BAB 39

167 6 0
                                    

"Sofea betul boleh duduk sorang kat rumah? Han boleh teman kalau Sofea nak" Tanya Harith risau. Dahi Medyna ditekap menggunakan belakang tanganya. Panas.

Medyna menarik tangan Harith dan mencium sekilas. "Sofea okey .Don't worry." Senyuman ikhlas cuba ditayangkan meyakinkan Harith.

"Kalau macam tu okelah. Ada apa -apa call. Han bawak phone." Iphone 12 proMax ditayangkan pada Medyna sebelum menyimpan semula ke dalam poket seluarnya.

"Okey." 

Hilang sahaja Harith dari mata Medyna menolak kuat selimut yang menutupi seluruh badahnya. Medyna terus bangun berdiri. Kepala yang sakit cuba diabaikan. Tuala mandi diambil dan terus bergegas ke arah bilik mandi.

Kereta dipandu menbelah kesibukan jalan raya mengikuti kereta Ahnaf dihadapan. Mereka perlu ke Perak hari ini kerana ada misi serbuan mengejut yang melibatkan dirinya.

Sampai sahaja di lobi hotel Medyna terus keluar menuju ke arah cafe yang menjadi tempat perbincangan mereka untuk misi malam ini.

Medyna duduk berpeluk tubuh dihadapan lima orang anggota polis yang lain. Matanya tajam menikam Master.

"Miss Glacies?" Tanya salah seorang antara mereka.

 Wajah Medyna adalah sulit kerana dia masih dibawah umur jadi segala hal tentang Medyna akan dirahsiakan bagi mengelakan apa -apa berlaku. 

 Medyna hanya mengangguk sekali bagi mengiyakan.

"Kita terpaksa adakan perbincangan ni pagi kerana malam ini kita akan bergerak awal tapi aku tak janji yang misi kalini semua akan selamat. " Terang Master apabila dapat menagkap riak wajah Medyna disebalik mask yang dipakai.

"Proceed." kata Medyna sepatah.

"Malam ni mungkin akan jadi serbuan terbesar kita. Tapi jangan seronok sangat sebab dari apa yang kita tahu lagi besar tempat penyeludupan mereka makin ramai orang yang akan mengawasi tempat tu. Ada dua van akan tiba disana pada pukul 12.00 tengah malam nanti." Terang seorang anggota dengan serious.

"Call unit undercover suruh get ready. Kita perlukan ramai malam ni. Aku tak sabar nak main dengan darah." Medyna ketawa sinis.

"Mana lagi dua orang ,orang kanan Miss?" 

"None of your business." Kata Medyna dingin.

Semua diam mendengar suara Medyna. Aura dingin gadis itu cukup membuat semua terdiam.

Medyna berdiri dan mengambil kunci kereta dalam poket belakang seluar jeansnya dan membaling kunci itu pada Ahnaf. Sempat lelaki itu menyambut. 

"Bawak masuk bilik aku." Medyna terus berlalu pergi.

Sudah satu jam mereka mengintip sebuah gudang yang betul -betul terletak ditengah hutan. Medyna masih menumpukan perhatian memerhati segenap ruang dalam gudang tersebut walau hanya samar -samar.

Ramai penjaga bersenjata di hadapan pintu masuk gudang tersebut. Penjaga makin ramai apabila dari jauh kelihatan cahaya tinggi dari van yang memasuki perkarangan gudang.

Dua buah van seperti van sekolah diberhentikan betul -betul dihadapan gudang. Pintu dibuka kasar. Medyna ketap gigi melihat keadaan kanak -kanak yang sedang menangis dan tidak berbaju tidak kira lelaki mahupun perempuan .

Suara rayuan kanak -kanak tersebut membakar lagi api kemarahannya. Mereka yang diikat ditolak menggunakan besi tajam untuk masuk ke dalam gudang dengan keadaan semua mata tertutup menggunakan sarung hitam.

Medyna sebagai ketuan akan diberikan peranan untuk memberi arahan. Walkie talkie dirapatkan ke bibir.

"Team one betta, team alpha right, team cimpha back and last team for backup in ten minute minute. Another ten just stay here until I give you instructions. Ready!" Suara Medyna keras memberi arahan. 

You're My FirstWhere stories live. Discover now