BAB 30

209 8 0
                                    

Pentengkaran yang dihabiskan dengan bantuan guard membawa senyuman kemenangan dimuka Medyna. Wajah cemberut Harith disisi dijeling sekilas. 

"Ehh nak bawa Han pergi mana ni? Han nak bawak kereta." Harith menahan dengan kaki kirinya dari terus bergerak. Wajah mendatar Medyna dipandang bingung.

Medyna hanya diam membiarkan Harith bercakap bersendirian .Pintu disebelah penumpang dibuka .Kerusi roda Harith ditolak kedepan sedikit supaya langkah untuk masuk ke dalam kereta lebih kecil.

"Masuk." Arah Medyna dingin.

"No! Han nak bawak kereta. Sofea yang duduk sini." Harith menarik tangan Sofea untuk masuk ke dalam kereta .

"Kan tak boleh jalan nak bawak kereta macam mana .Duduk lah sini .Jangan mengada." 

"No! Tak nak! Han nak drive. Sofea yang patut duduk sini." Bentak Harith .Suaranya dinaik seoktaf tambah nyaring . Tercalarlah maruah lelakinya jika membiarkan perempuan yang membawa kereta sedangkan dia masih mampu membawa.

Medyna menutup telinganya apabila mendengar suara nyaring Harith. "Han please jangan buat perangai .Kita dekat parking lot hospital ni. Masuk." Medyna cuba memujuk.

Harith menghadiahkan senyuman sinis."Tolong ! Tolong ! Saya dipukul ! Tolong sesiapa!" Jerit Harith kuat meminta tolong. 

Medyna ternganga . Hati yang sudah membara dengan api kemarahan cuba ditenangkan .Ingat tu suami ,Medyn.

"Cik? Encik? Ada apa ni ya? Saya dengar orang menjerit tadi ." Sorang guard India datang dengan wajah risau. Didengarinya tadi ada orang dipukul tapi bila sampai ....

"Uncle tolong nasihat suami saya boleh tak? Kaki dia patah tapi dia ni degil nak memandu. Nak mati cepat gamaknya. Lepastu tolong angkat dia sekali masuk dalam kereta tapi kalau dia tak nak, masukkan je lah dia dalam bilik mayat .Saya penat, nak balik." Medyna terus menuju ke tempat duduk pemandu .Pintu dihempas kuat melepaskan geram.

"Uncle thankyou. Saya boleh masuk sendiri. Sorry jerit tadi. Tolong saya hantar balik ya kerusi roda ni dalam hospital? Terima kasih uncle! " Dia menghadiahkan sengihan. Harith dengan berhati -hati melangkah dengan satu kaki masuk ke dalam kereta. 

"Muka tu tak payah tunjuk sangat dah menang .Menyampah tengok." Harith memeluk tubuh apabila dapat menagkap senyuman kemenangan Medyna.

"Whatever."

"Okey Han dah tak nak gaduh. Sorry buat perangai tadi. " Akhirnya Harith mengalah. Sudah dari awal dia tahu Medyna tak akan memujuknya .

"Nasib suami kalau tak dah lama smackdown biar mampus ." Omel Medyna tak puas hati.

Harith menggeleng kepala. Ganas betul ! " Ni balik apartment Sofea ambik baju je tau. Lepastu kita balik rumah 'kita'." Wajah Medyna dipandang dan menghadiahkan satu senyuman manisnya .

"Rumah mama?" Tanya Medyna. Matanya masih fokus dengan pemanduan.

"Tak lah. Rumah papa tapi Han tengah usaha nak beli. Sekarang tengah bayar bulan -bulan rumah tu. Rumah kecik ja sesuai kot dengan kita .Lagipun belakang sekolah ja jadi senanglah kita nak ke sekolah setiap hari. " Terang Harith.

Medyna mengagguk faham. 

                                                                                           *****

Medyna menolak lurgagge besar berwarna hitam miliknya ke dalam rumah 'kecil' Harith. Mulutnya terlopong memandang dekorasi rumah yang bergitu elegant dan aesthetic mengikut perkembangan semasa .Barangan di dalam rumah yang dihias cantik dan teratur dipandang tidak bekerlip.

"Kenapa stop depan pintu ni? Masuklah." Harith mengerut dahi. Tongkat di bawah ketiak dikemaskan supaya dapat menyeimbangkan badan. Harith bergerak mendekati Medyna yang masih berdiri tegak di hadapan pintu.

"Rumah kecik sangat. Penthouse dua tingkat hurh?" Medyna menarik senyuman sinis .Tangan disilangkan di dada. 

Harith tarik sengihan tidak bersalah. " Tak nak riak. Sorrylah rumah ni tak sempat tukar design lagi lepas kita kahwin. Nanti Han tukar ikut cita rasa Sofea okey? Tapi Han sempat tukar master badroom. Pergilah tengok. " Harith meunjukkan pintu bilik bewarna hitam dengan tombol pintu bewarna gold.

Tanpa membuang masa Medyna terus berlari menaiki tangga ke tingkat atas dan berlari kearah pintu yang ditunjukan oleh Harith sebentar tadi. Dengan lafaz bismillah pintu bilik tersebut ditolak dengan berhati -hati. Tergamam Medyna seketika. Bilik yang agak besar dan bewarna fully black ! dan di syiling bilik terdapat chadelier mewah. Hiasan dalaman yang simple dan mengikut seleranya . Terdapat lagi dua pintu di dalamnya. Pintu ke walk-in-closet dan toilet.

Dengan perasaan teruja Medyna melangkah ke arah pintu yang berdekatan pintu masuk bilik. Bilik  mandi yang juga masih mengekalkan konsep fully black hingga ke syiling . Jakuzi bewarna hitam dan terdapat lampu -lampu kecil didalamnya  . Cermin yang besar dan sink bercorak dark marble. 

"For you. Do you like it?" Kata Harith dari arah belakang Medyna . Wajah Medyna dalam pantulan cermin dipandang lama.

"Crazy, I'm love it. Thanks ! Tapi tak perlu pun susah -susah hiasa bilik ni mahal -mahal and lawa gila macam ni. Sofea tak mintak pon." Medyna memusingkan badannya menghadap Harith.

"My pleasure .Han tahu Sofea suka warna hitam so bilik ni Han decor la jadi macam Sofea suka. Ingatkan rumah ni nak tunjuk waktu balik asrama tapi kita dah tak duduk asrama jadi yeah Han tunjuk sekarang. Maaf rumah ni kecil tak macam rumah daddy." Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membahagiakan Medyna .Sudah banyak derita yang gadis itu tanggung .

"No .Rumah ni dah cukup besar dah untuk kita dua . Dah pergi rest dulu .Sofea nak ambil beg kat bawah nak kemas baju masuk dalam closet besar tu." Sekelip mata Medyna hilang dari pandangan. Asalkan gadis itu bahagia Harith sanggup buat apa sahaja.

More surprise to come, girl! Sorak Harith dalam hati.



You're My FirstWhere stories live. Discover now