Bab 44

180 5 0
                                    

"Cari rekod hospital atau klinik yang terdekat dengan kawasan serbuan tempoh hari tentang lelaki yang nak keluarkan peluru ataupun luka kesan tembakan." Arah Medyna tegas. Dia perlu memastikan lelaki yang dikejarnya semasa hari serbuan tersebut adalah orang yang sama dengan lelaki gila itu. 

"Miss ada syak sesiapa?"

"Kyle." Jawab Medyna yakin. Kesan luka dilengan kiri dan dia menembak penunggang motosikal itu juga pada lengan kiri

"Maksud Miss mungkin dia adalah orang yang Miss tembak tempoh hari? Tak apa saya akan ushakan secepat yang mungkin untuk cari rekod rawatan itu. " Tekad Fateh. Komputer riba di leletakan di atas meja .

"Selepas ni Miss kena lebih berhati -hati. Dia mungkin dah tahu Miss ni siapa." Nasihat Anis. Mereka yang sedia maklum dengan tahap kesihatan Medyna berasa gusar. 

Medyna mengangguk. Tapi dia yakin rahsianya masih belum terbongkar kerana sejak  bekerja di bawah PDRM identitinya sentiasa dirahsiakan. Memandangkan usianya belum cukup untuk menjadi pemimpin, segala prihal disimpan kemas dan dia juga tidak dibenarkan menghebohkan. Tindakan undang -undang juga akan diambil jika sesiapa yang membocorkan.

Yang tahu tentang rahsia itu hanya Ahnaf, Anis dan Fateh kerana mereka telah menjadi orang kepercayaan Master dan diberi tanggungjawab bekerja menolong Medyna. Miss Glacies nama diberi oleh mereka bertiga mewakili perwatakannya yang sentiasa dingin. Glacies diambil dari perkataan Latin yang bermaksud Ice. Dingin? Pada awalnya sahaja.

"Itu je. Dah lambat ni nanti kawan aku cari." Medyna menggalas kembali beg sekolahnya. Lengan baju yang disinsingkan tadi di tarik turun kembali. 

Anis menyiku bahu Fateh dan melirik ke arah Medyna. Seakan faham dengan isyarat mata Anis, Fateh turut tersenyum. " Tak sangka Miss Glacies sedingin salju kita dah ada kawan dekat sekolah." Usik Fateh diikuti ketawa kecil dari Anis.

Medyna mengecilkan matanya memandang dua manusia itu. " TERpaksa jadi kawan. Mark it." Kata Medyna sedikit tegas. Tapi tidak salahkan jika dia mengaku yang roommate lamanya sebagai kawan? 

"Baik Miss ehh Puan Medyna." Anis dan Fateh tabik hormat serentak sebelum ketawa mereka pecah lagi. 

Mereka tiba di padang sekolah pada pukul 5.40 petang. Ada beberapa orang pengawas sedang membawa keluar beg khemah dari stor sukan. Dari jauh Medyna boleh melihat Harith yang sedang berjalan menghampirnya dengan peluh di dahi. Tiba -tiba padangannya dibalas oleh Harith. 

"Oit tengok apa tu?" Fiya menyiku bahu Medyna. Mata juga sibuk memandang ke arah Medyna tenungkan. Tepat pada masanya Harith mengenyip mata dengan sengihan lebar pada Medyna automatik dia turut tersenyum tapi dengan senyuman nakal.

"Aku rasa ada orang dah jatuh cinta la korang." Mereka duduk di bawah pokok rendang berdekatan dengan kawasan yang ingin didirikan khemah.

Medyna menjegilkan mata memberi amaran pada Fiya supa menutupi mulutnya tapi hanya diendahkan. 

"Aku nampak Harith kenyip mata dekat Medyn!" Cerita Fiya teruja pada rakan -rakannya. Terjadilah histeria antara tiga orang sekawan itu melonjak terlampau bahagia.

Medyna sudah merengus bosan. Dah kenapa dia kenyip mata dekat aku waktu public ni? "Kalau korang pandai -pandai lagi buat cerita aku tarik diri dari join camping ni." Medyna bangun dan berlalu pergi dari situ.

Medyna melangkah ke arah Syafiq yang sedang memangsang khemah. Kepala lelaki itu diketuk kuat . "Kau nak apa perempuan?" Tanya Syafiq kasar. Memandangkan sudah ramai yang telah tiba di padang jadi dia hanya memendam hasratnya ingin memukul kembali kepala kakak kembarnya itu.

"Bosan." Jawab Medyna bersahaja. 

"Pergi la join kawan kau pasang kemah tu. Please jangan menyemak dekat sini." Jari ditunding ke arah tiga sekawan yang sedang mendirikan khemah tidak jauh dari mereka.

"Merajuk." 

Syafiq ternganga mendengar jawapan yang baru sahaja meluncur dari mulut gadis itu. Adakah itu benar kakaknya yang sedingin salju ? Patut tak dia buat sujud syukur sebab Medyna ada perasaan? Okey joke. 

"Ikut suka kau lah." Jawapan selamat. Tak nampak teruja sangat tapi tak nampak tak tahu sangat. 

Dari jauh bunyi orang menepuk tangan mengamit perhatian mereka berdua. Pandangan difokuskan ke arah Ketua pengawas di depan mereka.

"Sebelum kita mula aktiviti pada petang ni diminta semua memasang khemah. Satu khemah hanya terhad pada dua orang. Kepada yang dah pasang khemah lelaki di bahagian kiri dan khemah perempuan di bahagian kanan. Jangan campurkan. Move." Lantang suaranya memberi arahan.

Terbentuk satu lorong di tengah -tengah antara bahagian kiri dan kanan. Kesemua kini bergerak ke surau sekolah yang tidak jauh dari tempat perkhemahan mereka. 

"Medyn cuti?" 

Medyna menggeleng.

"Kenapa tak ambil wudhuk lagi ni. Dah lambat la." Kejan Afifa sambil menyarungkan tudungnya semula.

"Masuk lah dulu aku masuk lepas korang." 

Selepas kesemua rakannya keluar dari bilik wudhu depan masjid. Medyna dengan langkah berhati -hati menuju ke arah bilik stor yang pernah Harith menculiknya masuk dahulu. Kad akses dilekapkan pada kekunci. Dia mengambil keputusan untuk bersolat disitu. Memandangkan masjid terlampau ramai orang dan dia tidak mahu membuka tudungnya di bilik wudhu. 

Seusai habis solat Isya' Medyna kembali ke tapak perkhemahan mereka semula. Semua sudah tiba disana kecuali... wait what? Dia menjadi tontonan utama. Pandangan membunuh dari semua orang. Jantung Medyna tiba -tiba menjadi laju. Tolong jangan disini. 

Medyna memegang dada , jantungnya mengepam darah dengan laju. Mata dialihkan pada Harith. Pandang yang penuh dengan maksud diberi. 

"Korang tengok apa? Pandang depan! Reysha bawa Medyna masuk dalam barisan . Bagi dia minum air." Arah Harith . Dia tidak boleh untuk bantu buat masa itu atas tanggungjawab terhadap tugas ya.

Medyna dibawa masuk ke dalam barisan di belakang sekali. 

"Sebentar lagi akan ada penceramah subjek sains akan tiba disini jadi semua diminta untuk jaga perlakuan. Jangan ada yang cakap tak bawa buku nota." 

Selama tiga hari dua malam camping motivasi dijalankan. Semua dalam keadaan baik -baik sahaja.

"Kau balik rumah terus?" 

"Haah. Esok sekolah kan?" Medyna merengus perlahan. 

"Okeylah jumpa esok babe." Reysha melambai Medyna dan kemudian hilang dilautan manusia form 5 yang juga sedang bergerak menuju ke bangunan asrama pelajar.

Satu kereta berhenti di hadapannya. Medyna lantas masuk, tidak dipandang langsung si pemandu yang sedang merenungnya. 

"Sofea, dah sampai. Jom." Harith menepuk perlahan pipi Medyna mengejutkan gadis itu bangun dari tidur.

Medyna mencelikan matanya. Beg pakaian ditangan Harith dirampas dan berjalan kedepan meninggalkan lelaki itu terkebil -kebil dibelakang. Tiba -tiba moodnya tidak baik pada hari itu. Tergopah -gopah dia membuka pintu rumah.

Sampai sahaja disofa Medyna menghempaskan badannya di situ. 

"Sofea are you okey?" Tanya Harith prihatin sambil melutut di sebelah kepala gadis itu. Kepala diusap lembut menarik perhatian.

"Okey." Jawab Medyna.

"Sayang! kenapa muka macem -macem ni syayang. Tengok la abang sayang yang hensem ni." Pipi Medyna digomol berulang kali sehingg Medyna lemas. 

"Argh hahaha stop Harith! I can't breathe!" Sakit perutnya apabila tidak boleh berhenti ketawa.

"No! Say 'i love you abang Harith hensem sayang ' dulu!" Kini tanganya pula memain peranan mengeletek perut Medyna.

"Argh no Harith busuk! Hahahaha" Ketawa Medyna terbahak -bahak.

"Apa? You cakap I apa?" 

"Okey -okey I love you abang Harith hensem sayang kuat perasan!" Dengan kesempatan yang ada Medyna terus membuka langkah lari daripada gergasi yang ingin meletup itu. Pintu rumah menjadi sasaranya kerana kelilingnya dikepung. 

Pintu rumah dikuak besar ingin menyambung langkah besar tetapi terhalang dengan dua figura manusia di hadapan pintu. Wajah Medyna yang sedari tadi galak mengukir senyuman kini sudah hilang. 

"Err"







You're My FirstWhere stories live. Discover now