BAB 42

171 8 0
                                    

Medyna melangkah malas masuk ke dalam bilik. Beg dicampak ke tepi. Badan di rehatkan di atas katil dan mata ditutup rapat. Pelbagai perasaan yang dia rasakan sekarang yang tidak dapat  diungkap. 

Harith yang sedari tadi memerhati melepaskan nafas berat. Dia terus melangkah ke sisi Medyna dan mencuit bahu gadis itu. 

"Bangun solat zohor, Sofea." Arah Harith dengan suara lembut. 

Medyna membuka mata dan terus bangun menuju ke arah kamar mandi tanpa sebarang bantahan. Harith hanya jadi pemerhati . 

Beg sekolah Medyna yang dicampak tadi diambil dan dibawa bersama masuk ke dalam bilik belajar mereka. Harith mengingati kembali perisitiwa yang dilihat tadi. Perasaan cemburu hadir apabila Kyle mula mendekatkan wajahnya dengan wajah si isteri. Siapa tidak cemburu tapi melihat tindakan Medyna menumbuk kuat Kyle membuatkan dia lega.

Lega kerana Medyna masih menjaga batas? Mungkin. Dia sendiri tidak dengar apa topik yang mereka bincangkan. Dia tahu segalanya tentang Medyna dan juga kisah silamnya yang masih dia simpan itu.

Jadi apabila melihat Medyna sedang mengumpul tenaga hendak berhadapan dengan Kyle dia jadi kagum pada masa yang sama cemburu. Kagum kerana Medyna dapat melawan perasaan takutnya.

Dehem seseorang menghentikan lamunannya .

"Jauh termenung sampai mana dah tu?" Medyna melabuhkan duduk di sebelah Harith. 

Harith tayang sengih. "Tak jauh pun. Dekat dalam rumah ni jugak je." Harith menyiku bahu Medyna perlahan mengusik!

"Dah pergi mandi. Sofea nak turun masak. Lepastu nanti jemput-jemput lah turun tolong masak sama lepas mandi tu ye Cik Abang Masam." Medyna menjelir lidah dan terus berlari keluar. Terdengar hilai tawa Harith dari dalam bilik.

Sampai sahaja di dapur peti sejuk terus dibuka melihat apa yang masih ada untuk dimasak makan tengah hari. Dia jarang masak jadi selalu sebelum balik mereka akan makan siap -siap di luar. Hanya makan malam sahaja selalu mereka makan dirumah.

Selesai menghidangkan ayam masak merah, sotong sumbat sambat dan daging goreng halia. Medyna tersenyum puas. Sejak jadi isteri ni rajin betul. Masak tutup mata je dapat masak hidangan segempak itu. Bau sedap mesti rasa lagi sedap.

Baru mulutnya ingin menjerit memanggil Harith. Mulutnya ditutup seseorang. Terkejut dengan situasi itu Medyna menyiku perut Harith kuat dan memulas tangan Harith ke depan.

"Auu sakit Sofeaa. Argh lepas." Harith mendesis sakit. Niat nak melawak je last -last ergh. Menyesal ingin terkejutkan Medyna. Sumpah tak buat dah lepas ni. 

Medyna melepas cepat. Kepala tak gatal digaru dan dia menayangkan sengihan tak bersalah. Bukan salah dia itu tindakan rifleks. 

"Buat lah lagi. Lepas ni patah gigi pulak orang buat. Jangan cabar." Ugut Medyna bersahaja. Dijeling sekilas melihat muka masam si suami.

"Talk to my hand."Harith mencebik. Kerusi dihadapan Medyna dia duduk. Nasi dicedokkan sendiri. Baru nak sweet -sweet dah kena lipat.

"Jangan merajuk macam tu nampak selekeh gila, sumpah tak tipu. Rasa macam nak hempuk je sekerang ni." Usik Medyna lagi. Dalam hati dah ketawa mengekek melihat wajah seposen Harith.

"Serious la Sofea? " Seakan tidak percaya. Mood makannya terus hilang. Pinggan nasi diambil dan terus pergi ke arah ruang tamu meninggalkan Medyna yang sedang terkebil -kebil sendiri itu. Makan sambil tengok tv lagi bagus.

"Lahh merajuk?" Medyna angkat bahu malas ambil tahu. Nanti -nanti baik la tu.

Selesai sahaja mencuci muka langkah terus dibawa pergi ke arah bilik belajar, dia akan tidur di sana malam ini kerana ingin menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh. Medyna yang sedang ralit membaca novel di atas katil dikerling. Tak nak pujuk? Fine.

You're My FirstWhere stories live. Discover now