53

4.6K 43 1
                                    

Sepanjang perjalanan di dalam kapalterbang ke Sabah, aku tak berhenti menangis. Ingatanku sentiasa kepada suamiku Azman. Yang paling menyiksa jiwaku ialah kerana aku tak tahu apa keadaan dia sekarang. Adakah dia selamat, adakah dia cedera, dan kalau iya, terukkah keadaannya? Persoalan-persoalan inilah yang bermain-main dimindaku membuatkan aku setengah gila.

Aku menangis tak berhenti. Suaraku teresak-esak di dalam kapalterbang itu. Zarul yang duduk disebelahku cuba untuk menenangkanku. Tangannya memegang tanganku erat. Jari jemari kami bertaut rapat.

Keadaanku yang sebegini mendapat perhatian bukan sahaja penumpang disekelilingku, tapi juga peramugari yang bertugas disitu. Salah seorang darinya membawa segelas air untukku, sambil menanya Zarul berkenaan diriku. Dia bertanyakan jikalau ada apa-apa yang boleh dibantunya.

ʻʻHusband kawan saya ni terlibat dalam accident Deepwater Explorer awal pagi tadi. Sampai sekarang tak ada apa-apa berita. Boleh saya mintak jasa baik cik, kalau cik boleh tanyakan kapten atau sapa-sapa yang tahu berkenaan berita terkini?ʼʼ tanya Zarul perlahan kepada peramugari tersebut. Peramugari tadi mengangguk dan terus masuk ke cockpit pesawat untuk memaklumkan pada kapten.

Selepas lebih kurang 15 minit berikutnya, peramugari tadi pulang untuk mengatakan sesuatu pada Zarul. Kapten pesawat itu telah menghubungi air traffic controller and meminta favour dari mereka untuk dapatkan apa-apa berita berkenaan pelantar minyak tempat Azman bekerja. Dari sumber yang mereka perolehi, Azman tercedera dalam kemalangan di pelantar tersebut, dan telah dikejarkan ke Hospital Besar Kota Kinabalu. Kapten juga telah berbaik hati menempah sebuah teksi khas untuk membawa aku dan Zarul terus ke hospital berkenaan sejurus kami mendarat nanti. Zarul berterima kasih kepada peramugari tersebut dan menyampaikan salamnya pada Kapten itu.

Sebaik sahaja kapalterbang mendarat di lapangan terbang KK, kami telah di escort keluar dahulu oleh pembantu airport untuk terus ke teksi yang menunggu kami, dan kemudian terus dikejarkan ke hospital KK. Sampai sahaja di hospital, Zarul terus mendapatkan resepsi.

ʻʻI am Dr Zarul from Kuala Lumpur. Iʼm here to see the patient from the Deepwater Explorer accident. Name is Mr Azman, male, age 23ʼʼ katanya formal pada jururawat yang bertugas di resepsi hospital tersebut.

ʻʻDr Zarul, Mr Azman is currently undergoing emergency operation. You may wait in the waiting areaʼʼ kata jururawat itu kepada Zarul.

Zarul meminta untuk melihat fail Azman. Nasib baik Zarul seorang doktor, jadi dia dibenarkan untuk masuk ke pejabat hospital dan melihat fail Azman.

Azman sudah hampir 12 jam di dalam bilik pembedahan. Mereka sedang lakukan pembedahan kecemasan pada dirinya. Menurut dari fail kesihatannya, kepalanya cedera teruk akibat dihempap sebatang besi yang terjatuh di pelantar tersebut. Aku rasa nak pitam bila dapat tahu tentang perkara ini.

Di luar dewan menunggu ada beberapa orang pekerja, mereka semua memakai baju overall Deepwater Explorer. Juga terdapat seorang eksekutif cina memakai business suit dan tie. Aku dan Zarul terus mendapatkan mereka untuk bertanya pasal Azman.

ʻʻMaaf encik-encik. Saya nak bertanya, encik-encik ni rakan sekerja Azman ke?ʼʼ tanyaku sambil mengelap air mataku dan membetulkan rambutku yang serabai.

Mereka yang sedang berbual memusingkan kepala memandangku. Dua, tiga dari mereka menelan air liur melihatku.

ʻʻYa, kami rakan Azman,ʼʼ salah seorang dari kalangan mereka yang lebih berumur menjawab, ʻʻcik ni siapa?ʼʼ

ʻʻSaya isteri Azmanʼʼ jawabku ringkas. Aku nampak dua, tiga pekerja yang lebih muda menelan air liur lagi.

ʻʻMak ai, cantik giler bini Man niʼʼ salah seorang dari mereka berbisik kepada rakannya yang lain. Pekerja yang lebih berumur tadi menampar dada pekerja muda yang berbisik tadi.

ʻʻMaaf puan. Budak sekor ni mulut celupar sikitʼʼ katanya padaku. Aku mengganguk saja. Budak muda tadi pun mengganguk meminta maaf.

ʻʻMaaf puan,ʼʼ kata budak muda tu, ʻʻAzman ada banyak kali cerita pasal puan. Tak habis-habis dia dok bercerita pasal puan. Pagi tadi dia dah bersiap-siap, dah tukar baju kemejanya, memang tengah excited sangat-sangat nak balik. Dia kata dia selalu teringatkan puan, sangat-sangat rindukan puan. Dia tak sabar nak jumpa puan semulaʼʼ jelasnya budak muda tu lagi.

Terlalu pilu hatiku mendengar penjelasan budak muda itu, sehingga air mataku berjujuran keluar lagi. Aku sangat tersentuh pada keikhlasan suamiku Azman yang selama ini sentiasa merindui aku, sedangkan aku mencabuli kesetiaan yang sepatutnya aku berikan kepadanya. Zarul pula melihatku sebentar di hujung matanya dan kemudian dia juga menundukkan kepalanya ke bawah ke bawah sambil dahinya berkerut, mungkin turut rasa bersalah.

ʻʻPadanlah Man sangat beria-ria betul nak pulang, rupanya puan sangat-sangat cantik orangnya. Maafkan saya ya puan pasal tadiʼʼ, sambungnya lagi.

ʻʻEncikʼʼ aku bertanya pada lelaki yang paling senior dalam kumpulan tersebut, ʻʻboleh saya tahu apa yang terjadi pada Azman?ʼʼ

Lelaki senior itupun menjemput aku duduk dan memulakan ceritanya, ʻʻAzman dah habis shift lewat malam tadi. Dia nampak happy sangat nak balik jumpa puan. Dia berkemas, get ready semua barang dia. Subuh-subuh lagi Heli dah sampai, nak angkut team Azman balik. Azman keluar quarters dan jalan macam biasa ke helipadʼʼ

Sambungnya lagi, ʻʻMungkin Allah nak tolong dia, puan. Mungkin Allah sayang dia. Sebab sambil dia jalan ke helipad tu, tiba-tiba dia pakai hard-hat dia balik. Dan sejurus lepas dia letak hard-hat atas kepala, satu besi I-Beam jatuh entah dari mana hentak kepala diaʼʼ

Tubuhku menggigil mendengar cerita pekerja tersebut. Aku tak dapat bayangkan betapa ngerinya keadaan masa tu.

ʻʻItulah puan, nasib baik Allah nak tolong dia. Hard-hat dia terbelah dua dan kepala dia cedera teruk. Kalau lah dia tak tergerak hati nak pakai hard-hat, mesti kepala dia hancur, puan. Heli yang sepatutnya fly dia ke airport terus fly direct ke siniʼʼ

Aku nak pitam dengar ceritanya.

ʻʻEncikʼʼ Zarul mencelah, ʻʻmana datang pulak besi tiba-tiba jatuh ni?ʼʼ

ʻʻItulah, doktor. Kami pun bingung. Hari tu tak ada planned construction, tak ada maintenance schedule pun. Tak masuk akal, doktor. Seolah-olah macam....ʼʼ

ʻʻPuan Seriʼʼ tiba-tiba ada suara memotong kata pekerja tadi. Suara itu datang dari eksekutif cina yang ada di antara kumpulan tadi.

ʻʻSaya Mr. Lawrence, lawyer kepada Datuk Aziz. Saya minta maaf di atas accident yang berlaku pada Azman. Kita akan bantu Azman recover secepat mungkin. Semua perbelanjaan hospital Azman, termasuk hotel, travel dan expenses puan, company akan tanggungʼʼ katanya formal.

Nama Datuk Aziz disebut. Nama iblis tu. Suaranya tiba-tiba kedengaran di dalam kepalaku, menyiksa jiwaku. Suara yang dibisikkan ke dalam telingaku sejurus selepas dia memperkosaku dengan kejam berkali-kali. Suara yang mengatakan sekiranya dia tidak dapat memiliki aku, maka tiada siapa yang akan memiliki aku jua. Bisikan itu membuatkan aku resah dan risau pada suamiku. Kenapalah suamiku perlu dihukum di atas ketelanjuranku? Apa salah dia? Apa dosa dia?

Mr Lawrence kemudiannya mengalihkan pandangannya kepada kumpulan pekerja tadi, ʻʻkamu semua boleh balik sekarang. Tak perlu nak buat cerita dekat sini.ʼʼ

Mereka semua beredar dengan segera selepas mendapat arahan Mr Lawrence.

Mr Lawrence memberikan aku duit cash dan kad kredit syarikat untuk menampung expenses kami. Dia juga dah book hotel untukku dan menyuruh aku charge semua F&B to the room. Aku tak kira pun berapa duit cash tu. Aku bagi je pada Zarul suruh simpankan.

Selepas Mr Lawrence balik, aku terus keluar dari hospital dan mencari-cari kumpulan pekerja tadi. Nasib aku baik sebab mereka tengah lepak merokok di luar perkarangan hospital. Aku terus mendapatkan pekerja senior tadi. Aku meminta maaf padanya dan meminta nombor telefonnya. Aku ingin tahu lebih lanjut tentang apa yang berlaku pada Azman. Pekerja senior tadi memberikan nombor telefonnya kepadaku, dan aku berjanji untuk menalifonnya semula.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now