68

3.8K 32 2
                                    

Hari yang ditunggu akhirnya tiba. Empat bulan telah berlalu sejak kemalangan yang menimpa Azman sehingga menyebabkan dia koma sehingga ke hari ini. Lebih dari tiga bulan lamanya aku berkesedudukan dengan Zarul seperti sepasang suami-isteri.

Pada hari ini, aku bakal diceraikan dari Azman oleh mahkamah syariah. Hari ini adalah hari terakhir aku menjadi isterinya.

Aku menziarahi Azman di wad hospitalnya. Aku memakai baju kurung, bertudung penuh, berkacamata hitam. Zarul menantiku di dalam keretanya di perkarangan parking hospital. Dia memakai songkok dan kemeja. Rakannya peguam syariah pun ada sekali.

Aku duduk di sebelah katil Azman dan membuka kacamata hitamku.

Aku melihat wajah suamiku. Aku berasa sayu di atas apa yang bakal aku lakukan hari ini.

ʻʻAbang....ʼʼ kataku perlahan, ʻʻ....hari ni Seri akan pergi dari hidup abangʼʼ

Aku sudah mula sebak. Air mataku mula menitik.

ʻʻMaafkan Seri, bang..... ampunkan Seriʼʼ, kataku menangis, ʻʻmaafkan seri kalau Seri ada terkasar bahasa, tersilap biacara semasa Seri jadi isteri abang...... halalkan makan minum Seri.... ʻʻ Aku tidak dapat menahan pilu dihatiku. Air mataku jatuh berjujuran. Aku memakai katamata hitamku semula.

ʻʻAbang rehat ya...... Seri.... Seri pergi duluʼʼ aku terus menutup mukaku dengan tanganku dan terus keluar dari bilik wad Azman. Di luar biliknya aku bersandar di pintu biliknya sambil menangis sepuas-puasnya.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now