63 🔞

9.8K 50 2
                                    

Aku mengambil Blackberry aku. Aku menelifon Abang Rosli.

ʻʻHello abang Li. Ni Seri niʼʼ aku memulakan perbualan.

ʻʻOh ya, Seri.... isteri Man kan?ʼʼ tanyanya.

ʻʻYa betulʼʼ balasku balik. ʻʻAbang Li. Saya nak tanya ni. Pagi tadi masa Abang Li call saya kan.... Lepas tu saya cakap nama saya Seri. Abang Li macam terkejut. Kenapa ya?ʼʼ

ʻʻTerkejut?ʼʼ suara dia macam menyembunyikan sesuatu.

ʻʻHa ah ya. Abang Li tanya seolah-olah macam tak expect dengar nama Seriʼʼ

ʻʻOh....... abang Li silap dengar kot... iyalah abang Li kan dah tua, pendengaran agak kurang sikitʼʼ suara Abang Rosli seperti nak memberikan alasan.

ʻʻAzman ada pernah sebut nama saya ke dekat abang Li?ʼʼ tanyaku.

ʻʻTak....eh...... ya... ya... adaʼʼ suara Abang Rosli semakin tidak selesa.

ʻʻOh, saya tahu, Azman panggil nama saya yang lagi satu agaknya. Tu yang abang Li macam tak perasan. Mak dan ayah saya jer yang panggi Seriʼʼ aku cuba nak serkap jarangnya.

ʻʻNama penuh saya.....ʼʼ aku berhenti sekejap. Aku tarik nafas, ʻʻSeri Mawarʼʼ

ʻʻHaaaa! Betulah tu!ʼʼ tiba-tiba suara Abang Rosli bunyi seperti lega dan gembira. ʻʻYa, baru abang Li ingat. Azman sebut nama kedua awak iaitu Mawar kan! Adoi.... Ha ha ha! Gemuruh sekejap jantung abang Li tadi. Abang Li ingat dah salah orang! Ha ha ha!ʼʼ Abang Rosli gelak berdekah-dekah.

Serkap jarangku telah berjaya.

Aku meletakkan telefon. Aku mencampakkannya ke tepi.

Aku jatuh rebah melutut. Tanganku memegang lantai. Air mataku berderai jatuh. Hatiku remuk. Jiwaku berkecai. Kepalaku berpinar-pinar. Tanganku menggeletar. Nafasku pendek, tersekat-sekat. Aku rasa nak muntah. Aku mula menangis.

Nafasku tersekat. Aku tersedu. Aku sukar untuk menarik nafas. Seperti tekakku dicekik oleh sesuatu.

Aku merangkak-rangkak ke arah minibar. Aku cuba untuk mengambil air dari dalamnya. Tapi minibar aku kosong. Ianya tidak diisi oleh housekeeping. Sial lah! kata hatiku. Hotel lima bintang pun tak buat kerja betul-betul.

Aku berlari keluar dari bilik hotelku. Aku cuba untuk turun ke restoran meminta air. Mataku berair, menitis-nitis jatuh ke pipiku. Aku tak nampak jalan. Aku jalan terhoyong-hayang. Kakiku tersilap langkah. Aku jatuh kehadapan.

Tiba-tiba badanku disambut. Tubuhku tidak jatuh menyembah bumi. Tapi aku dipapah oleh dua tangan lelaki. Aku cuba melihat siapa yang telah menyambutku. Seorang lelaki muda, umur baru 18 atau 19, memakai baju uniform housekeeping Shangri-La. Tag namanya ditulis ʻʻZULʼʼ

Oh, budak yang sama yang menghantar baju aku 12 hari yang lalu. Budak yang sama terlihat separuh dari tubuh bogelku.

ʻʻPuan, puan, puan!ʼʼ kata Zul padaku sambil memapah tubuhku, ʻʻPuan ok ke?ʼʼ tanyanya risau.

ʻʻAir...ʼʼ kataku lemah, ʻʻakak tak boleh bernafasʼʼ kataku meminta tolong.

Kebetulan Zul tengah tolak troli housekeeping semasa dia bertembung denganku. Zul dengan pantas mengambil sebotol air mineral dari troli houskeeping tadi. Dia membuka tudung air mineral dengan giginya, dan kemudian menunggangkan botol air itu supaya air mengalir masuk ke dalam tekakku.

Aku tercekik disebabkan terlampau panik meminum air botol itu. Aku terus muntah. Aku muntah dengan banyak ke atas bajuku dan baju uniform Zul.

Badanku lemah selepas muntah. Aku rasa nak pitam.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now