17

5.2K 49 5
                                    

Perjalanan pulang dari Cherating balik ke Johor Bahru agak muram. Zulaikha banyak menghabiskan masa melihat luar, siku ditongkatkan ke pintu, gengaman tangan pada dagu. Yusuf faham kekasihnya hatinya itu sedang risau. Walaupun banyak kali Yusuf yakinkan yang perancangan mereka untuk lari hidup bersama itu satu perkara yang mereka telah betul-betul komited untuk lakukan, tapi hati rapuh Zulaikha masih lagi penuh dengan ketakutan. Iya lah, perancangan gila ni tak pernah dibuat oleh masyarakat. Seorang lelaki membawa lari isteri orang untuk hidup tinggal bersamanya. Memang perancangan gila!

Sepanjang perjalanan itu juga, Yusuf memegang erat tangan kanan Zulaikha, jari jemari mereka bertaut rapat. Ibu jari Yusuf mengusap-usap tangan wanita yang sentiasa dipegangnya itu.

Setelah hampir tiga jam memandu dalam keadaan senyap antara mereka, melainkan muzik dari irama radio yang memecahkan kesunyian, akhirnya Zulaikha yang memulakan dulu perbualan, ʻʻMy love, tell me... apa kita nak buat lepas ni?ʼʼ

ʻʻSayangku, we stick to our plan, okay?ʼʼ kata Yusuf yang kini mengambil tangan Zulaikha dan menciumnya.

ʻʻI cannot just simply move in with you? Just like that? My things? My family? My children? Yus! Kita ni dah gila ke apa? Buat planning macam ni? I need something concrete, okay? Bukan cakap angan-angan jer!ʼʼ Zulaikha sudah mula stress.

ʻʻRelaks, sayang. Relaks. Jangan stress, okay. I bukan nak suruh kita buat terburu-buru. We have to plan this right. I have already thought of thisʼʼ Yusuf cuba memujuk.

ʻʻTell me!ʼʼ kata Zulaikha yang mula merasa sedikit anxiety.

ʻʻOkay, hari ni kita balik rumah masing-masing dulu, okay? Just pretend like nothing happened. Buat biasa jer. Ingat tak I pernah cakap dekat you yang I cari rumah untuk kita? Well, I found an apartment. Tiga bilik. Dekat bandar. Let me finalise agreement sewa dengan landlord, and then kita boleh move in togetherʼʼ

Sambung Yusuf lagi, ʻʻBila semua dah ready, masa Aziz tak ada dekat rumah, you kemas baju. Ambik semua yang penting jer. Baju, barang kemas, dokumen-dokumen penting. I will help you okay. Barang-barang rumah semua you tinggalkan. Semua tu we can start overʼʼ jelas Yusuf satu-persatu.

ʻʻAnd then?ʼʼ tanya Zulaikha lagi, matanya sudah berair. ʻʻWhat about my children?ʼʼ

ʻʻSayangku... all of them are coming with us, okay? Jangan risau. Diaorang mesti suka pindah rumah baru. For them, it is like a holiday. I akan sediakan bilik diaorang memang best best punyaʼʼ jawab Yusuf dengan penuh yakin sekali.

ʻʻMy husband??ʼʼ tanya Zulaikha lagi. Perancangan Yusuf itu seperti too good to be true.

ʻʻLepas you pindah dengan I, I will meet him and bincang dengan diaʼʼ jawab Yusuf, tenang.

ʻʻYus! You ingat ni bincang macam bincang meeting projek ke? Oh God, this is so crazyʼʼ kata Zulaikha sambil berlinang air mata.

ʻʻSayangku, donʼt back down on this now, please? Letʼs stick to the planʼʼ Yusuf begitu yakin sekali dengan perancangannya.

Zulaikha tersedu. Macam tak percaya. ʻʻYus... whatever you do, please donʼt hurt him... pleaseʼʼ pintanya pada Yusuf agar suaminya tidak diapa-apakan.

ʻʻI tak kan cari gaduh dengan husband you. I akan jumpa dia dengan cara yang baikʼʼ Yusuf menarik nafas panjang. ʻʻYes. Dia akan merana. He will be devastated. I know. Tapi... I will do my best to make it as easy as I can for him. Walaupun I tahu, hati dia akan terlukaʼʼ

ʻʻOh God... Oh God... Oh God...ʼʼ jawab Zulaikha sambil menangis sedikit, mengenangkan perancangan mereka ini akan meremukkan hati suaminya sendiri.

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now