76 🔞

14.2K 52 1
                                    

Aku pulang semula ke bilik hotel-ku. Aku tak berhenti menangis. Aku tak dapat menahan tangisanku. Aku malu. Aku kotor. Aku jijik. Aku busuk. Segala buruk adalah diriku, dan aku rasa sehina-hinanya.

Aku duduk mencangkung di atas katilku, memeluk kakiku. Suamiku akan pulang sebentar lagi. Macam mana aku hendak menghadapinya.

Aku takut. Badanku menggeletar ketakutan. Keringat peluhku membasahi tubuhku, seiring dengan air mataku.

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Azman pun pulang. Dia baru pulang dari minum malam bersama Khairul.

Azman masuk ke dalam bilik tidur kami, dan melihatku menangis tersedu-sedu.

Pada mulanya dia seperti tidak mengendahkan aku. Tapi lama-kelamaan, dengan perlahan-lahan dia duduk di atas katil disebelahku, dan melihat wajahku. Mukanya nampak sedih, nampak pilu. Rahsia kehidupan hitamku sebenarnya telah diketahui suamiku sekian lama. Dan dia juga tahu bermula malam ini, aku tidak dapat menyembunyikan rahsia hidupku darinya lagi.

Aku terus memeluk suamiku. Aku memeluknya erat. Aku memeluknya seperti dia adalah talian hayatku. Tapi Azman tidak memelukku kembali, dia hanya duduk disitu dengan kaku.

ʻʻAmpunkan Seri...Abang!!ʼʼ tangisku berderu-deru, ʻʻAmpunkan Seri! Ampunkan Seri!ʼʼ kataku berulang-ulang kali tanpa henti.

Azman tidak bergerak. Tiada satu reaksi pun dari dirinya. Dia seperti tidak mengendahkan pelukan dan rayuanku. Aku tidak putus asa, aku terus meminta ampun padanya berulang kali.

Walaupun Azman telah lama memendam perasaannya, tapi malam ini dia akhirnya meluahkan kekecewaannya padaku, yang telah sekian lama tertanam di dalam hatinya.

ʻʻSampai hati kau, Seriʼʼ kata suamiku perlahan, ʻʻsampai hati kau lakukan perkara keji tuʼʼ

Aku menangis lebih deras lagi.

ʻʻMungkin Abang boleh faham, mungkin Abang boleh terima kalau Seri dipaksa, kalau Seri tak ada pilihan..... tapi bila Abang tengok Seri memberi kerelaan....malah..... abang tengok Seri..... enjoyʼʼ kata suamiku dengan suaranya yang tersekat-sekat, pilu.

Aku tak dapat nak berkata apa-apa lagi. Suaraku tenggelam dalam tangisanku.

Aku cuba untuk mencari tenaga untuk berkata sesuatu, ʻʻSeri lemah.....Seri tak kuat....ʼʼ kataku perlahan, ʻʻ...Seri perlukan sentuhan Abang.... kalau tidak Seri akan hanyut....ʼʼ

ʻʻOh.... jadi itu lah dia alasan Seri? Sebab Abang tak sentuh Seri? Jadi bila Abang tak sentuh Seri, Seri benarkan lelaki lain sentuh Seri? Macam tu??ʼʼ kata suamiku marah.

ʻʻTaaak....Abang.....ʼʼ aku merayu pada suamiku, ʻʻ...Seri nak abang tahu... yang Seri tak mampu nak berdiri sendiri tanpa Abang..... bila abang tak ada dari Seri.... Seri akan hanyut di bawa pergi..... Seri lemah, Abang..... Seri sangat-sangat lemah....ʼʼ

Azman terus berdiri. Dia seperti tidak dapat menerima kenyataan begitu dariku. Alasanku lemah. Alasanku tak boleh diterima. Tak kan tak ada sedikit pun maruah diri yang ada padaku yang membolehkan aku mempertahanku dari godaan nafsu.

Aku tetap merayu pada suamiku, ʻʻAbang.... tolong bimbing Seri... tolong Abang.....ʼʼ Tanganku mencapai-capai untuk memeluknya.

Azman tidak mengendahkan rayuanku. Dia terus berjalan ke tingkap besar bilik tidur kami dan memandang ke luar. Dia berdiri di situ tanpa berkata apa-apa untuk seketika.

Aku terus bangun dari katil dan terus memeluknya dari belakang. Tubuh badanku menekan erat pada tubuhnya. Aku tak mahu melepaskan pelukanku. Aku menangis merayu-rayu.

Azman tidak bergerak. Dia hanya memegang cermin tingkap besar bilik kami dengan kedua-dua tangannya, kemudiannya dia menyandarkan kepalanya pada kaca tingkap tersebut.

Cinta dan DosaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant