidak mahu bebankan sesiapa dengan masalah yang ditanggung .Cukup dirinya sahaja merasa bertapa tersiksa dengan masalah .

"Nanti kau cerita tau . Sekarang ni kau masuk bilik terus tidur . Leher tu jangan lupa cuci lepastu balut ,takut nanti kena jangkitan kuman . Aku balik dulu .Take care baby." Syafiq menitipkan pesanan pada Medyna sebelum tangan kakaknya itu disalam dan dia berlalu keluar dari kawasan pokok itu .


Jam di tangan dilihat 5.30 pagi . Terlalu awal untuk pelajar asrama masuk ke sekolah . Medyna berjalan seorang diri masuk ke sekolah .Bilik rawatan di tuju. Sampai sahaja di hadapan bilik rawatan Medyna menggunakan acsess card untuk masuk ke dalam bilik itu. Card dimana hanya guru dan doktor yang menjaga bilik kesihatan ini sahaja ada kerana mengelakakan berlakunya apa -apa yang tidak diingini kalau pelajar juga memegang card itu.

Medyna menuju ke salah sebuah katil yang berada di hujung bilik rawatan itu .Lampu kecil yang berada disebelah katil dibuka dan menghasilkan cahaya malap. Tudungnya dibuka maka terserlahlah luka cakaran yang berada dilehernya .Luka yang disebabkan kukunya sendiri . Luka yang terjadi tanpa dirinya sedar .

Medyna mengeluh . 'Kau sepatutnya buat lebih dari itu 'Kata satu suara .

"Tak ,aku telah buat benda yang salah" Kata Medyna membalas suara yang berada di dalam kepalanya .

'Tiada benda yang salah selepas kau pilih untuk buat semua benda ini ,Sofea'

"Aku bukan Sofea lah!" Jarit Medyna sendiri. Tudungnya cepat dipakai dan Medyna terus menutup lampu meja itu dan keluar dari bilik rawatan itu. Lukanya hanya dibiarkan .Mood mencuci lukanya sudah hilang.

Sampai sahaja di kelas Medyna terkejut apabila melihat susuk tubuh yang merenung ke arahnya. Medyna hanya mengabaikan pandang lelaki itu dan terus duduk di tempatnya . Hanya mereka berdua di dalam kelas sekarang .

"Kau buat apa datang sekolah awal -awal " Tanya lelaki itu.

Medyna hanya diam malas menjawab.

Harith bengang "Kau asal eh perempuan ? Kau tak dengar ke aku tanya apa ?!" Bahu Medyna ditarik kasar .

Medyna mengetap giginya geram ." Mind your own business !"Balas Medyna keras . Medyna menolak tangan lelaki itu kasar .Buku yang diambil diletakan di atas meja .Dia mahu mengulangkaji pelajaran. 

"Kau buat apa belakang pokok semalam?" Soal Harith lagi .

"Bukan urusan kau ." 

"Tapi tak ada seorang pun berani pergi dekat dengan pokok tu tambah -tambah lagi waktu malam . Pokok tu ada penunggu. Kau ada membela ek? " Harith cuba menakutkan Madyna . Dia mahu melihat riaksi perempuan itu.

"Takut hanya pada satu , Allah." Kata -kata Medyna menyentapkan Harith .

Harith terus berlalu keluar dari kelas .Dia sentap dengan kata -kata gadis itu terlampau menyusuk. Mendidih hatinya melihat wajah slamba yang ditayang oleh Medyna.

Masuk sahaja waktu rehat Medyna terus keluar dari kelas . Bilik rawatan dituju lagi. Luka yang berada dilehernya seakan -akan makin sakit dan pedih . 

"Boleh tolong tengokkan luka ?" Soal Medyna selepas duduk di kerusi di dalam bilik rawatan itu.

Tudungnya ditarik ke atas  menampakkan lehernya yang putih itu tapi sayang kerana terdapat satu luka yang agak mengerikan .

Doktor itu seakan terkejut "Kenapa ni?" Soalnya .

Medyna mengeluh. "Cepat lagi sepuluh minit loceng nak bunyi." 

"Kejap saya cuci dulu luka awak ni. Darah tak berhenti mengalir ." Doktor itu cepat -cepat mencucukkan ubat di leher Medyna supaya dapat memberhentikan darah yang mengalir itu .

"Kenapa doktor cucuk?" Tanya Medyna terkejut. 

"Tengku , awak kena rehat . Darah awak mengalir banyak. Kita kena tambah air dan berkemungkinan besar darah juga akan ditambah dalam badan awak.Darah yang mengalir ni bukan sedikit  Saya dah call ambulans tapi saya mintak maaf awak kena tidur dahulu." Ujar doktor itu .

Medyna kegeraman .Dia cuba keluar dari bilik rawatan walaupun dihalang dengan doktor yang menjaga bilik rawatan itu . Sampai sahaja di depan pintu kepala Medyna merempuh seseorang. Badannya memberat dan jatuh .Tapi dengan cepat orang itu menyambutnya .

"Kenapa ni doktor?" Tanya orang itu risau .

Samar-samar suara  didengari Medyna sebelum matanya tertutup . 



You're My FirstWhere stories live. Discover now