7

6K 60 1
                                    

Sulaiman memeluk Puteri Balqis dengan erat sekali, seolah-olah tak mahu melepaskan teman wanitanya itu langsung. Yusuf yang ada sekali bersama, berdiri agak jauh untuk memberikan ruang dan juga membelakangi mereka sebab malas nak tengok keintiman pasangan kekasih ini.

ʻʻI miss you already, Honeyʼʼ kata Puteri Balqis sambil mencium-cium tangan Sulaiman yang dipengang pada bibirnya.

Sulaiman pula mencium dahi Balqis sambil memeluk kepala gadis itu, ʻʻI pergi dua minggu jer, Baby. Tak sempat habis rindu you tu, I dah balikʼʼ katanya cuba memujuk.

Tapi dua minggu tanpa Sulaiman bagaikan satu penyiksaan kepada Balqis. Pernah sekali Sulaiman mengabaikan tanggungjawabnya sekian lama sehingga menyebabkan Balqis kemurungan.

Panggilan terakhir untuk penumpang-penumpang yang akan berlepas ke Kuwait sudah terpapar di skrin pelepasan lapangan antarabangsa Changi untuk memberi peringatan kepada semua agar bergegas segera ke pesawat yang menunggu.

Balqis memeluk tubuh Sulaiman dan menyandarkan kepalanya pada dada teman lelakinya. Susah untuk dia melepaskanya pergi.

ʻʻWoi. Sudah-sudahlah tu. Korang ni mengalahkan orang yang dah kahwinʼʼ tegur Puteri Nura Mentari yang baru sahaja tiba kepada pasangan intim ini. Suaminya Ardean Lee yang juga tiba bersama isterinya itu hanya tersenyum melihat mereka berdua.

ʻʻTake care, Sayang. Sampai nanti, video call Abang yaʼʼ pesan Dean kepada isterinya. Mentari menyalam tangan Dean, kemudian menciumnya hormat. Dean membalas dengan mengucup ringkas bibir isterinya. ʻʻKirim salam dekat Shiekh. Becareful dengan orang tua gatal tuʼʼ

CEO Megat Empire itu tergelak dengan pesanan suaminya. ʻʻI tak kuasa nak melayan dia. I will leave it to Datuk Jalil. Iʼm sure Datuk dah sediakan harem untuk Shekh tua tuʼʼ kata Mentari berseloka, mengingkat kembali taktik kotor yang suaminya pernah gunapakai untuk meraih projek dari billionaire Kuwait itu tidak lama dulu.

ʻʻDatuk Jalil has his eyes on you, Sayang. You perasan kan?ʼʼ pesan Dean kepada isterinya.

Mentari mengusap-usap lengan suaminya memberi keyakinan, ʻʻYes, I know, Abang. Donʼt worry... Iʼm keeping my distance from him. I akan suruh Sulaiman shadow me kemana saja I pergi, okay?ʼʼ

Dean senyum pada isterinya. Walaupun dia percayakan Mentari, tapi niat nakal Datuk Jalil tu yang agak merisaukan sebenarnya.

ʻʻSulaiman, jom cepat. Plane is not waiting for usʼʼ kata Mentari pada Sulaiman pula. Wanita jelita itu sudah berjalan ke arah pintu pelepasan sambil melambai pada suaminya.

ʻʻBaik, Puanʼʼ kata Sulaiman meleraikan pelukan Balqis. Dia bergegas mengambil beg trolinya dan mengejar Mentari. Balqis melambai-lambai teman lelakinya sambil menitiskan air mata.

Hilanglah Sulaiman dan Mentari dari pandangan tatkala mereka memasuki pintu pelepasan pesawat Qatar Airways yang akan berlepas ke Kuwait. Sulaiman akan menghabiskan masa dua minggu di Kuwait untuk mengikuti kursus smart building design, sementara Mentari dan Datuk Jalil pula hanya akan berada di sana selama tiga hari untuk memberi taklimat terkini kepada Sheikh Al-Hussainy, pelabur projek Iskandariah MegaCity.

Setelah melihat mereka pergi, Dean menoleh kearah Yusuf pula.

ʻʻOkay, Yusuf. Saya nak bergerak ke gate saya pula to catch my flight back to KLʼʼ kata Dean kepada Yusuf sambil mereka bersalaman.

ʻʻBaik, Tuan Dean. Have a safe trip backʼʼ ucap Yusuf pada bossnya itu.

Selepas melihat bossnya pergi, Yusuf menoleh kepada Balqis yang masih bersedih. ʻʻDah lah tu. Drama queen lah kau ni. Tu pun nak nangis. Kejap jer dia pergi pun. Jom lah. Aku hantar kau balikʼʼ

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now