52

5K 44 2
                                    

Hari Sabtu dan Ahad berlalu. Kami jalani hidup seperti pasangan suami-isteri. Aku dan Zarul adakan hubungan kelamin setiap masa, setiap ketika. Zarul betul-betul bayar segala hutang air yang telah tertunggak kepada tubuhku, dan aku menerima kesemua nafkah batin pemberiannya dengan hati dan jiwa yang terpaksa. Untuk dua hari ini, aku adalah miliknya sepenuhnya. Aku benarkan dia lalukan apa sahaja yang dia inginkan padaku. Kami bersetubuh di atas katil, di atas sofa, di atas meja makan, dan di dalam bilik air.

Pada sesi terakhir persetubuhan kami di malam Ahad, aku berkata dengannya dengan penuh lembut dan berhati-hati, ʻʻZarul....ʼʼ, kataku perlahan, ʻʻmalam ni malam terakhir kita ya,ʼʼ aku berhenti sebentar melihat reaksinya. Tapi dia tidak memberi apa-apa padaku. Aku berasa sedikit gemuruh. ʻʻBesok Azman balik. Kau janji nak pulangkan aku kan?ʼʼ aku menanti dengan debaran jawapannya.

Zarul tidak menjawab agak lama. Hatiku semakin berdebar.

ʻʻYa, Seriʼʼ tiba-tiba suaranya memecah kesepian malam itu, ʻʻmalam ini adalah malam terakhir kita bersama,ʼʼ

Aku berasa sangat-sangat lega dengan apa yang telah dikatakan oleh Zarul tadi.

Tapi malam belum berakhir lagi. Dengan perlahan Zarul berkata padaku ʻʻAku akan tetap menemani kau sehinggalah Azman pulangʼʼ Jadi maksudnya malam ni aku masih miliknya. Dan peluang terakhir ini telah dia gunakan sebaiknya untuk menjimak tubuhku sekali lagi.

******************************

Hari Isnin pun tiba. Hari ini suamiku Azman pulang ke pangkuanku. Gila sungguh dua minggu yang telah terjadi padaku. Aku telah diperkosa, telah melalui dua minggu rehabilitation bersama Zarul, dan diakhiri sebagai isteri sementaranya untuk hujung minggu.

Aku sangat-sangat impikan saat ditemukan dengan Azman. Aku akan memintanya berhenti kerja dengan Datuk Aziz, dan cuba rezeki ditempat lain pula. Aku sudah tidak mahu lagi merinduinya setiap dua minggu. Aku nak dia sentiasa bersamaku, disisiku. Aku inginkan kehidupan yang normal bersama suamiku.

Aku bersiap awal. Aku mandi dengan bersih dan memakai baju wangi. Zarul pula sibuk mengemas apartmentku, membersihkan semua bekas-bekas cinta yang telah di tinggalkan disana-sini.

Zarul berkeras untuk hantar aku ke KLIA, sebab dia tak mahu aku memandu keseorangan. Perjalanan kami ke KLIA senyap sepi. Aku memasang radio mendengar lagu. Aku dan Zarul tidak bercakap sepatah pun.

Sampai di perkarangan letak kereta KLIA, Zarul mematikan enjin dan merenungku lama. ʻʻSeri, aku tak akan lupakan kau sampai bila-bila,ʼʼ katanya. Kami berpeluk dan berkucupan untuk kali terakhir.

Zarul terus meninggalkanku. Aku biarkan dia pergi. Aku bergegas ke pintu ketibaan dan menunggu Azman keluar dengan penuh debaran dan harapan. Aku tekun akan mulakan hidup baru bersama suamiku.

Flight Azman selamat mendarat jam 1 petang. Selalunya dia akan mengambil masa 30 minit untuk keluar ke pintu ketibaan.

Jam dah pukul 2 petang. Azman masih tak muncul lagi. Aku nampak ramai penumpang dari flight Azman dah keluar. Aku dah mula risau. Mungkin beg dia hilang kot. Mungkin ada tercicir sesuatu kot. Aku cuba bersangka baik.

Jam dah pukul 3 petang. Aku dah semakin cemas. Mana suamiku tak keluar-keluar lagi?

Aku berlari ke kaunter penerbangan. Aku menayakan dimana suamiku. Aku memberikan nama penuh dan nombor MyKadnya kepada kerani kaunter itu.

ʻʻMaaf Puan, tapi mengikut manifest kami, Encik Azman tak naik pesawat tadiʼʼ katanya padaku.

Air mataku sudah menitik. Dimanakah suamiku? Kenapa dia tak balik? Adakah sesuatu yang terjadi kepadanya? Aku sudah mula panik.

Tiba-tiba ada tangan mencapai lenganku. Aku menoleh melihat siapa orangnya.

Zarul.

ʻʻSeri, we have to go to Sabah now!ʼʼ katanya dengan suara yang cepat.

Aku dah rasa tak sedap hati. Aku dah rasa nak menangis.

ʻʻAda accident berlaku dekat pelantar minyak tempat Azman bekerjaʼʼ kata Zarul pantas.

ABAAANG!! jerit batinku. Aku menangis kuat. Kepalaku rasa nak pitam. Kakiku rasa lemah. Aku terus rebah dan Zarul memapah tubuhku yang jatuh.

ʻʻSeri! Seri!ʼʼ Zarul memanggilku sambil menepuk-nepuk pipiku. ʻʻGet me some water now!ʼʼ dia memberi arahan kepada kerani penerbangan yang berlari-lari datang memberikan bantuan.

Suara Datuk Aziz bermain-main di dalam kepalaku:

If I canʼt have you, then nobody can.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now