3

8.8K 80 5
                                    

Zulaikha termenung seharian. Sungguh dia tidak menyangka akan berjumpa dengan Yusuf semula. Pertemuan pertama dengan lelaki itu berlaku hanya baru sebulan yang lepas. Pertemuan yang tidak disangka akan mengubah hidupnya. Mengubah perasaan hatinya. Mengubah gelora jiwanya.

Sebulan itu jugalah Zulaikha menangis. Selepas pertemuan singkat itu, pelbagai perasaan bercampur-aduk di dalam dirinya. Menyesal. Benci. Hiba. Berdosa.

Zulaikha tidak sedikit pun menyangka yang dia akan terlanjur sehingga ke tahap itu. Dia seperti tidak percaya apa yang telah berlaku. Kenapa begitu mudah ianya terjadi? Kenapa begitu ringan dirinya dibawa dalam hanyutan? Kenapa begitu rapuh imannya sehingga dia lalai menjaga kehormatannya?

Persoalan-persoalan itulah yang sentiasa bermain-main diminda Zulaikha. Setiap hari sejak ianya berlaku. Setiap masa, memori satu malam itu tetap akan kembali, dan terus kembali. Walaupun istighfar diucapkan dari bibirnya. Walaupun solat taubat telah didirikan. Tetapi wajah lelaki itu masih lekat pada mindanya, belaian lelaki itu masih dirasai pada setiap lekuk tubuhnya, hunusan indah lelaki itu masih lagi hangat, air cinta yang disirami di dalam lubuk batinnya masih lagi dirasai.

Tapi keindahan itu hanyalah sementara, satu persinggahan, satu persimpangan, dan walaupun apapun yang telah terjadi, Zulaikha nekad untuk kembali ke kehidupan asalnya. Yang indah itu biarlah ianya tinggal menjadi sejarah. Yang lepas, biarlah lepas.

Baru sahaja dia hendak cuba kembali ke kehidupannya yang sediakala, tiba-tiba muncul semula lelaki itu di dalam hidupnya. Kenapa jiwanya disiksa sebegini hebat. Kenapa dia diuji sedemikian rupa. Sesungguhnya dia tidak kuat untuk melawan dugaan ini buat kali kedua. Sesungguhnya dia tidak mampu untuk menidakkan gelora yang bakal berulang.

Ini kerana, hanya dengan lintasan secebis ingatan, yang singkat, yang sementara itu sudah cukup untuk membasahi kehangatan di celah penjuru alat sulit kewanitaannya sekarang. Segala usaha untuk melupakan malam itu kini sia-sia belaka. Bagai penceroboh malam, memori itu datang semula, meragut hati dan jiwa, menyebabkan ianya bergelora semula. Zulaikha menutup matanya, menekap tangan kanannya pada dadanya, tangan kiri cuba menutup celah kewanitaanya, cuba untuk mententeramkan degupan jantung dan denyutan syalwat yang sangat kuat dan hebat.

ʻʻPuan... puanʼʼ suara pemandu Grab menyentak lamunan Zulaikha yang duduk di belakang kereta sewa itu. Terkejut dia seketika. Kedua-dua tangannya ditarik, terus berpeluk tubuh, sedikit panik tatkala tersedar. ʻʻPuan okay ke?ʼʼ tanya pemandu Grab itu lagi.

ʻʻHaah?ʼʼ tanya Zulaika yang masih lagi belum reda dari kejutan yang melanda dirinya. Seperti tak tahu apa yang berlaku.

ʻʻKita dah sampai, puanʼʼ kata pemandu Grab itu. ʻʻDah sampai lima minit yang lalu. Puan okay ke? Saya panggil, puan tak menyahut tadiʼʼ tanyanya risau.

ʻʻSaya okay, saya okayʼʼ jawab Zulaikha kelam kabut, malu pun ada. ʻʻMaaf, saya terlena tadiʼʼ katanya memberi alasan, padahal matanya tidak terkatup pun. Dusta pertama diucapkan hari ini.

Zulaikha terus mengambil beg tangannya. Dia membuka pintu kereta Grab. Sempat berterima kasih kepada pemandu tersebut. Satu notifikasi berbunyi di telefon pintarnya mengatakan bayaran sewa Grab tersebut telahpun diambil mengunakan kredit yang ada.

Zulaikha melangkah keluar dari kereta Grab tersebut dan berjalan ke arah rumahnya. Langkahnya sangat tidak selesa. Lehernya berpeluh dibawah tudungnya. Ketiaknya basah. Celah kelangkangnya berlendir. Zulaikha buntu, kenapa dia menjadi begini. Dia tidak ubah seperti seorang mangsa yang telah kena sihir buatan orang, seperti seorang yang baru dijampi mentera pengasih.

Kegusaran jiwanya sedikit menjadi tenteram, tatkala dia melihat ketiga-tiga anaknya sudah berada di rumahnya. Izmi, anak bongsunya yang berumur empat tahun terus berlari mendapatkan ibunya. Gelak gembira melihatnya pulang, terus menerpa dan memeluk Zulaikha, kerana pelukkan ibu itulah tempat yang paling aman, paling selamat bagi anak kecil itu.

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now