69

3.8K 39 1
                                    

Kami tiba di mahkamah syariah. Aku dan Zarul jalan berasingan. Selalunya kami jalan berpegangan tangan. Tapi pada hari ini, aku dan Zarul mengekalkan jarak untuk menghormati mahkamah ini.

Aku dan peguamku masuk ke kamar mahkamah syariah. Zarul tunggu di luar sebab dia tidak ada kena mengena dalam permohonan ceraiku. Fail penceraian taklik kemudiannya diserahkan oleh peguamku. Semuanya lengkap. Semuanya jelas. Semuanya dibuat dengan teliti. Kes aku didengarkan oleh hakim mahkamah syariah, yang juga seorang ustaz yang disegani. Ustaz tersebut melihat fail yang telah disediakan oleh peguamku dan membacanya satu persatu. Aku nampak juga ustaz tersebut menggelengkan kepalanya satu-dua kali.

Setelah berpuas hati dengan permohonan taklik yang telah aku buat, ustaz tersebut mengangkat kepalanya dan memandangku.

ʻʻPuan Seri Dewiʼʼ ustaz tersebut memulakan katanya, ʻʻsaya dah semak permohonan cerai taklik puan. Saya dah berpuas hati yang kesemuanya lengkap dan betulʼʼ

Ustaz itu menyambung, ʻʻ....tapi sebelum mahkamah jatuhkan talak pada puan, boleh tak puan izin saya bertanyakan puan beberapa soalan secara peribadi?ʼʼ

Selalunya peguamku mesti ada sentiasa denganku, tapi aku benarkan dia tunggu di luar bersama Zarul sementara aku berada di dalam pejabat ustaz tersebut.

ʻʻPuan, saya faham dengan situasi puan sekarang, dan saya tak nampak apa-apa masalah permohonan cerai taklik puan. Tapi saya nak tanya beberapa soalan, off-the-record. Boleh ya?ʼʼ

ʻʻBoleh ustazʼʼ kataku perlahan.

ʻʻSemasa suami puan sihat, pernah kah dia abaikan nafkah zahir pada puan?ʼʼ

ʻʻTak pernah, ustazʼʼ

ʻʻPernahkah suami puan abaikan nafkah batin?ʼʼ

ʻʻTak pernahʼʼ

ʻʻPernahkah dia cederakan tubuh badan puan?ʼʼ

ʻʻTak pernahʼʼ

ʻʻPernahkah dia tidak berlaku adil pada puan?ʼʼ

ʻʻTidakʼʼ

Ustaz kemudian berdiam sebentar, sebelum dia menanyakanku soalah terakhirnya.

ʻʻPuan ada orang lain sekarang?ʼʼ

Aku tidak dapat menjawab. Aku menunduk kepalaku tanda malu. Air mataku jatuh lagi. Aku hanya berdiam diri.

Ustaz tadi hanya senyum kembali. Tapi dalam senyumnya dia merasa hampa denganku.

ʻʻPuan..... kalau saya ikutkan peraturan mahkamah ini, akan jatuh talak...... tapi kalau ikut hati saya, saya tak luluskan penceraian puanʼʼ katanya perlahan. Aku tahu kenapa ustaz tak mahu aku diceraikan. Azman tak pernah berlaku zalim padaku. Tidak pernah sekali. Dan selama mana dia dalam hospital, aku pula bersama dengan lelaki lain.

ʻʻTetapi.....ʼʼ sambung ustaz tersebut, ʻʻsaya akan tetap luluskan permohonan cerai takliq puan......ʼʼ dia berhenti seketia sebelum menyambung, ʻʻ......untuk mengelakkan zina.ʼʼ

Kata-kata ustaz tersebut menyambar diriku seperti petir. Hanya dengan satu ayat sahaja. Tapi ayat tersebut sudah cukup untuk menyedarkanku.

Ustaz tersebut perlahan-lahan mengambil penanya, dan kemudiannya menurunkan penanya untuk menandatangani surat ceraiku.

Tapi sebelum sempat dia menandatanganinya, aku merentap fail tersebut darinya. Ustaz itu terkejut dengan perbuatanku.

ʻʻUstaz.... maaf.....ʼʼ kataku dengan suara yang tersekat-sekat, ʻʻustaz lupa tanya saya satu lagi soalanʼʼ

ʻʻSoalan apa tu, puan?ʼʼ tanya ustaz itu padaku dengan hairan.

Aku teringat pesanan ayahku. Setiap kali aku menalifonnya, ayahku mesti berpesan kepadaku.

ʻʻUstaz lupa tanya samada saya taat atau tidak pada suami sayaʼʼ kataku, mengulangi pesanan ayahku.

ʻʻDan jawapannya?ʼʼ tanya ustaz kembali padaku.

ʻʻUntuk kali ini.....ʼʼ aku menelan air liurku sebelum menyambung, ʻʻ...... Ya, ustaz.....saya taat pada suami sayaʼʼ

Aku terus mengambil fail dalam genggamanku dan memasukkannya ke dalam mesin shredder pejabat itu. Hancur berderai kesemua fail yang telah disusun rapi menjadi cebisan kertas-kertas yang nipis.

Buat pertama kali dalam hidupku, aku rasa tenang. Aku rasa bahagia.

ʻʻTerima kasih, ustaz. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikumʼʼ kataku sambil tersenyum

Ustaz itu senyum kembali padaku, ʻʻwaalaikum salamʼʼ

Aku beredar dari kamar mahkamah. Jalanku pantas. Zarul dan peguamnya nampakku sampai. Mereka berdua bangun dari kerusi masing-masgin. Zarul senyum padaku, rasa gembira sebab menyangka aku bukan lagi berstatus isteri orang. Zarul boleh menikahku selepas tamat tempoh eddah-ku.

Zarul sebenarnya tersilap.

ʻʻSayang....ʼʼ Zarul memanggilku, ʻʻ.....Iʼm glad itʼs doneʼʼ katanya

ʻʻTak!ʼʼ aku menjawab keras. Zarul terpinga dengan jawapanku. ʻʻAku masih lagi isteri Azman yang sah!ʼʼ Aku mencabut tudung dikepalaku dan cincin dijariku dan memulangkannya balik kepada Zarul.

Aku terus meninggalkan Zarul dan peguamnya di belakang, masing terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

Aku mengambil teksi ke hospital untuk berjumpa Azman. Zarul dan peguamnya mengekori aku dari belakang.

Apabila hampir lebih kurang satu kilometer lagi ke hospital, teksi itu tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan kerana kesesakan lalulintas. Aku terus membayar pemandu teksi tersebut dan keluar berlari ke arah hospital. Disebabkan aku memakai kasut tinggi aku membuka kasutku dan berlari berkaki ayam untuk mendapatkan suamiku.

Tibanya di hospital aku terus berlari memanjat segala anak tangga dan kesemua koridor sehingga aku tiba di bilik wad suamiku. Badanku basah dengan keringat peluhku, dan bau kewanitaanku menyerlah dari tubuhku. Aku masuk ke dalam bilik wadnya, aku duduk disebelahnya, aku menggengam tangannya erat, aku menaut jari jermarinya, dan memeluk tubuhnya, ʻʻAbang....!ʼʼ aku menangis, ʻʻampunkan Seri abang! Seri ada di sini! Seri ada dengan abang!ʼʼ tangisku.

Pintu bilik wad Azman dibuka, dan Zarul masuk ke dalamnya. Zarul melihat kau memeluk tubuh Azman, menangis.

Tiba-tiba aku rasa tanganku digenggam. Aku terkejut. Siapa yang menggenggam tanganku?

Aku terus angkat kepalaku dari dada Azman dan melihat tanganku. Aku lihat tanganku digenggam boleh Azman.

Aku terkejut! Azman boleh menggenggam tanganku! Aku menoleh ke arah mukanya, dan aku lihat matanya terbuka perlahan-lahan.

ʻʻSeri...ʼʼ suara Azman lemah kedengaran.

Ya Allah! Suara Azman! Suara suamiku! Aku tak dengar suara ini sudah empat bulan lamanya.

ʻʻSeri Dewi.....ʼʼ suara Azman sekali lagi keluar, lemah. Perlahan.

Aku ternganga. Mataku bulat.

Suamiku telah sedar!

Aku tak dapat berkata apa-apa. Tiada suara yang keluar dari mulutku. Aku terkedu.

ʻʻSayang.... jangan tinggalkan abang.....ʼʼ kata suamiku perlahan, ʻʻ...abang cintakan Seri.....I love you, Seriʼʼ katanya lagi.

Aku terus memeluk suamiku, dan aku mengucup mulutnya. Oh! Indahnya nafas suamiku! Aku leka. Aku lupa. Aku lupa bagaimana rasanya nafas suamiku, tapi kali ini aku dapat menrasainya.

ʻʻI love you, Abang!ʼʼ kataku sambil air mataku berair. Mulutku masih bersatu dengan mulutnya. ʻʻI love you....!ʼʼ

Zarul menunduk tatkala mendengar tiga perkataan itu dari mulutku. Dia telah menunggu sekian lama untuk aku menyebutnya padanya. Tapi aku tidak pernah menyebutnya. Tidak pernah sekali.

Zarul membuka songkoknya dan meletakkan di atas meja makan katil Azman. Dia kemudiannya perlahan-lahan membawa diri, keluar dari bilik itu.

Aku masih seperti dalam lamunan.

Aku masih seperti dalam mimpi.

Tapi aku bukan bermimpi.

Ini adalah realiti.

ʻʻI love youʼʼ kataku pada suamiku lagi.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now