15 🔞

17.4K 52 2
                                    

Kereta Proton Iriz yang dipandu oleh Yusuf akhirnya sampai di Cherating Beach Resort setelah lima jam perjalanan. Yusuf menggeliat menegangkan urat-urat badannya yang sudah letih kelesuan. Tapi keriangan hati tatkala tiba di pusat peranginan bersejarah ini menyebabkan senyuman yang sangat indah terukir diwajahnya.

Yusuf menoleh memandang Zulaikha yang duduk disebelahnya. Wajah Zulaikha yang kemerahan itu pun senyum tersipu-sipu malu.

ʻʻSayangku... kita dah sampaiʼʼ kata Yusuf perlahan, ʻʻdi tempat yang sama waktu pertama kali kita bertemuʼʼ

Senyuman Zulaikha menjadi semakin manis, tersengeh menampakkan gigi, ʻʻGosh... this place... I cannot believe weʼre back here, my love!ʼʼ

ʻʻCuma kali ini...ʼʼ Yusuf berkata, ʻʻ...you tak boleh lari dari Iʼʼ selokanya manja.

ʻʻI tak berniat nak lari dari you, my love. Tiga malam kita dekat sini, I nak melekat dalam pelukan you siang dan malamʼʼ jawab Zulaikha, lebih manja.

Yusuf membuka pintu, kemudian membuka boot kereta mengambil sebuah beg sukan yang mengandungi pakaian dan perkakasannya untuk tiga malam menginap di pusat peranginan ini. Zulaikha pun ada membawa beg pakaiannya juga. Yusuf menolong mengangkat beg beroda kepunyaan Zulaikha dan menarik bersamanya, sambil beg pakaiannya sendiri digalas pada bahu. Zulaikha memaut tangan Yusuf sambil mereka berdua berjalan rapat kearah reception resort tersebut.

Mengimbas kembali apa yang berlaku, Yusuf dan Zulaikha sebenarnya telah merancang untuk bercuti di pusat peranginan ini sejak mereka mula bercinta lagi. Setelah dua minggu melayari bahtera cinta di Hotel Renaissance Johor Bahru, pertemuan intim mereka terpaksa berehat seketika apabila Zulaikha datang haid. Mereka berdua telah bersetuju agar Zulaikha mengambil pil perancang keluarga agar tidak mengandung. Walaupun satu hari mereka inginkan zuriat bersama, tapi biarlah anak itu lahir dari perhubungan yang halal.

Sewaktu Zulaikha uzur, mereka mula merancang secara serius untuk bercuti di Cherating ini. Tempahan telah dibuat untuk empat hari tiga malam yang akan bermula pada hari Jumaat selepas Zulaikha kembali bersuci.

Setelah tempatan resort dibuat, perancangan seterusnya ialah untuk Zulaikha mereka-cipta satu alasan kepada suaminya Aziz pula.

Dan perancangan itu telah dijalankan pada malam yang sama juga. Sambil Zulaikha dan Aziz sedang berbaring berduaan di atas katil sebelum mata berehat dan beradu pada malam itu, Zulaikha memanggil perlahan kepada suaminya.

ʻʻAbangʼʼ katanya dengan hati yang masih gementar.

ʻʻApa dia, sayang?ʼʼ jawab Aziz kepada isterinya yang berada disebelah, sambil matanya merenung skrin iPad ditangannya sambil memeriksa inventori alatulis syarikatnya. Aziz tengah cuba berbincang untuk membekalkan alat tulis untuk sebuah tadika yang baru dibuka tak jauh dari taman perumahan mereka.

ʻʻAbang ingat tak kursus yang Ika pergi dua bulan lepas tu?ʼʼ katanya sambil mendekatkan tubuhnya pada suaminya. Jatungnya berdegup kuat. Rasa gementar semakin hebat.

ʻʻIngat. Kenapa, sayang?ʼʼ tanya Aziz. Matanya masih menerung iPad.

ʻʻHmmm... hujung minggu nanti, diaorang nak buat follow-up course. Dekat tempat yang samaʼʼ kata Zulaikha, sambil menelan air liur sekali.

Aziz mendengus sedikit. Dia letakkan iPadnya ketepi. Dia kemudian menoleh melihat isterinya yang terbaring disebelahnya. ʻʻIka, abang nampak sejak kebelakangan ni, Ika sibuk sangat dengan kerja. Every dayʼʼ

Zulaikha tidak berkata apa-apa. Dia hanya merenung mata suaminya. Sedikit perasaan takut timbul di dalam hatinya kalau-kalau perancangannya bersama Yusuf itu dapat dihidu oleh suaminya.

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now