26 🔞

16.2K 46 6
                                    

Setelah Aziz, Hajar dan kemudiannya Ibrahim, Sarah hilang dari pandangan, Yusuf memegang erat tangan Zulaikha sambil mereka berdua masih berdiri di perkarangan kompleks mahkamah syariah tersebut.

Mereka kemudian berjalan beriringan ke kereta Yusuf.

Setelah mereka berdua masuk ke dalam kereta, Yusuf memandu kereta tersebut keluar dari kawasan tempat letak kereta kompleks itu. Dia memandu membawa Zulaikha pergi, sekaligus memulakan dan mencorakkan hidup baru mereka berdua bersama.

Perasaan di dalam hati Yusuf berbelah-bagi antara rasa syukur dan bersalah. Memang dia akui yang dia berasa sangat bersyukur kerana selepas ini dia bukan lagi bercinta dengan isteri orang.

Tapi, bohonglah kalau dia tidak rasa bersalah sedikit pun, kerana dia baru sahaja menyaksikan runtuhnya satu institusi perkahwinan yang telah dibina selama tujuh tahun lamanya. Dan dia adalah penyebabnya, kerana nak tak nak, Yusuf adalah seorang perampas cinta.

Di dalam kereta, masing-masing mulanya senyap tidak berkata, hanya menyejukkan hati yang bergelora dari angin air-con yang dingin.

Setelah seketika di dalam kereta tersebut, Zulaikha mula mencabut jarum peniti pada tudungnya, dan kemudian melucutkannya terus. Dia kemudian menyikat-nyikat rambutnya dengan menggunakan jari-jari tangannya.

ʻʻI donʼt mind kalau you nak pakai tudung terus, Zue. I kinda like itʼʼ kata Yusuf menjeling Zulaikha dari tepi matanya. ʻʻYou nampak very sweet bertudungʼʼ katanya tersenyum.

ʻʻJadi kalau I bukak tudung, I tak sweet lah?ʼʼ jawapan standard seorang girlfriend tatkala dipuji oleh teman lelakinya.

ʻʻOf course lah, you sweet, sayangku. You sentiasa sweet dalam hati I... cuma...hmmm.... I risau sikit tengok you ni.... sejak you berkawan dengan Balqis... you dah slowly jadi macam diaʼʼ

ʻʻWhatʼs wrong with Balqis? I nampak dia okay jer?ʼʼ balas Zulaikha semula. ʻʻLagipun you yang nak I kawan dengan Balqis dan Sarah kan? So they are my bestfriends nowʼʼ

ʻʻYa lah, sayangʼʼ senyum Yusuf pada kekasihnya.

ʻʻJust to let you know, this weekend, the girls ajak I pergi ke Pagoni. Nak meet up dengan your bosses punya wivesʼʼ kata Zulaikha lagi.

ʻʻBosses punya wives? Siapa? Puan Mentari?ʼʼ tanya Yusuf.

ʻʻYup. Mentari ada dekat JB sekarang. Hujung minggu nanti we girls nak hang out dengan Mentari dan Seri Dewi dekat Pagoniʼʼ Zulaikha memberikan senyuman nakal.

ʻʻAmboi. Habis kita ni dilupakan lah ya?ʼʼ gurau Yusuf sambil tergelak. Yusuf sedikit risau sebab dia tahu, Puteri Mentari dan Seri Dewi adalah socialite terkenal di syarikat mereka.

Zulaikha memeluk lengan Yusuf. ʻʻSayang. I am now yours forever. I love you, Yus. I love you so muchʼʼ

ʻʻYa ke you betul-betul cintakan I?ʼʼ tanya Yusuf cuba untuk memerangkap.

ʻʻYa lah! Kenapa? Tak percaya dekat I?ʼʼ tanya Zulaikha kembali.

ʻʻBukan tak percaya... tapi kan... hmmm... sayang.... hari tu.... you pergi rumah Abang Aziz... kenapa tak bagi tahu I?ʼʼ tanya Yusuf.

Zulaikha terdiam. Dia terus memeluk lengan Yusuf lebih erat.

ʻʻErmm... I miss my children, Yus. You tahu kan. I miss them like crazyʼʼ kata Zulaikha perlahan, cuba untuk memujuk.

ʻʻIs that the only reason?ʼʼ tanya Yusuf, sedikit risau dengan perbuatan Zulaikha hati itu pergi ke rumah suaminya tanpa memberitahu Yusuf terlebih dahulu.

Zulaikha tak menjawab. Dia menyandarkan kepalanya pada bahu Yusuf yang masih memandu keretanya.

ʻʻYou were contemplating untuk balik pada your husband kan?ʼʼ tanya Yusuf lagi.

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now