61

4K 34 1
                                    

Pada keesokkan harinya, selepas sarapan pagi, aku membawa kedua-duanya ke hospital untuk melawat Azman. Oleh kerana hanya seorang sahaja boleh melawat pesakit di dalam ICU untuk satu-satu masa, jadi aku beri Mawar peluang untuk melawat Azman dulu. Aku dan Khairul duduk di dewan menunggu sambil berbual-bual.

Habis 30 minit, Mawar tak keluar lagi. Mungkin dia tak perasan waktu kot, kata hatiku.

40 minit berlalu, Mawar masih di dalam ICU bersama Azman.

Aku bangun dari tempat dudukku dan meminta jururawat kebenaran untuk masuk. Kebetulan jururawat yang bertugas tu sudah kenal yang aku adalah isteri Azman, jadi dia benarkan aku masuk.

Aku masuk ke dalam bilik ICU dan tiba-tiba aku tersentak tatkala melihat Mawar menangis disebelah katil suamiku. Mawar betul-betul menangis, tersedu-sedu suaranya. Tangan kirinya menggenggam tangan suamiku erat. Tangan kanannya mengusap-usap kepala suamiku yang masih berbalut. Kepalanya sangat dekat dengan suamiku, bibirnya menyentuh kulit muka suamiku.

ʻʻSayaaannng.....ʼʼ suara Mawar antara dengar dan tak dengar dalam tangisannya.

WHAT?? Dia kata apa tadi?? telingaku seperti tak percaya apa yang baru aku dengar. Ke aku yang silap dengar? Dia kata Sayang? Ataupun Abang? Ataupun Azman?

Mawar tiba-tiba seperti tersedar aku di dalam bilik ICU. Dia cepat-cepat melepaskan tangan suamiku dan duduk menegak sambil mengelap-lap air matanya.

ʻʻMawar, kau ok?ʼʼ tanyaku perihatin, ʻʻkenapa kau menangis?ʼʼ

ʻʻTak ada apa-apa, Seri,ʼʼ kata Mawar seperti hendak tukar topik. ʻʻAku terkenang masa kita dekat sekolah dulu...... tiba-tiba aku rasa sebak pulakʼʼ, kata Mawar padaku sambil tersenyum. Mukanya merah, matanya lebam. Aku tahu dia dah menangis lama.

Mawar kemudiannya terus berdiri dan meninggalkan bilik ICU dengan terkocoh-kocoh.

Aku masih dalam kebingungan. Apa yang aku nampak tadi? Apa yang aku dengar tadi? Kenapa Mawar berkelakuan begitu dengan suamiku?

Aku melihat jururawat-jururawat yang ada di dalam bilik ICU itu. Mereka memalingkan muka dan tunduk tatkala bertemu mata denganku.

Aku duduk disebelah suamiku. Aku merenung tubuhnya yang terbaring tak bergerak. Perlahan-lahan aku mendekati mukanya ke mukanya. Aku nampak kesan gincu di kain pembalut yang menutupi mulutnya. Aku dapat bau perfume Mawar di tubuhnya.

Aku menelan air liurku.

* * * * *

Mawar dan Khairul bermalam lagi dua hari bersamaku. Setiap malam aku lihat Mawar tidur disebelahku. Macam-macam benda sedang bermain di dalam fikiranku. Aku tak mahu nak bersangka buruk. Tapi aku juga tak mampu nak bersangka baik.

Pada hari keempat, Mawar dan Khairul pulang ke Semenanjung. Semasa di airport, aku menyalam tangan Khairul, dan memeluk Mawar. Pelukanku dengan Mawar tak sama seperti pelukan empat hsri yang lepas sewaktu aku mula-mula jumpa mereka. Waktu itu pelukan kami hangat, hari ini pelukan kami dingin, seperti terlampau formal.

Setelah mereka pergi, aku pulang ke bilik hotel-ku dan termenung sendiri. Aku termenung di atas sofa, di balkoni, dan di atas katil. Panggilan Sayang yang Mawar ucapkan kepada suamiku bermain-main ditelingaku. Ke aku yang salah dengar? Mungkin aku salah dengar kot. Aku pun tengah penat masa tu. Jadi mungkin aku tak concentrate.

Malam itu adalah malam pertamaku sejak diperkosa untuk tidur keseorangan. Tiada siapa yang menemani aku. Tiada siapa yang memelukku. Tiada siapa yang bersamaku. Aku terasa betul-betul sunyi. Aku rindukan seorang teman. Aku rindukan suamiku Azman.

Aku rindukan Zarul. Aku sangat-sangat rindukan pelukannya.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now