19

4.1K 48 26
                                    

Aziz tidak tidur semalaman. Tidak dapat melelapkan mata walaupun sedikit. Baring sekejap. Sedih. Menangis. Bangun. Ambik wudu. Solat Hajat. Berdoa kepada Tuhan. Cuba baring semula. Masih sedih. Masih menangis. Bangun. Wudu. Solat lagi. Itulah rutinnya sampai ke subuh pagi. Kepalanya berat. Tak cukup tidur. Susah nak berfikir. Kusut tak bermaya.

Disebabkan terlampau penat, Aziz terlena juga akhirnya. Tapi lenanya tidak panjang. Sekejap saja mata terlelap, terus terbangun semula. Melihat-lihat katil disebelahnya kalau ada isterinya disitu. Diharap semua yang berlaku adalah mimpi ngeri. Kadang-kadang dia tahu yang apa yang terjadi adalah realiti, tapi dia masih berharap, satu keajaiban akan berlaku. Yang isterinya akan pulang, insaf dan memohon kemaafan. Pulang kembali ke pangkuannya. Tak salah kalau dia hanya berharap. Tak salah kalau itu hanyalah satu harapan.

Dan mungkin doanya dimakbulkan? Tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya berbunyi. Nama isterinya terpampang di skrin selaku pemanggil. Dicapainya terus tanpa hirau penat dan letih. Buat pertama kali hatinya kembali gembira.

ʻʻIka! Ya Allah! Ika ada dekat mana ni? Ika... abang mintak maaf pasal semalam... Ika baliklah ya... kita bincang...ʼʼ katanya dengan laju menjawab telefon.

ʻʻAssalamualaikum, Encik Azizʼʼ suara lelaki yang kedengaran dari nombor isterinya. Aziz terdiam seketika.

ʻʻSiapa ni?ʼʼ tanyanya muram.

ʻʻNama saya Yusuf, Encik Aziz. Saya telefon nak minta kalau boleh kita berjumpa dan berbincang cara baikʼʼ kata Yusuf dengan penuh nada hormat.

ʻʻKau ke jantan yang rampas bini aku?!ʼʼ Aziz tidak menghiraukan ajakan baik dari Yusuf. Hatinya kembali membara tatkala lelaki ini menggunakan telefon isterinya. Sudah tentu mereka sedang bersama, kan?

ʻʻEncik Aziz. Mintak bersabar. Saya hanya akan berjumpa Encik Aziz dengan cara baik. Saya tak mahu pergaduhan, tak mahu perbalahan. Kalau kita tak boleh setuju perkara itu, lebih baik kita tak berjumpaʼʼ kata Yusuf lagi dengan nada yang serupa.

ʻʻBini aku dengan kau sekarang?!ʼʼ tanya Aziz lagi. Dia masih tidak dapat menyembunyikan kemarahannya pada lelaki ini.

ʻʻYa, Encik Aziz. Zulaikha ada dengan saya sekarangʼʼ Yusuf menjawab dengan jujur, suaranya masih memberi tanda hormat.

ʻʻAku nak cakap dengan bini akuʼʼ jawab Aziz tegas.

Yusuf tidak menjawab buat seketika. Berfikir sejenak, sebelum berkata, ʻʻEncik Aziz, kita berbincang dengan cara baik, boleh?ʼʼ

ʻʻHey, setan! Aku nak cakap dengan bini aku, kau faham tak?ʼʼ jawab Aziz yang masih berkeras untuk menghubungi isterinya.

ʻʻOk macam ni. Saya letak telefon dulu. Bila Encik Aziz dah calm down, Encik Aziz boleh call saya, ya? Saya wassap nombor telefon saya. Salam hormatʼʼ Yusuf hendak mematikan panggilan telefon tersebut.

ʻʻOkay! Okay! Tunggu kejap! Tunggu kejap!ʼʼ balas Aziz pantas.

ʻʻYa, Encik Aziz?ʼʼ jawab Yusuf, tenang.

ʻʻOkay, okay, macam ni. Aku boleh berjumpa dengan kau. Tapi ada dua syarat. Pertama, berjumpa dekat rumah aku. Kedua, Zulaikha kena ada sekaliʼʼ Aziz memberi kata-dua.

ʻʻEncik Aziz...ʼʼ

ʻʻItu syarat aku! Kau dah bagi syarat kau. Ni syarat aku. Adil kan?ʼʼ potong Aziz dengan pantas sebelum Yusuf dapat berkata apa-apa.

Yusuf menelan air liur. Memikir sejenak. ʻʻBaiklah, Encik Aziz. Kami akan datang petang nantiʼʼ Yusuf terus mematikan panggilan telefon.

Zulaikha yang masih terbaring di atas katil, bangun dari tidurnya dan memeluk lelaki yang sedang duduk dibucu katil itu dari belakang. Tubuhnya yang tidak berpakaian itu ditekan erat pada belakang badan teman lelakinya yang juga tidak berlapik. Dibaringkan kepalanya pada bahu Yusuf sambil mencium leher lelaki itu, kemudian mengesel-geselkan kepalanya manja, ʻʻMacam mana? My husband nak jumpa ke dengan you?ʼʼ

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now