BAB 36

183 7 0
                                    

Harith tersenyum riang melangkah ke arah kereta. Awal pagi lagi dia sudah bersiap ingin ke hospital. 

"Now Mrs.Harith jadi co-pilot. Pilot awak dah boleh jalan." Kaki diangkat tinggi dihadapan Medyna. Pintu kereta di sebelah pemandu dia masuk. Sudah lama dia tidak memegang stering kereta sejak kakinya patah hampir sebulan yang lepas.

"Whatever. Cepat balik Sofea nak keluar jumpa orang ." Harith memandang isterinya pelik.

"Nak pergi mana?" 

"Hantar dekat apartment Sofea je. " Balas Medyna bersahaja.

"Okey. Harini Han balik rumah malam tau. Hari minggu Han kerja." Medyna mengangguk sahaja. Malas ambil pusing. Janji Harith kerja yang halal dalam agama dia tidak menghalang.

"Nanti Sofea balik rumah sendiri. Han tak perlu jemput ."Harith memberhentikan keretanya di hadapan sebuah aparthment. Lantas Harith menganggukkan sahaja kepala. 

Selepas menyalami suaminya Medyna terus bergegas keluar dari kereta dan melangkah ke arah pondok pengawal. Card rumah dikeluarkan dan diserahkan pada pengawal yang menjaga. Dapat sahaja card itu kembali Medyna terus melangkah ke arah lift .

Medyna menggayakan baju seragam polis. Entah kenapa hatinya terdetik untuk memakai baju itu. Baju yang tak pernah disaeungkan langsung sepanjang dia berkhidmat sebagai anggota polis. Selalu dia hanya menggayakan Hoddie hitam berserta seluar slack sahaja. 

Siap meneliti diri pada cermin Medyna melangkah keluar. Kunci motor kesayangannya juga dicapai. 

Balai Polis tempat kerjanya menjadi destinasi Medyna. Ada beberapa hal yang perlu dia bentangkan hari ini. Jadi dia meminta untuk masuk lewat sedikit kerana ingin menghantar Harith ke hospital membuka simen dikaki.

Ducati Penigale V4 matte black di parking disebelah motor berkuasa tinggi milik Fateh. Halmet fullface dibuka .Jacket pelingdung badan juga dibuka meninggalkan baju seragam polis. Mask ditarik menutupi sebahagian mulut danhidungnya disarung juga  kaca mata hitam. 

Medyna melangkah memasuki pintu masuk semua mata memandangnya tidak berkelip. Kali pertama melihat gadis itu memakai baju seragam polis.

"First time dho dia pakai unifom. Dengan moto idaman aku tu. Gila bapaklah." Koperal Hanif menyiku Harith yang sedang menyapu. Semua mata tertumpu pada seorang gadis yang lagaknya bergitu feminine.

"Sapa tu? Aku tak pernah nampak pun." Harith kerutkan wajah. Hampir lima bulan dia bekerja sebagai cleaner pada setiap hujung minggu tapi baru pertama kali dia melihat gadis itu.

"Kau tak kenal? Orang panggil dia  Miss Glacies. Glacies tu dalam bahasa Latin yang membawa maksud ais. Tengok cara dia sahaja orang dah takut. Dia jenis tak bercakap. Aura dia sama macam SP kita menyeramkan dan beku. Kalau dia cakap pun dengan tiga orang kanan dia je. Kitaorang kerja dekat sini tak pernah tengok muka dia tapi Anis kata dia lawa. Orang kanan kesayangan SP tu" Koperal Hanif menggeleng kepala. 

"Pangkat dia?" Harith seolah tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang Miss Glacies itu. 

"Inspektor plus pengintip  padahal dia muda gila untuk pegang jawatan tu tapi dia tak terlibat dengan kes biasa jadi dia tak selalu ada dekat balaii. Dia selesaikan kes-kes besar je. Peserta dan pemenang MMA wakil Malaysia tu." Puji Kkoperal Hanif.

"Maksudnya sekarang tengah ada misi lah sebab tu dia datang?" 

"Yes. Misi besar." Harith tersedar sudah lama dia bersembang dengan koperal Hanif terus dia melangkah ingin ke pantri di belakang.

Secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang. Angkat sahaja wajah terus disapa dengang figura Miss Glacies yang disebut -sebut oleh koperal Hanif tadi. 

You're My FirstWhere stories live. Discover now