18

4.4K 45 1
                                    

ʻʻAssalamulaikumʼʼ suara Zulaikha lemah teresak-esak.

Yusuf, Sulaiman, Daud dan Uria terkejut melihat Zulaikha dalam keadaan kusut masai itu dihadapan rumah mereka. Mereka berempat terus berlari mendapatkan wanita itu. Keadaan Zulaikha kusut sekali. Tudung hampir terlucut. Pipi kiri merah kehitaman. Air mata bercucuran.

Yusuf terus memeluk Zulaikha erat.

Zulaikha membalas pelukan Yusuf, dan kemudian menangis sekuat-kuatnya dalam dakapan teman lelakinya itu.

ʻʻShhh...shhh...ʼʼ pujuk Yusuf sambil mengusap-usap tubuh dan kepala kekasihnya. ʻʻYouʼre safe now, sayangku. Youʼre safe now... shhh... shhh...ʼʼ katanya berulang kali.

ʻʻYa Allah, Zue. Apa dah jadi ni?ʼʼ tanya Sulaiman, risau. ʻʻHusband you pukul you ke?ʼʼ

Yusuf memimpin Zulaikha masuk ke dalam rumah, mendudukkan wanita itu di atas sofa. Tangisannya tidak berhenti.

Daud dengan pantas berlari ke dapur, membuka peti ais. Di ambilnya ketulan ais dari freezer, dan kemudian membungkusnya dengan kain lap yang bersih. Kemudian Daud menuang segelas air kosong ke dalam gelas dan berlari semula ke ruang tamu. Diberikan air kosong itu pada Zulaikha. Wanita itu mengambil gelas itu, mengangguk sekali mengucapkan terima kasih. Dia meneguk pelahan. Kesan darah pada giginya menitis masuk ke dalam gelas jernih itu.

Kain lap yang berbungkus ketulan ais tu pula diberikan pada Yusuf. Lelaki itu mengambilnya dan dengan perlahan-lahan menekan kain sejuk itu pada pipi kiri Zulaikha. Wanita itu mengerang kesakitan.

Yusuf menitiskan air mata melihat kekasihnya itu disakiti. Dipeluknya erat sambil dia mengucup kepala wanita itu.

ʻʻSayangku. Youʼre staying with me tonight. Letʼs go to the hotel nowʼʼ pujuk Yusuf kepada Zulaikha.

Zulaikha menggeleng-geleng kepala. Itu bukan waktu yang sesuai untuk bermalam bersama teman lelakinya.

Sulaiman faham keadaan yang berlaku. ʻʻOkay, okay, Zue... that might not be a good idea. Kejap. I know what to doʼʼ

Yusuf melihat rakan serumahnya itu yang kini sedang mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor teman wanitanya.

ʻʻHelloʼʼ jawab Puteri Balqis disebalik talian.

ʻʻBabyQis darling. I need your help, sayang. Ada situation sikit berlaku dekat siniʼʼ kata Sulaiman dengan laju.

ʻʻHoney? Whatʼs happened? Bunyi macam panic jer?ʼʼ tanya Balqis risau.

ʻʻAbout Zue. Girlfriend Yus. She needs a place to stay. Boleh crash dekat your place tak, sayang?ʼʼ tanya Sulaiman.

ʻʻOf course, boleh. Kenapa dengan Zue?ʼʼ tanya Balqis.

ʻʻDia baru split dengan her husband. She is in a bit of a mess. I nak dia tinggal dengan you sementara ni, okay?ʼʼ

ʻʻSure, sure, honey. Datanglahʼʼ kata Balqis.

ʻʻOk, ok baby. See you soonʼʼ jawab Sulaiman mematikan talian.

ʻʻOk, Zue. Listenʼʼ kata Sulaiman pada Zulaikha pula. ʻʻYou stay dekat my girlfriendʼs place dulu okay? I baru call dia. Sheʼs happy to have youʼʼ

ʻʻTak menyusahkan ke, Man?ʼʼ tanya Zue teresak-esak.

ʻʻGirlfriend I tu ada condo. Besar gila tempat dia. Duduk sorang pulak tu. I memang prefer you duduk dengan dia pun. Dah, dah tu, tak payah nangis dah. Yus, jom kita pergi tempat Qisʼʼ kata Sulaiman pada mereka.

ʻʻOk, thanks bro. I owe you oneʼʼ jawab Yusuf mengangguk-angguk berterima kasih.

ʻʻTak de hal lah. Letʼs go. Daud, aku dengan Yus bawak Zue pergi rumah Qis okay? Uria, kau lepak sini jer lahʼʼ

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now