Bab 38

165 6 0
                                    

Hoddie hitam oversize dipadankan dengan slack hitam. Pakaian acah orang nak pergi majlis berkabung. Di depan pintu masuk dengan anak tangga menuju ke bawah dihampiri. Kad pengenalan dihulur pada penjaga kaunter.

Kaki dihalakan pada meja bar. Matanya memerhati sekeliling. Bunyi bingit muzik berdentum bergambung dengan suara manusia yang sedang menyanyi di dalamnya. Bau minumun keras, asap rokok dan peluh manusia keras memasuki hidung. 

"Sprite sparking lemon-lime." Bartendernyang menjaga kaunter menghulur setin Sprite dan gelas kaca yang penuh berisi ais. Medyna mengambil dan menghadiahkan senyuman kecil. Medyna membuang pandangan ke tengah stage pentas dimana ramai wanita -wanita seksi yang berpakaian menjolok mata sedang bernari mengikut rentak lagu.

"Hello.First time I tengok gadis bertutup masuk sini." Seorang lelaki dengan lether jacket dan skinny jeans tiba -tiba datang menegur. Medyna memutarkan matanya bosan. Bau alkohol sangat kuat apabila bibir lelaki itu cuba menyentuh pipi putihnya tapi cepat -cepat Medyna elak.

"Hey.She's my friend." Seorang wanita yang berpakaian dress ketat mendedahkan paha serta sebahagian dadanya  datang menegur dan menolak badan lelaki itu menjauhi Medyna. Takut -takut disitu akan diadakan WWE jika lelaki itu terus menerus mengacau Medyna. Medyna angkat kening sebelah.

"You tak nak join ?" Tanya gadis itu manja. Asap rokok dihembuskan pada muka Medyna . Terbatuk -batuk Medyna menahan busuk asap rokok itu.

"Mana jantan koprat tu?" Jerit Medyna sedikit kuat.

"Tengku Syahrin with his son?" Sebotol Tequilla diteguk rakus. Medyna mengangguk mengiyakan. Tubuh Elly cuba dia jauhi. Bau arak terlampau kuat masuk ke dalam rongga hidung. 

"Ada dalam bilik VVIP tengah karoke maybe. Aku malas nak layan anak beranak perangai macam anjing tu." Elly merengus bosan. Tetamu VVIP yang sering menempahnya sebagai teman untuk satu malam tapi bayaran yang dikenakan sedikit.

"Yang kau kata anjing tu selalu kau nak, plastik. Aku nak kau rapat lebih dekat lagi dengan diaorang sampai diaorang percayakan kau. Any update just inform aku." Rokok ditangan Elly diambil .Baru sahaja dia mahu menghisap ada satu tangan menolak kepalanya dengan kuat.

"Fuck." Carut Medyna . Mencerlung matanya memandang figura Syafiq dan Ahnaf dibelakang.

"Oh my god. Hye babe nak I teman you dance?" Elly terus bagun menghampiri Syafiq. Leher Syafiq dipeluk dengan kemas . Syafiq gelabah membuatkan Medyna dan Ahnaf ketawa.

"Adik aku tu Elly." Sempat rokok ditangannya disedut sekali dan menghembus asap tersebut pada wajah pucat Syafiq. Elly mendengus perlahan. Baru dia mahu menggoda .

"Stupid kenapa kau hisap?! Bye Elly. Nice to meet you." Syafiq melemparkan senyum paksa dan menarik kuat tangan kakaknya keluar dari tempat lembah dosa itu.

Sampai sahaja di parking kereta, tangan Medyna dilepaskan. Medyna hanya membuat riak mendatar seperti tiada apa yang berlaku. Sejujurnya dia tidak pernah menghisap rokok itu adalah kali pertama dirinya merasai benda baharu itu. Not bad .

"Sekarang dah pukul 1 pagi Medyn. Kau bodoh ke datang tempat macam ni? Hah?! " Syafiq meraup mukanya kesal. Dia terlampau takut kejadian dulu berulang kembali.

"Relax. Aku datang sini sebab kerja lah." Medyna memandang dua lelaki di depannya bosan. Ahnaf dengan wajah bengis ingin makan orang dan Syafiq dengan wajah risau.

"Bodoh! Kau boleh suruh aku atau Fateh kan?! Laki kau mesti tak tahu kau keluar. Balik!" Marah Ahnaf lantang

Medyna mencebik bosan dan terus pintu belakang kereta Honda Civic Ahnaf  dia masuk. 

You're My FirstWhere stories live. Discover now