25

3.7K 52 1
                                    

Yusuf memandu kereta Honda Civicnya dengan senyap. Hari ini dia siap memakai baju melayu dengan seluar hitam dan bersongok. Disebelahnya, Zulaikha memakai baju kurung dan bertudung penuh. Mukanya dikenakan kaca mata hitam yang besar menutup matanya.

Perjalanan mereka hari menuju ke destinasi yang telah dirancang sejak dua minggu yang lepas, iaitu di pejabat mahkamah syariah Johor Bahru. Hari ini, keputusan penceraian Aziz dan Zulaikha akan didengarkan dan diputuskan.

Setelah beberapa seketika memandu, akhirnya mereka tiba di perkarangan mahkamah syariah tersebut. Yusuf memparkirkan keretanya di tempat letak kereta pelawat. Setelah mematikan enjin, Yusuf keluar dari tempat duduk pemandu dan mendapatkan Zulaikha yang duduk di tempat penumpang. Dibuka pintu penumpang tersebut dan memimpin Zulaikha keluar.

Mereka tidak berjalan berpimpin tangan untuk menghormati mahkamah syariah ini. Peguam Zulaikha, Ibrahim sudah pun tiba lebih awal dan menunggu ketibaan mereka. Isteri Ibrahim, Sarah pun turut datang sekali untuk memberikan sokongan moral kepada Zulaikha.

Yusuf, Zulaikha, Ibrahm dan Sarah kemudian jalan bersama-sama menuju ke bangunan utama mahkamah syariah. Apabila sampai di sana, mereka mendaftarkan diri dan mengesahkan kehadiran masing-masing.

Yusuf, Zulaikha dan Sarah duduk ditempat menunggu pelawat, sambil Ibrahim pergi ke kamar hakim untuk bertemu dengan hakim syariah. Sarah memegang tangan Zulaikha erat. ʻʻJangan nervous, ya babe? Iʼm sure everything will go on smoothlyʼʼ katanya memberi sedikit keredaan kepada Zulaikha.

ʻʻInshaAllahʼʼ Zulaikha berbisik kembali. Kaca mata hitamnya tidak ditanggalkan, menutup matanya yang sedang begelinangan dengan air.

Tak lama selepas itu, tiba sebuah kereta Proton Perdana. Kereta tersebut memakir juga ditempat pelawat. Dari kereta tersebut muncul Hajar yang memandu, dan Aziz yang menumpang sama. Aziz memakai baju melayu hitam, sama seperti seluar hitam dan songkok di atas kepala. Aziz nampak kurus, cekung, seperti sudah beberapa hari tidak makan. Selera makannya tidak lagi sama seperti dulu. Dulunya, nikmat makan bersama isteri sentiasa menjadi menyedap selera, apatah lagi bila makan masakan dari air tangan isteri sendiri. Kini, apabila Zulaikha tidak lagi tinggal bersamanya, nikmat yang dulunya satu kesedapan, kini sudah tidak ada lagi. Makannya hanya untuk tidak lapar, dan untuk mendapatkan tenaga sahaja.

Apabila Aziz dan Hajar masuk melangkah ke bangunan mahkamah syariah itu, Zulaikha cuba untuk tidak menoleh kepala memandang suaminya, tapi disebalik cermin mata hitam yang dipakainya, Zulaikha melihat juga lelaki itu dari sudut matanya. Rasa sayu masih terasa dan terpaut di hati dan jiwanya.

Hajar membawa Aziz masuk ke perkarangan tempat menunggu pelawat. Tapi Hajar sengaja mendudukkan Aziz agar dia tidak berdepan dengan isterinya Zulaikha. Mereka duduk membelakangi masing-masing, itu pun dengan jarak beberapa barisan kerusi di antara mereka.

Hajar meminta Aziz untuk duduk tunggu dulu, sambil dia bangun untuk bertemu dengan Ibrahim dan hakim syariah.

Sambil dia berjalan ke kamar hakim, dia berselisih dengan Sarah yang masih duduk disebelah Zulaikha.

Hajar menjeling Sarah sambil menunduk kecil. ʻʻSarahʼʼ katanya memberi salam.

ʻʻHajarʼʼ jawab Sarah kembali. Tiada senyuman antara mereka. Hanya jelingan di sudut mata sahaja yang melihat satu dengan yang lain.

Di dalam kamar utama, Hajar berjumpa dengan hakim syariah dan Ibrahim yang sudah tiba lebih awal. ʻʻYang Arifʼʼ kata Hajar memberi salam hormat.

ʻʻCik Hajar. Encik Ibrahim. Client masing-masing sudah sedia?ʼʼ tanya hakim syariah tersebut.

ʻʻSudah, Yang Arifʼʼ jawab keduanya.

ʻʻBaiklah, kita boleh mulakan. Sila bawa mereka masuk ke dalam dewan utama mahkamahʼʼ kata hakim syariah sambil berdiri dari kerusinya dan berjalan kearah dewan mahkamah.

Kerana Satu MalamTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon