BAB 46

163 4 0
                                    

Medyna menggosok rambutnya menggunakan tuala untuk mengeringkan. Makin menyusahkan rambutnya itu. Patut dipotong pendek sahaja. Ada satu tangan menarik tuala tersebut dari tanganya dan mula mengelap rambut Medyna penuh lembut.

"Wangi rambut Sofea." Puji Harith ikhlas. Bau bunga .

"Nak potong la rimas rambut panjang sangat. "Adu Medyna dengan mimik cemberutnya.

"Baru sampai dada dah mengadu panjang. Pendek lah ni simpan la lagi panjang mesti cantik." Pujuk Harith.

"Tengok lah dulu. Ikut mood."

Harith menggeleng kepala. Sikat di atas meja solek diambil dan menyikat rambut Medyna lembut . Selalu kalau dia nak pegang rambut Medyna selalu dimarahi. Dia tahu Medyna tak selesa dengan parut yang terdapat pada lehernya. Rasa insecure dengan parut sendiri.

"Sofea tak tanya pun pasal kerja Han." Soalan yang dia hendak tanya dari siang tadi .

Medyna mengerutkan dahi. "What? Jangan tanya orang malu ke tak Han kerja tu ek. Asal kerja tu halal buat apa nak malu. Bukannya Han jadi MakNyah kat club pun kan?" Balas Medyna ingin sakitkan hati.

Harith mengangguk setuju eh jap. "Wait. Sofea nak cakap Han ada ciri -ciri MakNyah ke?" 

Medyna mengangkat bahu. "Muka jambu tapi badan tak la. Badan auch iman saya tergoleh please tolong kutipkan." Medyna menarik hidung Harith kuat sebelum berlari masuk ke dalam bilik belajar mereka denga hilaian gelak tawanya.


Medyna berlari denga agak laju. Jantungnya berdetak laju. Perasaan tidak sedap hatinya semakin kuat. Apa kali ini ya Allah? Soalnya didalam hati.

"Hey pretty." Kyle berhenti dihadapan Medyna membuatkan Medyna berdiri dihadapan Kyle. Medyna mengurut dadanya . Lemah jantung .

"Aku tak ada masa nak cakap. Cau." Medyna mengangkat kedua belah tangannya separas bahu dan terus berura -ura ingin melangkah pergi dari situ. 

Semua memandanya dengan pandangan jijik  ketika melintasi mereka. Tapi kenapa? "Kau mesti tengah fikirkan kenapa semua pandang kau jijik?"

Kyle menunding jarinya kearah notice board sekolah di sebelah pejabat yang dipenuhi manusia ketika itu. Medyna menjeling sekali dan terus kearah yang ditunjukan Kyle. Terlalu ramai orang.

 Medyna mengambil keputusan untuk pergi lepak di dalam stor tempat rahsia Harith dengan rakan -rakannya terlebih dahulu sebelum datang semula untuk melihat apa yang terdapat disitu.

Masuk sahaja dia disapa dengan empat orang lelaki termasuk Harith disitu sendang bermain game di dalam komputer. Medyna terus duduk di sofa membelakangi mereka. 

"Why kau datang sini?" Tanya Airel merangkap kawan Harith. Satu cawan air coway diletakan diatas meja berhadapan Medyna.

"Ada apa dekat notice board tu?" Soal Medyna pada mereka berempat.

Hairth yang masih fokus bermain game "Ada la tu pertandingan apa -apa yang best." Balasnya bersahaja.

Medyna jeda seketika. Jam ditilik. Dah habis waktu. "Jom pergi tengok" Ajak Medyna pada Harith.

"Pergi dulu. Nanti Han follow belakang." Medyna membuat roller ayes tanda menyampah dan terus berlalu keluar.

Notice board yang masih lagi jadi tumpuan beberapa orang pelajar. Medyna berdehem kuat. "Dah habis waktu rehat. Masuk kelas." Arah Medyna tegas. 

Pelajar -pelajar itu memandang Medyna dengan pandangan menjengkelkan dan senyuman sinis meiti dibibir sebelum berlalu pergi dari situ. Medyna hanya mengendahkan pandangan mereka. Tumpuannya beralih pada notice board itu. Terbuntang mata menyaksikan gambar separuh bogel diri sendiri terpapar di notice board tersebut. 

You're My FirstWhere stories live. Discover now