70

3.9K 37 1
                                    

ʻʻYa Allah! Syukur Alhamdulillah! Alhamdulillah!ʼʼ ucap syukur ibu bapa Azman tatkala aku menalifon mereka untuk memberitahu khabar berita gembira yang Azman telahpun sedar. Azman tersenyum melihat tangisan gembiraku sambil aku berbual dengan ibu bapanya. Aku kemudiannya meletakkan telefon Blackberry-ku ke telinga Azman dan suamiku berbual-bual dengan ibu bapanya. Sungguh terharu aku melihat mertuaku dapat mendengar suara anak mereka semula.

Setelah selesai perbualan telefon dengan mertuaku, aku menalifon ibu dan ayahku juga dan memberitahu mereka berita yang sama. Mereka cukup gembira apabila mendapat tahu yang menantu mereka sudah sedar. Ayah dan ayah mertuaku memang rakan yang baik sejak kecil, jadi ayahku berterima kasih kepadaku kerana aku sentiasa ada untuk menjaga anak rakan baiknya.

ʻʻTerima kasih, Seri,ʼʼ kata ayahku padaku, ʻʻterima kasih kerana sentiasa ada di sisi Azman, jaga Azman. Tak sia-sia mak dan abah besarkan Seri. Seri sentiasa taat kepada suami. Alhamdulillahʼʼ

Aku menitiskan air mataku tatkala mendengar kata-kata ayahku, ʻʻabah.... pesanan abah pada Seri tulah yang sebenarnya telah menyelamatkan Seri juga. Terima kasih abah kerana abah sentiasa mengingatkan Seri. Seri tak kan lupa pesanan abah sampai bila-bilaʼʼ

Ya, pesanan ayahku itulah yang telah menyelamatkanku dari bercerai dengan Azman.

Kesemua doktor-doktor dan jururawat-jururawat hosiptal tersebut gembira dengan perkembangan Azman. Dr Lim juga sangat gembira melihat Azman sudah sedar. Aku yang tak dapat menahan kegembiraanku juga telah bersalaman dan mencium tangan Dr Lim tanda terima kasih.

ʻʻAzman tidur selama empat bulan lamanya, jadi otot-ototnya masih lemah. Kita akan buat physiotherapy pada Azman sehingga dia boleh bergerak seperti normal semulaʼʼ kata Dr Lim.

ʻʻBerapa lama physiotherapy tu, doktor?ʼʼ tanyaku.

ʻʻKita akan buat assessment. Kecederaan dia bukan pada tubuh badannya, tapi pada kepala dia. Basically his muscles are all ok. Cuma Azman kena remember macam mana nak bergerak seperti dulu. Remember it is all in his brainʼʼ jelas Dr Lim, ʻʻbut looking at him now, saya rasa dua-tingga minggu full physiotherapy dia akan kembali normalʼʼ

Aku berterima kasih lagi pada Dr Lim.

Tiba-tiba Blackberry aku berbunyi. Ada message masuk. Aku tengok Blackberry aku.

Message dari Mawar.

PARENTS AKU BARU CALL. DIAORG KATA AZMAN DAH SEDAR. SYUKUR ALHAMDULILLAH!! WE ARE SO HAPPY!! NANTI AKU DAN KHAIRUL AKAN DATANG.

Aku merenung message dari Mawar untuk seketika. Kali ini aku tidak dapat nak tumpang gembira sepertinya. Aku tahu Mawar pasti gembira untuk berjumpa Azman semula. Tapi hatiku tidak berasa senang memandangkan aku telah tahu apa yang berlaku pada mereka berdua.

Malam tersebut aku tidur di wad. Malah aku tidur di atas katil Azman, memeluk tubuh suamiku. Aku memeluk tubuhnya erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Azman milikku. Dia suamiku. Aku tak kan biarkan mana-mana perempuan merampasnya dariku.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now