71

3.8K 33 1
                                    

Pada keesokkan harinya, aku pulang sebentar ke apartmentku. Aku nak singgah sebenar untuk mengambil fail yang mengandungi semua bukti-bukti yang telah aku kumpulkan berkenaan dengan kemalangan Azman di pelantar minyak Deepwater Explorer dulu. Aku tekun untuk membawa kes ini ke mahkamah. Aku akan saman syarikat Datuk Aziz kerana menurut siasatan yang telah aku lakukan, ianya bukan lagi kes kemalangan, ianya bukan lagi kes kecuaian, tapi kes khianat terhadap suamiku.

Apabila aku masuk ke dalam apartment-ku, aku dapati Zarul sudah tidak ada di situ lagi. Dia telah pergi meninggalkanku buat selamanya. Zarul telah meninggalkan sebuah nota di atas meja makan. Aku mengambil nota tersebut dan membacanya.

Seri,

Apabila aku melihat kau dengan Azman, akhirnya aku telah sedar apa yang telah aku lakukan. Aku sedar siapa sebenarnya diri aku, dan apa yang telah aku buat.

Aku adalah satu kegagalan. Aku gagal dalam mengekalkan perkahwinanku dengan Aina. Aku gagal dalam membimbing isteriku. Aku gagal dalam menjadi pemimpin keluargaku. Aku gagal dalam merancang rumahtanggaku sendiri.

Dan aku telah menggunakan kegagalan tersebut pada kau. Sekarang baru aku sedar kenapa aku begitu obses dengan kau.

Aku obses untuk memiliki kau sebab aku tidak dapat memiliki Aina.

Aku obses dan control kau sebab aku tidak dapat control Aina.

Aku obses dalam menentukan semua perancangan masa depan kau sebab aku tidak dapat merancang masa depanku bersama Aina.

Disebabkan itu, aku cuba untuk menghancurkan rumah tangga kau seperti aku telah menghancurkan rumah tanggaku sendiri.

Aku minta maaf, minta ampun pada kau, Seri. Aku banyak berdosa pada Allah. Aku banyak berdosa pada Azman. Dosaku pada Azman biarlah aku sendiri tanggung di akhirat nanti.

Selamat tinggal Seri. Aku akan pergi buat selamanya.

Zarul

Setelah membaca surat Zarul, baru aku tahu dan sedar kenapa Zarul sangat-sangat obses dengan diriku. Itu semuanya bukan cinta, tapi aku adalah alasan untuk menutup kegagalan perkahwinannya dengan Aina.

Aku rasa hampa seperti telah dipergunakan.

Aku meremuk-remukkan surat itu dan mencampaknya ke dalam beg tanganku.

Aku bergegas mengambil fail siasatan Deepwater Explorer dan aku terus meninggalkan apartment itu. Aku tidak mahu ada kena-mengena lagi dengan apartment ini.

Cinta dan DosaWhere stories live. Discover now