BAB 21

212 8 0
                                    

"Sorry tak boleh teman Sofea lama -lama .Harini dah kena balik asrama." Kepala Medyna diusap lembut .

Medyna menayangkan muka menyampah ."Nak balik ,balik je lah .Nak buat drama pukul 7 dah kenapa?" Tangan Harith yang berada diatas kepalanya ditolak perlahan.

"Mana tahu lepas ni orang tu rindu nak tengok muka kita." Harith menjeling Medyna .

Medyna membuat mimik muka ingin muntah .

"Jaga diri ,jumaat depan kita jumpa balik ,ya?" Jaket hitam yang berada di tanganya dipakai bersama baju putih yang dibawanya semasa datang menemani Medyna semalam .

"Take care." Ucap Medyna pendek .

"Take care too .Cepat sihat sayang." Harith mencium dahi bersih milik Medyna lama .

"Yuks, ada air liur, tak senonoh la.Dah berampus." Tangannya laju menyapu permukaan dahi bersih dengan menggunakan selimut hospital .Sebenarnya tidak ada pun kesan air liur cuma dia mereka cerita untuk menghindari perasaan awkward yang setiap kali datang apabila bersama Harith.

Harith ketawa geli hati . "Jangan rindu .Nanti jadi macam haritu call Han sebab rindu ."

"Perasan gila mamat ni .Orang call Syafiq pastu dia yang menyebuk .Tuduh orang rindu dia ." Kata Medyna menyampah .

"Ye la tu tak rindu .Layan Sofea sampai esok tak boleh balik asrama .Han balik dulu ,bye." Tangan Medyna dicium sayang .Biarlah Medyna masih tidak boleh menerimanya janji dia tahu Medyna akan ada bersamanya selama -lamanya .Itu sudah cukup membuatkan dia rasa bersyukur.

Medyna mencebik lantas membaringkan badan membelakangi pintu masuk ke dalam bilik wad itu .Sudah seminggu dia disini ,hospital . Sepanjang satu minggu hanya Syafiq dan Harith yang bergilir-gilir melawatnya itupun sewaktu hari sabtu dan ahad sahaja kerana cuti sekolah dan dibenarkan keluar asrama .Mommy dan daddy? Dari awal dia dibawa masuk ke sini sampai hari ini batang hidung pon tak pernah nampak .Along dan angah? trip ke Singapore dua minggu .

Tiada perubahan pada dirinya sepanjang seminggu itu .Doktor Jannah mengasingkannya dengan pesakit yang lain dengan alasan itu adalah arahan Tengku Shah, daddynya. Ditempatkan dalam bilik yang separa besar berseorangan tanpa sebarang gajet amat membosankan. Mengharapkan orang datang melawat dan bersembang dengannya sahaja tapi malang hanya doktor Jannah dan nurse yang bertugas sahaja masuk ke dalam bilk itu. 

Kedengaran pintu dikuak dari arah belakang .

"Harith balik je lah ,apa lagi kau ni. Aku penat la." Keluh Medyna tanpa memandang siapa gerangan dibelakangnya .

Eherm.

Deheman seseorang membuatkan Medyna tersentak dan terus mengalihkan badannya ke arah suara itu .

"Ahnaf. Wait macam mana kau boleh masuk?" 

"Aku ada updated terbaru." Telefon yang berada di kocek seluarnya diambil dan diberikan pada Medyna.

"Apa ni?" Soal Medyna sebelum mengambil telefon itu . Isi yang tertulis di skrin  telefon mahal milik lelaki bernama Ahnaf dibaca terliti .

"Esok?" Tanya Medyna seakan tidak percaya. Dia turun dari katil dan bergerak ke arah sofa yang diduduki Ahnaf .Telefon lelaki itu diberikan kembali .

"Message tu aku dapat dari doktor yang merawat dia .Dia sembuh sepenuhnya .Esok petang atau hari berikutnya dia dah boleh keluar ." 

"Aku nak pergi ."

"How? Kau pun masih dibawah pemantauan doktor dan keadaan kau tak stabil. Kau tak boleh pergi .Biar ahli yang lain sahaja pergi ." Halang Ahnaf .

"Apa guna kau sebagai Mr.Helper aku kalau kerja nak tipu pihak hospital pun tak boleh? Come on ni hospital dalam Malaysia ja bukan hospital besar macam dekat sana. Kalau hospital luar pun kau boleh ,setakat hospital ni tak akan tak boleh?" Provok Medyna .Senyuman sungging meniti wajah pucat Medyna .

Ahnaf memandang Medyna tajam. "Ini bukan masalah hospital tapi masalahnya adalah kau. Kau dikawal ketat oleh bodygurd Tengku Shah .Aku nak masuk bilik ni pun kena soal siasat. Tambahan lagi kau sakit dan kau dah terkecuali dalam apa -apa misi selagi kau tak sihat. Faham?" 

Medyna berdecit perlahan .Tengku Shah merangkap daddynya menyusahkan kerjanya .Medyna diam sejenak memikirkan tindakan yang harus dia lakukan. 

"Aku bagi kau dua pilihan . "Medyna memandang Ahnaf sinis.

"Apa?"

"Antara kau yang bawa aku lari atau aku lari pergi sana sendiri ." 

Ahnaf menjeling tajam Medyna yang menayangkan senyum sumbing itu menandakan kemenangang berpihak padanya .

"Kau?!"

"Assalamualaikum , Ehh Sofea ada tetamu ya? Saya mengganggu?" Suara Doktor Jannah memberhentikan ayat Ahnaf .

Cepat -cepat Ahnaf menarik kembali mask dibawah dagunya bagi menutup separuh wajahnya. Identitinya adalah sulit jika diketahui oleh doktor mahupun bodyguard - bodyguard Tengku Shah.

"Tak nak kenalkan?" Tanya Doktor Jannah pada Medyna .Kerusi berhadapan mereka berdua didudukinya .Mata ralit memandang dua manusia dihadapan .Lelaki itu seolah melarikan pandangan darinya .Kawan Medyna kah? Sepanjang mengenali Medyna dia hanya tahu gadis remaja itu tidak mempunyai seorang pun rakan selain Syafiq dan suami gadis itu sendiri, Harith.

Medyna memandang Harith disebelahnya. "Muhammad .Orang suruhan daddy." Kata Medyna bersahaja .Riak biasa ditayangkan .

Ahnaf hanya menunduk sedikit pada Doktor Jannah. 

"ouh ada apa-apa nak bincang ke?" 

"Eherm. Sebenarnya ini arahan Tengku .Dia minta saya bawa Tengku Medyna keluar atas urusan kelaurga sekarang." Terang Ahnaf dengan suara mendatar.

Doktor Jannah membuat muka seakan tidak faham. "Tengku tak ada maklumkan pada saya pun? Selalunya dia akan maklumkan sendiri pada saya."

"Daddy outsation . Jadi dia suruh Muhammad datang. Muhammad orang kepercayaan dia ,Tak akan dia nak menipu kau?" Belum sempat Ahnaf bersuara Medyna terlebih dahulu memotong. Dia takut tembelangnya akan pecah .

"Tapi awak belum sehat ,Sofea .Keadaan di luar mungkin membahayakan awak." Pujuk doktor Jannah .

"Aku dah sihat ." Balas Medyna mendatar. Mata tajamnya menikam anak mata doktor muda itu .

"Kalau macam tu-"

~
Late update, I'm sorry! Enjoy!!

You're My FirstWhere stories live. Discover now