2

10.8K 104 4
                                    

ʻʻHey! Kau ni dah kenapa?ʼʼ tanya Sulaiman tajam pada rakannya sambil mereka berjalan pantas menuju ke lif. ʻʻPuan Zulaikha tu kan client kita? Agak-agaklah kalau nak bercakap pun! Yang kau tak pasal-pasal attack dia tadi tu pehal, bro?ʼʼ

Yusuf tidak menjawab. Hatinya terbakar. Panas. Mukanya yang putih cerah itu merah jadinya, semerah hatinya yang membara.

Dengan pantas sahaja dia menekan butang lif. Nafasnya dalam. ʻʻCall Tuan Dean. Bagitahu our meeting dengan Zulaikha berjalan lancar. Kita renegotiateʼʼ

Pintu lif terbuka, kedua-duanya masuk ke dalam. Sulaiman sudah mendail nombor bossnya Ardean Lee, CEO Panema Holdings untuk memberitahu maklumat terkini.

ʻʻTak jawabʼʼ kata Sulaiman setelah seketika, ʻʻmasuk voicemailʼʼ

Yusuf memeluk tubuh, tertunduk, berbisik sendiri, ʻʻsheʼs married... sheʼs marriedʼʼ katanya berulang kali.

ʻʻKau nak ceritakan kat aku apa masalah kau?ʼʼ tanya Sulaiman sekali lagi kepada rakan baiknya itu.

Yusuf tidak menjawab. Masih tertunduk. Nafasnya dalam.

Ting! Bunyi loceng lif kedengaran, menandakan mereka sudah sampai ke tingkat bawah.

Sulaiman berjalan keluar, tapi Yusuf tidak mengekorinya. Selepas keluar dari lif tersebut, baru Sulaiman perasan rakannya tidak ada bersamanya.

Sulaiman menoleh kebelakang. Dia nampak Yusuf menekan butang lif untuk menutup pintu.

ʻʻAku tertinggal fonʼʼ kata Yusuf pada rakannya sambil pintu lif tertutup. ʻʻKau tunggu aku kat bawahʼʼ sempat disambung katanya sebelum lif tersebut tertutup rapat.

Sulaiman mencekak pinggang. Pelbagai fikiran bermain-main di kepalanya. Kenapa tiba-tiba Yusuf bersikap sedemikian. Kenapa Zulaikha tiba-tiba seperti mengecut dan meminta maaf. Ada apa-apa ke antara mereka berdua ni? Tanyanya dalam hati.

Zulaikha tak senang duduk. Berdiri pun tak juga. Dia mundar mandir di dalam pejabatnya. Hatinya tidak tenteram. Dia pergi mengambil frame gambar keluarganya yang terletak di belakang meja kerjanya. Ditenungnya perlahan. Rasa bersalah. Rasa berdosa. Diletakkan semula frame gambar itu. Kemudian dia berjalan semula ke arah meja mesyuarat. Baru dia ternampak telefon pintar Yusuf yang tertinggal, masih ada di atas lukisan pelan di atas meja itu. Diambilnya telefon tersebut. Dilihat pada skrinnya. Wallpaper telefon pintar tersebut ada gambar Yusuf. Disebelahnya ialah seorang wanita. Cantik, ayu. Tidak bertudung. Rambut panjang melepasi bahu. Wanita itu menyandarkan dirinya pada tubuh Yusuf. Mereka berdua nampak sangat manja. Seperti pasangan yang sedang bercinta.

Wanita itu adalah dirinya.

Zulaikha memejamkan mata. Hatinya berdolak-dalik. Tak tahu nak rasa macam mana. Terus digenggam telefon pintar itu dan membawanya bersama. Zulaikha terus keluar dari pintu tepi pejabatnya yang membawanya ke pantry kecil bersebelahan dengan pejabatnya.

Zulaikha terus mencapai sebiji buah epal di dalam fruit basket di atas meja pantry tersebut. Diusap-usap buah epal tersebut sambil fikirannya yang masih lagi serabut. Dia kemudian membuka laci. Diambilnya sebilah pisau dari dalam laci tersebut. Laci itu ditutupnya kembali. Buah epal tadi diletakkan di atas worktop meja pantry tersebut. Telefon pintar Yusuf juga diletakkan disebelahnya. Tangan kiri memegang buah epal. Tangan kanan memegang pisau bersedia untuk membelahnya dua.

Tiba-tiba.

Seorang lelaki muncul disebelahnya.

Sangat dekat padanya.

Bau aftershave Jovan Musk yang sangat dikenali. Yang sangat dirindui. Yang sangat menyusuk jiwanya.

Zulaikha memandang ke arah lelaki itu. Terpaku dia melihat Yusuf disebelahnya. Wajah Yusuf yang kacak terus memukau hatinya. Dunianya seperti terhenti seketika. Jam dan waktu sudah tidak lagi menjadi ukuran. Masa berlalu seperti sudah tidak lagi menjadi erti.

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now