10

14.9K 68 4
                                    

Aku pernah adakan heart-to-heart talk bersama suamiku berkenaan dengan masalah kelamin yang kami hadapi.

Secara jujur aku ceritakan yang aku pernah pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan, dan doktor telah katakan yang semuanya normal.

Bila sebut tentang perkara tu, Azman seperti tidak percaya, sebab katanya, kenapa dia rasa ok bila rapat dengan ibu, adik, kerani-kerani wanita di pejabat kalau semuanya sama.

Kadang-kadang aku berasa geram dengan jawapan suamiku. ʻʻMacam Mawar jugak lah kan? Seri tak sewangi Mawar kan?ʼʼ kataku tajam.

ʻʻAwak ni. Kenapa sampai ke situ pulak. Sudah lah, Abang tak mahu bergaduhʼʼ kata Azman cuba memujukku.

ʻʻSeri tak mintak banyak, Bang. Seri bukan mintak duit, emas, harta, rumah besar, kereta mewah... Seri tak mintak semua tu. Seri hanya mintak sentuhan Abang saja. Seri rindukan Abangʼʼ, aku merayu. Air mataku mula jatuh mengalir.

Melihatku menangis, Azman memelukku. Dia berkata, ʻʻKehidupan bahagia suami-isteri bukan hanya sekadar untuk hubungan kelamin sahaja, Seri. Abang lebih suka luangkan masa dengan Seri, berbual-bual, tengok TV sama-sama, makan sama-sama, duduk sama-sama macam niʼʼ

ʻʻCuba Seri ingat balikʼʼ, sambung suamiku, ʻʻSebelum kita kahwin, 20 tahun Seri ok jer kanʼʼ, Azman mengelap air mataku, ʻʻKenapa tiba-tiba sekarang, perkara ni tiba-tiba jadi masalah besar pulak?ʼʼ Azman memelukku cuba memujuk.

Sebelum aku kahwin, aku tak ada keinginan seks. Lepas malam pertama kita, keinginan seks aku sekarang perlu dipenuhi. Sekarang dah menjadi kewajipan kau untuk bayar nafkah batin padaku. Jawab suara hatiku pada suamiku. Tetapi, aku tidak dapat mengeluarkan kata-kata yang sama dari mulutku.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now