20

4K 45 6
                                    

Yusuf dan Ibrahim berjabat tangan. Kemudian mereka berpelukan. Dua sahabat yang rapat sejak zaman sekolah ini masih mengekalkan hubungan erat hingga ke hari ini.

ʻʻApa khabar, Brahim? Sibuk betul kau ni. Hari tu masa kitaorang melepak makan malam apasal kau tak datang?ʼʼ kata Yusuf sambil menggengam kedua-dua lengan rakannya itu.

ʻʻAku gila sibuk, Yus. Kau tahu tak kes dekat mahkamah syariah tu semakin bertimbun dari hari ke hariʼʼ balas Ibrahim pada rakannya.

ʻʻApa hal yang sampai bertimbun ni? Banyak kes tangkapan khalwat ke?ʼʼ tanya Yusuf berjenaka.

ʻʻBukan. Kes cerai, bro. Sekarang ni, statistik penceraian di Malaysia gila punya tinggiʼʼ jawab Ibrahim, jujur.

Yusuf terdiam sebentar. Tapi hakikatnya ialah dia berjumpa rakan baiknya ini adalah untuk meminta dia mewakili perkara yang sama. Iaitu untuk menguruskan tuntuan cerai Zulaikha dari suaminya Aziz.

ʻʻEh, korang ni! Apa tercegat dekat luar ni? Masuklah dulu. Kita sembang dekat dalamʼʼ kata Sarah, isteri Ibrahim yang baru keluar menyambut kedatangan Yusuf dan Zulaikha ke rumah mereka.

ʻʻSarah, kau apa khabar? Sihat?ʼʼ tanya Yusuf sambil tersenyum dan menunduk hormat. Satu ketika, wanita ini pernah menjadi idaman hatinya. Tapi perasaan itu sudah tidak ada lagi. Kerana hati dan jiwa Yusuf hanya untuk Zulaikha seorang sahaja kini.

ʻʻAku sihat, Yus. Kau sihat?ʼʼ balas Sarah.

ʻʻAku macam ni jer lah. Ni, aku nak perkenalkan. Siti Zulaikhaʼʼ kata Yusuf sambil memegang belakang Zulaikha yang tampil kehadapan.

Zulaikha dan Sarah berpelukan. ʻʻNice to finally meet you, Zue. We heard so much about youʼʼ kata Sarah memberi salam.

Zulaikha tertunduk malu, ʻʻI hope nothing bad about meʼʼ

Sarah hanya tersenyum, cuba tidak mahu menyebabkan Zulaikha tidak selesa. ʻʻJom kita masuk? Kita sembang dekat dalam. Lunch pun almost readyʼʼ

ʻʻEh, susah-susah jer kau ni, Sarahʼʼ kata Yusuf.

ʻʻApa susahnya, Yus. Masak jer pun. Lagipun kami dah ada maid sekarangʼʼ balas Sarah.

ʻʻHai... manjanya korang berdua ni? Duduk dua orang pun ada maid?ʼʼ seloka Yusuf. Mereka berempat masuk ke dalam rumah.

ʻʻMy mum punya maid, Yus. Dia kan ada ramai. Satu untuk dapur. Satu untuk sapu sampah. Satu untuk basuh baju. Satu untuk... entah! Aku pun tak larat nak kira! Jadi dia bagi lah satu maid ni kat kitaorangʼʼ jelas Sarah.

Mereka masuk ke dalam rumah pasangan itu. Besar rumahnya. Ibu bapa Sarah adalah orang yang berada. Mereka menjalankan perniagaan kain batik di Kota Bharu. Sarah adalah kacukan melayu dan Turki. Ibunya berasal dari Istanbul. Semasa ayahnya berniaga kain di sana, dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis ayu dari sana. Percintaan mereka sampai ke jinjang pelamin, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahayamata. Sarah adalah anak bongsu kepada pasangan yang kini sudah berpangkat Datuk dan Datin di Kelantan.

Ibrahim pula datang dari keluarga yang biasa. Tidak mewah. Satu kampung dengan Sulaiman iaitu Kubang Kerian. Tapi perwatakan Ibrahim sangat bersih. Dia lebih warak orangnya berbanding dengan rakan-rakannya dalam ʻGeng Nabiʼ. Ayahnya ialah imam surau kampungnya.

Sejak dari tingkatan satu, Ibrahim sudah mula jatuh hati pada Sarah yang sangat jelita. Mana tak nya, gadis kacukan ini mempunyai kulit yang putih, hidung mancung, bibir manis, mata hijau, dan rambut berwarna merah. Sarah hanya memakai tudung disekolah, tapi free-hair apabila berada di luar, sampailah sekarang. Seperti ibunya, Sarah mengamalkan budaya sekularisme, berbeza betul dengan suaminya yang kuat berpegang pada agama.

Kerana Satu MalamNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ