27

11K 59 19
                                    

Tiga bulan berlalu. Zulaikha masih lagi tinggal serumah dengan Balqis. Mereka menjadi semakin rapat, malah dan jadi bestfriends. Sekali sekala Yusuf akan datang bersinggah sekadar untuk melepaskan rindu. Ada juga pernah bermalam di situ. Malah, dalam almari baju bilik tidur kedua condominium artis tersebut, sudah tersidai dan tersusun rapi baju-baju Yusuf dan perkakasan mandinya, menjadikan rumah Balqis tersebut sudah menyerupai rumah keduanya.

Yusuf sudah tidak tinggal lagi dengan Sulaiman dan Daud. Dia telahpun melepaskan sewanya pada rumah itu. Sekarang dia menyewa sebuah apartment tiga bilik di ibu kota. Apartment itu dihiasi dengan perabot-perabot yang dibeli second-hand dari garage sale, tapi semua dalam keadaan yang baik. Sepanjang tiga bulan itu, Yusuf dan Zulaikha perlahan-lahan menghiasi apartment itu. Itulah tempat mereka berdua akan tinggal selepas nikah nanti, walaupun pernah beberapa kali mereka tidur bersama disitu juga.

Zulaikha dapat kebenaran menziarahi anak-anaknya pada setiap dua minggu. Pada saat pertama mereka bertemu, ketiga-tiga mereka menangis pilu. Anak-anak mana yang tidak rindukan ibu kandung mereka sendiri? Hanya dapat berjumpa selama beberapa jam setiap dua minggu tidak cukup untuk membalut luka dihati. Setiap kali mereka berjumpa, Zulaikha akan menghadiahkan mainan-mainan istimewa kepada setiap seorang.

Pada dua, tiga pertemuan pertama memang perit dan sukar. Waktu perpisahan yang paling sedih sekali. Ketiga-tiga anaknya menangis tak mahu melepaskan ibunya pergi. Sayu dan sedih hati Zulaikha tidak dapat dibayangkan peritnya. Tetapi semakin lama, kesedihan itu semakin reda. Bermula dari perjumpaan keempat dan keatas, ketiga-tiga anaknya itu sudah mula menyesuaikan diri dengan ketidakadaan ibu mereka sepenuh masa. Menggantikan tempat bermanja sekarang jatuh kepada ibu saudara mereka iaitu Suhaila, isteri kepada Ezra. Mereka sudah mula memanggil Suhaila dengan panggilan ʻmamaʼ sama seperti mereka memanggil Zulaikha dulu.

Penerimaan Zulaikha dikalangan keluarganya masih hambar. Kedua-dua ayah dan ibunya sudah tidak mengaku anak lagi. Seluruh orang kampung mencela tingkahlaku Zulaikha yang dikira sebagai isteri derhaka. Zulaikha hanya kini dapat menumpang kasih kepada ibu bapa Yusuf sahaja sekarang. Pada mulanya, penerimaan Zulaikha dalam keluarga Yusuf juga tidak lancar dan mudah. Tetapi akhirnya ibu bapa Yusuf akur dengan keputusan anak lelakinya itu, dan menerima Zulaikha sebagai bakal menantu.

Permasalahan yang timbul sekarang ialah wali. Ayah Zulaikha berkeras tidak mahu menjadi wali kepada anak sulungnya itu. Satu-satunya harapan ialah kepada Ezra, adik lelakinya. Tetapi Ezra juga sama seperti ayah mereka juga. Zulaikha cuba untuk meminta bantuan Suhaila agar dapat memujuk Ezra menjadi wali di hari pernikahannya.

ʻʻNgah... tolong lah long... Ngah sorang jer yang long dapat merayu. Mak dan abah dah buang long dari keluargaʼʼ pinta dan rayu Zulaikha pada adiknya.

ʻʻBila long nak nikah?ʼʼ tanya Ezra yang masih belum reda luka di dalam hatinya.

ʻʻLong baru dapat period. Ni period long yang ketiga. Dalam masa seminggu long akan bersuci balik. Long plan nak nikah Jumaat depan. Ngah... long merayu sangat-sangat ni. Walau apapun yang terjadi, long ni masih kakak ngah. Long masih darah danging ngah. Tolonglah long, ngah. Tolong jadi wali long masa hari nikah long ya?ʼʼ rayu Zulaikha lagi.

ʻʻTengoklah. Long balik lah dulu. Nanti ngah fikirkanʼʼ jawab Ezra selamba.

Zulaikha mengangguk. Sebelum dia meminta diri meninggalkan rumah adiknya, Zulaikha sempat berjumpa dengan adik iparnya Suhaila. Mereka berpeluk erat.

ʻʻSue, akak mintak sangat-sangat Sue tolong pujuk Ezra ya? Please, Sue?ʼʼ pintanya pula.

ʻʻInshaAllah kak long. Nanti Sue pujuk. Lama-lama lembut lah hati Ezra tu. Akak nak nikah Jumaat depan kan?ʼʼ tanya Suhaila mendapatkan kepastian.

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now