BAB 33

170 7 0
                                    

Dengan langkah perlahan pintu bilik dibuka. Kepala dijenguk masuk Gelap! Maksudnya mungkin Harith sudah tidur. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Dia sudah tiba lebih awal dan mengambil keputusan mandi di bilik tingkat bawah sebelum masuk ke dalam bilik mereka

Bibir bawahnya digigit perlahan dek kerana rasa bersalah. Perasaan bersalah mula bersarang di dalam hati kerana pulang lewat pada malam itu tanpa memaklumkan pada suaminya. Kaki mula menapak masuk ke dalam bilik lalu pintu ditutup dengan perlahan -lahan tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi yang akan mengaggu lena si suami.

Langkah dibawa ke arah meja solek. Pin -pin tudung diletakan ditempatnya .Dia sudah mandi di bilik air dapur tadi. Laci dibuka sebiji ubat tidur diambil lalu ditelan bersama air mineral . Langkah kaki dibawa ke katil lalu merebahkan badannya secara perlahan. Selimut ditarik sehingga paras dada dan tidur membelakangi Harith.

Baru beberapa saat dia menutup mata cuba untuk tidur, terasa ada tangan yang melingkar di sekeliling pinggangnya. Mati kau Medyna!

Tilam bergerak menandakan ada pergerakan dari belakang. Harith merapatkan tubuhnya pada Medyna . Rambut si isteri dicium lembut.

"Sofea pergi mana? Dah tengah malam baru balik ,hurm?" Soal Harith dengan suara husky nya.

"Err Sofea mengantuk nak tidur. Jom tidur?" Ajak Medyna .Tubuhnya punsing menghadap Harith .Tangannya naik menyentuh pipi Harith . Satu kucupan berani mati dihadiahkan di kedua belah mata lelaki itu. 

Medyna terus memejamkan matanya .Malu. "Goodnight cutie." Pipi Medyna dikucup lembut.

Kereta dipandu laju oleh Medyna. Mereka sudah lewat untuk ke sekolah pada pagi itu. Sarapan juga turut tidak disediakan kerana Harith menariknya tidur semula selepas mandi pagi tadi. Sampai sahaja di gate besar bangunan sekolah dan asrama  Medyna mengeluarkan card pelajarnya pada pondok pengawal lalu pintu pagar tersebut terbuka sendiri. 

Medyna memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar sekolah . Harith disebelah dipandang .Tangannya naik menyalam tangan si suami. 

"Cepat keluar. Sofea nak pergi parking kereta." 

Harith mencebik geram. Tongkat dibelang diambil .Pintu kereta dibuka dan dengan berhati -hati dia melangkah keluar dari kereta. Sudah tidak ramai pelajar yang berjalan dari asrama masuk ke dalam sekolah .Pintu kereta dihempas perlahan dan lantas itu Medyna memandu dengan laju meninggalkannya .

Harith cuma mampu menggeleng kepala. 

Medyna melangkah masuk ke dalam dewan dengan bersahaja .Pelajar -pelajar yang sedang memandang ke arahnya tidak dihiraukan. Kerusi kosong diselah Afifa dia duduk.

"Kau dari mana? " Bisik Afifa. Guru berucap di hadapan tidak dihiraukan.

"Rumah ." Jawab Medyna bersahaja .

"Lamba gila kau datang. Macam ada suami dekat rumah ja." Medyna tarik senyuman sinis. Memang ada suami pun dekat rumah . 

Medyna diam tidak membalas .Tidak sampai 10 minit cikgu berucap mereka dibenarkan pulang ke kelas masing -masing .Nampak sangat Medyna memang lewat masuk ke dalam dewan.

Medyna ,Afifa, Reysha dan Fiya jalan beriringan masuk ke dalam kelas mereka .Medyna hanya mendengar telatah kawan -kawannya tanpa rasa ingin menyampuk. Langkah mereka terhenti apabila di hadapan kelas ada seorang pelajar lelaki bersama guru subject sains mereka.

Medyna terus masuk dan duduk kembali di tempatnya. Terdengar bisikan -bisikan halus rakan sekelasnya memuji gerangan lelaki yang berada di hadapan kelas pada waktu itu. Medyna tidak ambil pusing lantas terus mengeluarkan buku .

You're My FirstWhere stories live. Discover now