Bab 43

180 6 0
                                    

Medyna menghenyak punggung di atas kerusi. Kepala diketuk berkali-kali ke atas meja. Stress. Muka tak usah dicakap memang masam. Memang sekarang mulut makcik-makcik dah level up ke? Tuduhan berdas-das tanpa tanya kebenaran.

"Kenapa ni?" Syafiq menarik kerusi di meja hadapan dan duduk menghadap Medyna. 

Medyna menjeling Harith yang baru sahaja masuk ke dalam kelas. Harith menarik kerusi duduk disebelah Syafiq memandangkan masih tidak ramai di dalam kelas. Mereka bertiga diam seketika. Syafiq silih berganti memandang wajah mereka berdua.

"Korang bergaduh ke?" Tanya Sayfiq ragu -ragu.

"Tak." Jawab Medyna dan Harith serentak.

"Habistu asal dua-dua muka macam ayam berak kapur?" Tanya Syafiq lagi cuba mengorek rahsia.

Medyna memandang sekeliling. Kelas tak ramai orang memandangkan masih awal pagi. Hanya ada beberapa orang sahaja itu pun mereka membuat hal sendiri. 

"Suruh Harith cerita." Medyna menunjukan jari telunjunya ke arah Harith. Kepala diletakan kembali di atas meja. Syafiq memandang Harith minta penjelasan.

"Ehh asal Han pulak, Sofea lah." Harith tak nak kalah. Syafiq memandang Medyna pula.

"Ehh kau ni, dia yang pegang timbulkan fitnah dia lah cerita." Medyna menjeling. Syafiq memandang Harith kembali.

"Ehh minah, you yang tembak dengan dengan kata pedas tu you la cerita. I tak nak." Harith memeluk tubuh. Sengaja ber'I' dan 'you' kerana ingin mengusik. Anti benar Medyna dengan orang yang membahasakan diri sebergitu. Geli.

"Hey pa...."

"Sudah! Sudah sampai disini sahaja. Aku penat dengan semua yini! Aku kecewa dan penat! Sampaikan hati? Sampaikan!  Aku jadi tunggul batu menantikan jawapan tapi boleh pulak bergaduh. Gak apa -apa saya akan biasakan diri. Maaf saya terlalu kecewa." Syafiq bangun dan berkata dengan kuat. Mulutnya ditutup dan berlari seperti sotong keluar dari kelas.

Reysha yang sedang bersembang dengan Afifa terkejut apabila dirempuh kuat oleh Syafiq. Syafiq memandangnya sekilas dan kembali berpura -pura menangis keluar dari kelas. 

Harith pandang Medyna ,Medyna pandang Harith. Dua -dua meletuskan ketawa kecil. Kaki drama. 

"Kenapa tu? Dah la rempuh tak minta maaf." Reysha menggosok bahunya sambil duduk.

"Er aku nak pergi bertugas, cau." Harith bangun meninggalkan mereka selepas mendapat isyarat mata dari Medyna menyuruhnya beredar.

"Kau borak apa dengan Harith? Jarang aku tengok kau nak bersembang dengan orang." Tanya Fiya yang baru datang ke arah mereka.

Medyna angkat bahu tak nak jawab.

"Whatever. Kau join tak camping petang ni?" Soal Reysha teruja. 

Medyna mengangguk sekali menandakan ya. 

"Good. Nanti kau ikut kami balik bilik. Petang baru kita pergi padang sama -sama. " Cadang Afifa.

Yang lain mengangguk setuju dengan cadangan yang diberikan. 



Meja kosong yang agak hujung di cafe sekolah menjadi tempat pilihan Medyna. Setiap kali rehat pengawas dia akan berehat seorang diri, lebih selesa dan tenang tanpa sebarang gangguan suara. Croissant dan sekotak air milo menjadi menu makannya pada hari ini.

"Hi, can I join?" Kyle melabuhkan duduk di kerusi berhadapan Medyna.

Medyna mengurut dada kerana terkejut dan sempat beristigfar di dalam hati. Wajah slamba Kyle dijeling menyampah. Masih banyak meja yang kosong kenapa perlu kacau ketenteraman dia?

"Sekarang waktu rehat pengawas dan murid biasa tidak dibenarkan keluar awal untuk rehat. Masuk kelas sekarang sebelum aku tulis nama kau." Kata Medyna tegas dengan perasaan sedikit gentar.

"Chill babe, I nak teman you makan ja. Salah?" Kyle cuba memegang tangan Medyna tapi cepat dia Medyna menarik tangannya dari disentuh lelaki gila itu.

"Hand off. Kau tak makan ubat ke harini?" Tanya Medyna agak takut. Dia tahu kesan jika meninggalkan pengambilan ubat tambahan pula Kyle adalah pesakit Pyschotic. Jika tidak mengambil ubat mesti imaginasinya akan bercelaru.

"What? Bukan urusan you, babe. I nak makan ke tak." Kyle bangun dan menghampiri Medyna. Melihat Kyle yang mula menghampiri Medyna terus bangun . Tanganya didepa ke depan menghalang Kyle mendekat.

"Kau tak makan ubat Kyle." Tiada pilihan lain, dia perlu lakukan itu. Kawasan cafe dipandang, hanya ada beberapa orang pengawas junior. Tangan Kyle yang mula ingin menyentuh mukanya dipegang dengan genggaman kuat dan dipulas kebelakang menyebabkan Kyle terdorong ke dinding . Pantas tangan Medyna naik mengunci leher Kyle bagi menyusahkan dia untuk bergerak. Luka dibahu Harith ditekan kuat. Merintih kesakitan lelaki itu.

"Hahahaha, wow my babygirl hebat sekarang apa rahsia?" Dia meronta kuat ingin melepaskan diri kerana sakit di bahu kiri yang ditekan Medyna .

"I wonder macam mana kau boleh dapat luka ni?" Tanya Medyna dengan nada tegas. Medyna menekan lagi luka tersebut dengan lebih kuat menggunakan sikunya.

"Bukan urusan kau perempuan! Lepaskan aku sekarang! Sebelum aku bunuh kau baik kau lepas sekarang!" Kyle menjerit kuat. Berang dengan tindakan yang dilakukan Medyna, maruahnya tercabar. Medyna ketawa mengejek dan terus melepaskan Kyle.

Mukanya dirapatkan ketelinga Kyle ingin berbisik sesuatu."Baik kau balik makan ubat. Nanti tambah mereng otak gila kau tu. Kau kena ingat ni sekolah aku. Kau takkan berani buat apa -apa di sini. Mark my word, bastard." Medyna menghadiahkan senyuman manis sebelum beredar. Dalam hati sudah ketawa riang melihat wajah merah menahan marah Kyle. Dia tak tahu dengan siapa dia berurusan jangan terlampau yakin perkara yang lama akan berulang kembali.

Perpustakaan sekolah sunyi hanya beberapa orang pengawas perpustakaan yang bertugas sahaja yang masih berada di situ sedang mengemas. Beg sekolah diletakan dikerusi. Sejuk sedikit badanya yang dibasahi peluh apabila angin sejuk aircond menyapa kulit. Perjalanan dari blok bangunan Form 5 ke perpustakaan agak jauh dengan cuaca yang panas terik itu.

Tudung dilibas -libas ingin mengeringkan peluh. Butang dihujung lengan baju dibuka dan lengan baju disinsing hingga ke siku meninggalkan handsocks bewarna putih sahaja. Jam ditilik sekilas. Orang yang dinanti belum tiba. Janji melayu, kata pukul 3.00 tapi 3.15 masih belum tiba.

Eherm. 

Dua manusia yang menayangkan riak tidak bersalah menyapa pandangan. Panjang umur.  Dua kerusi dihadapannya menjadi tempat duduk dua manusia tersebut. 

"Maaf Miss. Kami kena siapkan buku rekod guru tadi." Fateh cepat -cepat mengangguk menyokong kenyataan rakanya. Ketua mereka bukan boleh dijangka tak pasal -pasal boleh kena flying kick secara tiba -tiba kerana lambat.

"Whatever. Macam mana jagi 'cikgu' seronok?" Tangan disilangkan ke dada dan menyandar pada kerusi. Dari polis bertukar kepada cikgu, menarik! Wajah cemberut dua manusia itu menjadi jawapan buat soalan Medyna. 

"Saya lebih rela kawad tengah panas lagi dari mengajar 20 orang budak pandai dalam satu kelas. Ada ja mulut nak tolong pebetulkan grammar .Menyampah." Teringat balik saat dia mengajar masa kelas pertamanya minggu lepas. Dia ditugaskan menjadi guru subjek Inglish. Baru mula nak memperkenalkan diri sudah dicantas si tukang pembahas di dalam kelas. Disuruh memperkenalkan diri dalam bahasa melayu kerana dia berbangsa melayu. 

"Saya sokong Anis. Saya jadi guru Math biasa tapi soalan yang diaorang tanya tu kalah subjek addmath. Boleh pulak dia tanya saya berapa anak kangaroo yang muat masuk dalam poket si ibu? Nak je tembak mulut mereka tu." Fateh melepaskan kegeraman yang terbuku di hati. Mencabar sungguh jadi seorang guru. Jadi hormatlah guru anda. 

Anis meletus ketawa. Kesian kawannya seorang itu. Bertabahlah untuk misi mereka.

"Bawa bertabahlah. Aku perlukan pertolongan tentang sesuatu." Kedua -dua pasang mata itu kembali focus memandang Medyna. Apabila bercakap soal kerja mereka akan fokus.

"Apa?"

You're My FirstWhere stories live. Discover now