73

4.2K 35 1
                                    

Seminggu telah berlalu.

Alhamdulillah rawatan physiotherapy Azman berjalan dengan baik dan lancar. Malah, recovery nya lebih cepat dari yang dijangka. Dia sudah boleh berjalan dan bergerak seperti biasa. Setelah seminggu menjalani rawatan intensif, Azman boleh discharge dari hospital. Aku membawanya pulang ke Deluxe Suite baru kami di resort Shangri-La Tanjung Aru. Walaupun Azman telah discharge, aku masih perlu membawanya ke hospital dari masa kesemasa sebagai outpatient untuk rawatan physiotherapy lanjutan.

Hari ini, Mawar dan Khairul tiba di Kota Kinabalu seperti yang dijanjikan mereka. Aku menempah sebuah lagi suite di Shangri-La selama dua malam untuk mereka. Perasaanku bercampur-aduk untuk menemui kawan karibku ini. Aku ada perkara penting yang perlu aku selesaikan dengan Mawar.

Mawar sangat lain kali ini. Mukanya sangat ceria. Dia nampak happy. Dia memakai pakaian yang cantik sekali. Baunya sungguh harum sekali. Aku tahu sebab apa dia happy, sebab Azman dah sedar kan? Aku cuba untuk menyembunyikan rasa geram dalam hatiku pada kawan karibku ini.

Kami berempat duduk di balkoni suite resort kami sambil berbual-bual riang, gelak ketawa sambil menikmati bayu laut yang sangat nyaman. Kami mengimbas kembali memori-memori ceria semasa kami bersekolah dulu. Bagaimana kami bermain bersama, bergurau senda di kampung halaman. Mawar mengatakan yang dia sangat-sangat gembira kerana Azman telah pulih sepenuhnya. Masa dia mula-mula dapat berita kemalangan yang menimpa Azman, dia sungguh khuatir sekiranya Azman tidak dapat diselamatkan. Dia berkata yang dia tak dapat nak bayangkan bagaimana akan sedih hatinya sekiranya salah seorang dari rakan berempat ini pergi buat selamanya.

Aku hanya memerhatikan tingkah laku Mawar dengan senyuman di bibirku, tapi bara di dalam haiku.

Loceng pintu suite-ku berbunyi. Room service dah sampai. Aku order beberapa minuman dan makananan ringan, dan ianya telah pun tiba. Aku berkata kepada mereka yang aku nak pergi buka pintu dan mengambil hidangan yang telah dihantar. Khairul pula berkata yang dia nak singgah ke bilik air sekejap untuk membuang air. Maka tinggallah suamiku dan Mawar berdua sahaja di balkoni tersebut.

Setelah mendapatkan hidangan dari staff room service tadi, aku tidak terus bergegas menghantar jamuan tersebut ke balkoni kami. Tapi secara senyap aku cuba mengintip apa yang dilakukan oleh suamiku dan Mawar.

Aku melihat Mawar memegang kedua-dua tangan suamiku. Sentuhannya nampak lembut, perlahan. Dia memandang wajah suamiku dengan pandangan yang sangat manja. Suamiku merenung mata Mawar dengan dalam. Keduanya mengukir senyuman kecil. Aku lihat Mawar berbisik sesuatu pada suamiku. Aku tidak dapat mengagak apa katanya, tapi bibirnya seperti berkata ʻʻI love youʼʼ

Kemudian Mawar meletakkan kepalanya ke atas dada suamiku.

Betina gatal! Siap kau! Aku sula kau hidup-hidup! Hatiku dah semakin panas melihat kelakuan Mawar ke atas suamiku. Aku dah bersedia untuk menyerang rakan karibku.

Tiba-tiba lenganku dipegang oleh seseorang, menghalangku untuk menyerang mereka. Aku terkejut. Siapa yang menahan aku? Aku menoleh untuk melihat siapa orangnya.

Khairul!

ʻʻJangan....ʼʼ bisik Khairul padaku. Khairul kemudiannya menarikku dan melihat perbuatan manja isterinya dan suamiku.

Aku tak terkata apa-apa. Mulutku terus kedu. Kenapa Khairul tidak mahu menyertai aku menyerang mereka berdua sendangkan yang berada di balkoni itu juga adalah isterinya? Aku tidak faham!

ʻʻSeri... tunjuk kan aku bilik aku?ʼʼ bisik Khairul perlahan.

Aku melihatnya dengan muka bingung bercampur marah.

ʻʻPlease?ʼʼ katanya lagi.

Aku dengan geram melepaskan tangannya yang tengah memegang lenganku dan aku terus berluru ke arah pintu. Khairul ikut aku dari belakang. Aku terus keluar dari suite aku dan bergerak menuju ke suite Khairul dan Mawar.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now