BAB 14

186 6 0
                                    

Medyna meletakan kepalanya di atas meja penat . Matanya ditutup . Dia tidak dapat tidur semalam kerana terlampau banyak berfikir dengan kes barunya . Suasana di dalam kelas yang sunyi membuatkan lagi Medyna berasa mengantuk .

Tiba -tiba meja Medyna diketuk agak kuat .

Medyna mengangkat kepalanya "Asal kau?" Tanya Medyna tak puas hati .

"Kau nampak ja macam perempuan baik tapi sama ja macam yang bersepah dekat luar ." Kata Harith sinis . Tangannya dimasukan ke dalam poket seluar . 

Medyna kenal ayat itu . Ayat yang dilemparkan suatu ketika dahulu oleh orang yang sama "Suka hati lah . Yang kau sebuk asal ? Tak kacau life kau kan?" Medyna membalas sinis .

Harith panas. Pipi Medyna ditepuk perlahan "Erm ,aku suka perempuan macam kau , perempuan tak reti jaga maruah diri." Bisik Harith disebelah telinga Medyna .

Medyna menolak Harih kuat hingga menyebabkan Harith hampir jatuh . Lelaki itu sudah lebih. Dia rasa maruahnya tercalar ketika itu . "Jangan biadab ! Sekali lagi kau sentuh aku tangan kau aku potong. Kalau aku tak ada maruah sekali pun kau tak reti nak hormat ke hah? Aku tak ada pon nak kacau kau so kau boleh pergi mampus dari sini lah. Semak !" 

Harith dengan marah cuba untuk menampar Medyna tapi dihalang oleh seseorang .

"Rileks la bro , tak manis pukul perempuan." Tangan Harith ditolak kuat . Hampir kena pipi Medyna kalau kena memang akan jadi pergaduhan besar lepas ni. Sudah semestinya muka Harith akan pecah teruk dikerjakan oleh Medyna.

Harith memandang Syafiq tak puas hati dan terus keluar dari kelas. Pintu kelas ditumbuk kuat melepaskan geram. 

"Irfan kau keluar jap .Aku nak cakap dengan Medyn ." Arah Syafiq pada rakannya itu .

Medyna kembali duduk di mejanya . "Kau cari gaduh kenapa? Hampir tau tak kau makan penampar dia." 

"Dia bagi aku makan penampar aku patahkan tangan dia ." Balas Medyna riak .

Syafiq menggeleng kepala ada sahaja jawapan nak dijawab. "Pandai menjawab je kerja." 

Medyna mencebik .

                                                                                         *****************

"Medyn jom." Ajak Reysha yang sudah menggalas beg untuk balik ke asrama .

"Aku nak pergi library jap . Balik lah dulu ." Balas Medyna . Bukunya yang tidak tersusun yang berada diatas mejanya dirapikan dan di masukan ke  dalam beg sekolahnya. Begnya digalas malas.

"Kami nak teman tapi malas .Hehehe. So byee" Sampuk Afifah pula.

"Sokay aku nak pergi sorang." Mereka bertiga hanya mengagguk dan keluar dari kelas meninggalkan Medyna seorang diri . 

Waktu menunjukan pukul 3.45 petang . Sekolah telah menjadi sunyi dan kosong dengan pelajar cuma ada lagi beberapa orang guru yang masih di sekolah menyiapkan tugas .Medyna terpaksa kembali ke kelas untuk mengambil botol airnya yang tinggal setelah habis mengulang kaji di library sekolah .

Masuk sahaja di dalam kelas mulut Medyna ditutup dengan sapu tangan oleh seseorang dari arah bertentangan . Medyna meronta -ronta dan menyiku perut manusia tersebut dengan kuat sehingga dirinya terlepas.

"KAU NAK APA HAH ?! " Jerit Medyna marah .

"Saja nak kawan dengan kau ." Kata Harith sinis.

"GILA !" Medyna terus mengambil botol airnya dengan cepat tapi Harith lagi cepat menarik Medyna sampai Medyna hilang keseimbangan badan dan terjatuh menolak Harith sekali jatuh bersamanya . Medyna memejamkan mata takut .

You're My FirstWhere stories live. Discover now