12

11K 62 4
                                    

Pada satu hujung minggu, aku dan Azman duduk semeja membincangkan masalah kewangan kami. Hutang kami semakin banyak. Hutang kereta, hutang Courts Mammoth, sewa rumah, duit belanja dan macam-macam lain. Ditambah dengan itu, Azman pun diberi kad kredit semasa dia mula-mula berkerja dulu. Disebabkan kos sarahidup tinggi, balance kad kredit sekarang dah sampai ke limit-nya.

Kebetulan, syarikat tempat Azman bekerja memerlukan beberapa offshore technician. Gajinya lebih tinggi, dan elaun tambahan sewaktu bekerja di offshore agak lumayan. Azman seorang yang sangat rajin. Kerajinannya mendapat perhatian pengarah urusan syarikat tersebut, Datuk Aziz. Azman secara berani cuba mendekatkan diri dengan Datuk Aziz. Apabila dapat mendekatinya, Azman memohon agar dapat dipertimbangkan untuk jawatan tersebut. Azman juga merayu kepada Datuk Aziz yang dia perlukan jawatan tersebut untuk menyara kos tinggi dirinya dan isterinya di Kuala Lumpur.

Datuk Aziz bersimpati dengan Azman. Memang Datuk Aziz memerlukan orang yang tekun dan rajin untuk bekerja di platform offshore-nya di seberang laut. Tapi Azman tiada kelayakan. Pengalaman bekerja pun baru setahun jagung. Azman tak ada paper qualification kecuali SPM. Tapi Datuk Aziz agak bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh Azman. Oleh yang demikian, Datuk Aziz meminta untuk menemuduga Azman secara terpeinci. Datuk Aziz ingin tahu perwatakan Azman sebagai seorang pekerja, dan juga perwatakan Azman sebagi seorang yang boleh bertanggungjawab. Oleh itu, Datuk Aziz ingin berjumpa dengan keluarga Azman sekali, khususnya Datuk Aziz ingin berjumpa denganku, sebab aku adalah salah satu tanggungjawabnya.

ʻʻSeganlah, Bangʼʼ jawabku jujur. Aku mana pernah bergaul dengan orang kenamaan, pangkat Datuk-Datuk macam ni.

ʻʻTolonglah, Seri. Tolong Abang. Abang betul-betul perlukan jawatan niʼʼ, suamiku cuba memujuk. ʻʻDatuk bukan nak jumpa Seri seorang, Datuk nak jumpa kita berdua. Datuk kata, kita buat lunch interviewʼʼ

ʻʻKalau Abang dapat kerja ni, masalah kewangan kita dapat kita selesaikan. Tolong ya, Seriʼʼ, rayu suamiku lagi.

Aku memeluk suamiku. ʻʻYa lah, Abang. Seri setuju jumpa boss abang. Mana yang Seri boleh tolong Abang, Seri akan tolong. Seri harap Abang dapat kerja tu nantiʼʼ

Suamiku mengucup bibirku. ʻʻTerima kasih sayangʼʼ. Suamiku kemudian mengangkatku ke bilik tidur dan kami bersenggama malam itu. Indahnya dapat disentuh suamiku, dan aku rasa sangat gembira. Setelah selesai berjimak, aku seperti biasa bangun bersedia untuk ke bilik air dan mandi. Aku kena bersihkan diri kerana aku sudah berpeluh dan berbau kuat.

ʻʻSeriʼʼ, suamiku berkata, ʻʻbila jumpa Datuk nanti, Seri hiaskan diri ya. Pastikan Seri harum, wangi dan berseri hari tu, sesuai dengan nama Seri jugakʼʼ suami ke senyum.

Aku faham maksud suamiku. Dia tak mahu dimalukan olehku depan Datuk Aziz kalau aku datang dalam keadaan busuk masam.

ʻʻBaiklah, Abangʼʼ, jawabku ringkas. ʻʻSeri fahamʼʼ, aku tersenyum. Tapi dalam hatiku sedikit terasa.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now