75

5.1K 36 1
                                    

Aku dan Mawar duduk senyap di dalam biliknya tidak berkata-kata. Hampir 15 minit kami tak bertegur. Sekali sekala aku menyapu pipiku yang masih sakit.

ʻʻApa dah jadi dengan kau ni, Seri?ʼʼ suara Mawar mula-mula memecahkan kesunyian bilik itu, ʻʻKau dulu pendiam, pemalu, introvert, budak baik...... sejak bila pulak kau tiba-tiba jadi pelacur pulak ni?ʼʼ

ʻʻAku bukan pelacur, Mawarʼʼ kataku perlahan.

ʻʻSama lah. Kau bagi jantan tebuk lubang kau. Lepas tu, kau dapat bayaran. Pelacur lah kan?ʼʼ kata Mawar menyindir.

Aku hanya diam tak membalas.

ʻʻFine....ʼʼ sambung Mawar, ʻʻ....mistress.... perempuan simpanan.....puas hati?ʼʼ

ʻʻAku kena buatan orang, Mawarʼʼ aku cuba mempertahankan diriku.

ʻʻAlasan kau aja.....ʼʼ Mawar menjawab, ʻʻkalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih, kan? Kau tu dah bergelar isteri orang tau tak? Jaga lah maruah kau tu.ʼʼ

Aku menunduk, aku mula menangis, ʻʻMawar.... bila Azman mula-mula dapat tahu?ʼʼ

ʻʻTak lama lepas kau menjalang. Azman cerita kat aku semuanya..... Dia dapat tahu kau kena simpan di PD, lepas tu di Bukit Bintang pulak. Kau tahu tak hancur hati dia bila dia dapat tau kau buat macam tu. Dia terus nak serang bossnya. Tapi bossnya tu cukup hebat. Awal-awal lagi kuncu-kuncu sudah menunggu dan berdepan dengan Azman. Mana boleh Azman lawan semua sekaliʼʼ

Mawar sambung lagi, ʻʻAzman dah banyak terhutang dengan bossnya. Jadi kuncu-kuncu dia cakap Datuk dah ambik kau sebagai ganti miliknya. Azman cuba untuk mempertahankan maruah kau, Seri...kau tau tak? Dia cuba nak lindungi kauʼʼ

Aku kemudian bertanya, ʻʻhabis tu apa yang jadi?ʼʼ

ʻʻKuncu-kuncu Datuk kata sebenarnya kau yang telah bersetuju. Kau dah setuju untuk jadi pelacur seks untuk Datuk. Azman tak percaya. Dia cakap mereka semua pembohong! Dia tak percaya yang kau sanggup buat begitu. Mana mungkin, kata Azman! Walaupun setelah diberitahu perangai kau, tapi Azman masih nak mempertahankan maruah kau, Azman masih nak pertahan kesucian kau, kau tau tak ni?!ʼʼ

ʻʻTapi lepas tu, kuncu-kuncu tadi tunjuk video kau beromen dengan Datuk. Kau tak de nampak macam dipaksa pun. Tak nampak macam diperhambakan pun. Kau nampak enjoy. Kau nampak macam kau suka memantat dengan boss dia......ʼʼ Mawar bercerita lagi, ʻʻkau tau tak betapa hancurnya hati dia masa tu?!ʼʼ

Aku menangis menggeletar. Aku tak sangka perbuatan haramku dengan Datuk Aziz telah dirakam.

ʻʻKau memang sial, Seri.... kau memang perempuan murah.... jijik betul lah kau niʼʼ Mawar menyumpahku.

ʻʻKuncu-kuncunya bagi amaran. Kalau Azman kacau hubungan kau dan Datuk, dia akan dibunuh mereka. Sebagai saguhati, kau dipulangkan pada Azman setiap dua mingguʼʼ kata Mawar.

ʻʻAzman tertekan. Dia tertekan tengok kau berseronok dengan jantan lain..... dia tak de siapa nak luahkan tekanan dalam dirinya..... dia malu nak beritahu sesiapaʼʼ

ʻʻAku terjumpa dia tengah murung sorang-sorang dekat bandar. Kebetulan masa tu aku tengah baru lepas bergaduh dengan Khairul. Aku tanya dia, dia ok ke? Mula-mula dia malu nak bercerita. Tapi lama-kelamaan, aku jadi tempat dia meluahkan perasaanʼʼ

ʻʻMasa tu aku dengan Khairul tengah renggang.... dan aku semakin rapat dengan Azman.... aku tak sedar.....secara diam-diam.... aku telah jatuh cinta dengan Azmanʼʼ

Mawar kemudian berkata, ʻʻAku nak mintak maaf pada kau, Seri. Aku nak mintak maaf sebab aku dah jatuh cinta pada laki kau. Perasaan yang bermula-mula timbul dari rasa kesian, perlahan-lahan menjadi cinta. Maafkan aku, Seriʼʼ

Aku memandang Mawar dengan mataku tak berhenti berair, ʻʻMawar..... kau pernah..... terlanjur dengan Azman?ʼʼ

Mawar tidak menjawab. Diam tu maknanya ya.

ʻʻBerapa kali?ʼʼ tanyaku lagi.

ʻʻTak sebanyak macam kauʼʼ jawab Mawar selamba. Mawar kemudiannya bangun dan meminta aku meninggalkannya sendirian.

ʻʻMawar!ʼʼ kataku, ʻʻhabis kau dengan Khairul macam mana? Apa akan terjadi selepas ini?ʼʼ suaraku seperti panik.

ʻʻAku dan Khairul akan bercerai tak lama lagi, Seri. Jodoh kami sampai di sini saja. Apa jadi lepas tu terpulang pada Azman..... samada dia nak ceraikan kau ke, atau dia nak nikah aku ke.... terpulang pada Azmanʼʼ

Aku tidak dapat berkata apa-apa lagi. Aku terus meninggalkan Mawar sendirian.

Aku tak mampu nak berdepan dengan suamiku. Aku tak mampu untuk berdepan dengan semua ini! Aku malu pada suamiku. Macam mana aku nak menghadapnya.... macam mana aku hendak memandang mukanya..... macam mana aku nak menjelaskan padanya....

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now