51

6.5K 44 2
                                    

Aku terjaga dari tidurku. Hari sudah siang. Kami tertidur dalam pelukan masing-masing. Kepenatan. Keletihan. Mulutku menyentuh mulut Zarul. Kami berkongsi nafas semasa tidur tadi. Perlahan-lahan aku mengangkat kepalaku dari baringku. Aku melihat lelaki yang telah aku tiduri malam tadi. Yang telah aku tiduri selama 12 malam berturut-turut. Tapi tiduran malam tadi sungguh indah, kerana malam tadi kami bersatu tubuh dan jasad.

Aku terkenang apa yang telah berlaku malam tadi. Aku telah meminta lelaki ini menyetubuhi diriku. Aku menutup mataku mengenangkan apa yang sudah aku lakukan. Dalam aku merindui suamiku, aku telah melepaskan nafsuku pada lelaki ini.

Zarul terbangun dari tidurnya juga. Dia terus mendapatkanku, terus mengucup bibirku. Hadiah paling indah untukku pagi ini.

ʻʻSelamat pagi, Sayangʼʼ, kata Zarul lembut.

ʻʻSelamat pagi,ʼʼ jawabku manja. Kami berkucupan lagi. Kucupan kami lama, sehingga menitik-nitik air liur dari celah bibir kami.

ʻʻHow are you feeling, Sayang?ʼʼ tanya Zarul sambil mengusap-usap tubuhku.

Aku sekadar mengangguk perlahan saja.

Kami habiskan masa di atas katil selama lima belas minit berkucupan, berpelukan.

Zarul memelukku erat, dan akhirnya melepaskan kucupannya. Dia merenungku lama, merenungku dengan penuh rasa cinta.

ʻʻAku cintakan kau, Seri,ʼʼ katanya ikhlas.

Aku tidak menjawab. Aku hanya berdiam dalam pelukannya.

ʻʻAku sangat-sangat cintakan kau,ʼʼ katanya lagi.

Aku masih membisu. Aku tidak dapat membalas ucapan cintanya. Aku tak dapat.

Tiba-tiba Zarul berkata, ʻʻSeri..... jom kita kahwinʼʼ

Aku tergelak mendengar lamarannya. Zarul pun gelak sama. Gelak kami menjadi tawa. Kami seperti kanak-kanak riang bertetawa sehingga tertitis air mata.

Setelah reda tawa di hati, kami kembali serius kembali dalam pelukan. Dahi kami bertemu. Hidung kami menyentuh.

ʻʻAku serius, Seri....ʼʼ kata Zarul, ʻʻaku ingin sunting kau menjadi isterikuʼʼ

Aku telah air liur perlahan, ʻʻZarul,ʼʼ perkataan pertamaku padanya, ʻʻaku isteri orangʼʼ sebutku perlahan, ʻʻAku isteri Azmanʼʼ

Zarul tidak putus asa. Status isteri orang bukanlah satu penghalang baginya.

ʻʻJom ikut aku, Seri,ʼʼ dia mengajakku, ʻʻJom kita lari. Kita bina hidup baru. Kau dan aku. Aku janji akan sayang kau, cinta kau, jaga kau. Aku akan mencintai kau sepenuh hatikuʼʼ, kata Zarul bersungguh-sungguh.

Aku terdiam sebentar. Aku memikirkan apa yang berlaku pada diriku ini. Ya, betul. Sepanjang 12 hari aku telah dijaga, dibelai, disayangi seperti seorang puteri. Di hadapanku ialah seorang lelaki yang betul-betul cintakanku. Yang betul-betul ikhlas ingin memilikiku.

Tetapi dalam aku menagih cinta seorang lelaki, aku terpaksa akui yang cinta lelaki dihadapanku ini bukannya cinta yang aku cari. Bukan cinta lelaki ini yang aku pinta.

ʻʻAku cintakan Azmanʼʼ kataku perlahan, ʻʻAku tak akan tinggalkan suamikuʼʼ sambungku lagi, ʻʻI will never leave my husbandʼʼ

Air mataku tertitis jatuh membasai pipiku semasa aku ucapkan kata-kata itu padanya. Aku tahu hatinya berkecai remuk. ʻʻIʼm sorryʼʼ hanya itu yang aku dapat katakan.

Zarul menitiskan air mata di depanku. Dia betul-betul menangis. Hatinya betul-betul terguris, terluka.

ʻʻTakʼʼ kata Zarul tiba-tiba, ʻʻTak, Seri. Aku tak kan lepaskan kau. Aku cintakan kauʼʼ, kata-katanya sekarang bunyi seperti satu obsesi. Intonasi suaranya membuatkan aku mula rasa risau.

Aku terus memegang kedua-dua pipinya dengan tanganku. Aku cuba untuk menyedarkannya tentang apa yang telah dia katakan tadi, ʻʻZarul, dengar siniʼʼ, kataku lembut. ʻʻAku milik Azman, ok? Aku isteri Azman,ʼʼ aku sekarang merayu padanya ʻʻplease understand that? Please...ʼʼ suaraku kini merayu.

Zarul masih lagi ingin mencuba nasibnya. Walaupun dah dua kali aku menolak lamarannya, dia masih mencuba lagi untuk kali ketiga.

ʻʻSeri,ʼʼ dia cuba lagi, ʻʻizinkan aku ambil tempat Azman untuk hujung minggu ni saja,ʼʼ dia merenung mataku dalam dan lama, ʻʻhanya for this weekend....ʼʼ, sambungnya perlahan, ʻʻ...... izinkan aku ambil tempat suamimuʼʼ

Aku merenung matanya lama. Aku sudah tidak tahu bagaimana nak menolak permintaannya kali ini. Aku memang tidak boleh menjadi ratu dihatinya buat selamanya. Kerana aku adalah milik suamiku. Tapi untuk tidak mendesaknya melakukan perkara yang tidak diingini padaku, aku mengambil keputusan untuk merelakan diriku menjadi miliknya. Tapi hanya untuk sementara.

Aku mengangguk perlahan.

Zarul gembira dengan persetujuanku. Walaupun dia tahu aku tidak dapat dimilikinya untuk selamanya, tapi peluang untuk menghirup kemanisan cinta dari jiwaku hanya untuk hujung minggu ini sudah cukup baginya.

Zarul memelukku, mengucup mulutku, dan kami bersenggama pagi itu.

Cinta dan DosaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant