12

13.9K 69 2
                                    

Zulaikha memberhentikan kereta Proton Iriz nya tidak jauh dari sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan yang terletak dipinggiran bandaraya Johor Bahru.

Sejujurnya, Zulaikha tidak tahu kenapa dia memandu pergi ke rumah ini. Hatinya memang tidak tenteram sepanjang pagi Ahad itu.

Harinya bermula sejak dia bangun dari tidurnya awal subuh tadi. Hatinya sudah mula gelisah. Dengan langkah yang longlai, dia menuju ke bilik mandi, berdiri terpaku di bawah pancuran air shower, membasahi dari hujung rambut ke hujung kaki, mandi junub setelah bersenggama bersama suami malam tadi.

Bukan.

Niatnya mandi junubnya adalah lebih kerana dia beronani sambil berfantasi bersama dengan orang yang lain. Kerana pada ketika itulah, dia mengalami orgasme.

Zulaikha amat berharap hari ini akan menjadi lebih tenteram untuk dirinya. Diambil wudu untuk menyejukkan hati. Solat subuh untuk merapatkan diri pada Dia. Doa dipanjatkan untuk memberikannya kekuatan menghadapi cabaran yang sedang berperang di dalam hatinya.

Niat di hati memang ingin menjadi seorang muslimah yang baik. Isteri yang taat setia. Ibu yang penyayang. Model seorang wanita yang disanjungi oleh masyarakat. Memang itu niatnya.

Tujuh tahun dia mencuba. Tetapi hati masih gagal melaksanakannya.

Pagi itu, Zulaikha bersahaja. Dia hanya mengenakan t-shirt labuh berlengan pendek, kain batik, dan tudung bawal. Awal pagi dia terus keluar rumah untuk membeli sarapan. Sebuah gerai nasi lemak yang terkenal memang jadi tumpuan pelanggan yang lapar setiap pagi Ahad. Lima bungkus nasi lemak dibeli untuk suami dan anak-anaknya bersarapan. Terus balik ke rumah untuk menyediakan jamuan. Senang dan mudah skrip untuk nya pagi Ahad ini.

Tetapi dia tidak balik pun ke rumah.

Keretanya dipandu menghala ke arah lain. Dia pun tidak terfikir kenapa dia memandu ke arah tersebut. Pergerakan tangan dan kakinya seperti auto-cruise, melakukan pergerakan memandu kereta tanpa disuruh. Mindanya celaru tidak dapat memberi arahan. Aleh-aleh, Zulaikha telah sampai di hadapan rumah sewa bujang kediaman Yusuf dan rakan-rakannya.

Apa aku buat ni? Aku dah gila... aku dah betul-betul gila! Kata Zulaikha bermonolog sendirian. Zulaikha merenung lima bungkusan nasi lemak yang terletak di atas kerusi penumpang disebelahnya. Jam sekarang sudah pukul 9 pagi. Sepatutnya suami dan anak-anak sedang sedap bersarapan sekarang.

Zulaikha mengambil telefon pintarnya. Dia merenung skrin telefon itu buat seketika. Zulaikha menutup mata, menghembus nafas, telan air liur.

Zulaikha kemudian membuka matanya semula. Direnung skin itu sekali lagi. Unlock telefon tersebut dengan face recognition. Applikasi WhatsApp dibuka. Jarinya menaip satu message untuk dihantar.

ʻʻAbang, Ika baru teringat nak beli keperluan dapur sikit, lepas tu nak jumpa kawan sekejap. Lebih nasi goreng semalam ada lagi dalam fridge. Abang tolong panaskan ya?ʼʼ Dusta pertama pagi Ahad itu ditaip untuk suaminya. Send.

Zulaikha menutup matanya. Nafasnya dalam. Ya Allah, kenapa aku jadi macam ni? Aku dah gila, Ya Allah!

Zulaikha menghembus nafas yang dalam. Dibuka matanya. Tersentak hatinya untuk balik ke rumah. Suami dan anak-anak sedang sabar menanti. Senang jer aturannya. Kaki kiri tekan clutch. Tangan kiri masuk gear. Buat three-point-turn. Kembali ke tempat asalnya semula. Setengah jam, sampailah semula ke rumah.

Tetapi.

Enjin kereta dimatikan. Pintu kereta dibuka. Zulaikha melangkah keluar. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah rumah teres dua tingkat itu.

Hatinya berdebar-debar. Jantungnya seperti nak tercabut. Nafasnya menjadi semakin cetek.

Zulaikha sekarang berdiri di hadapan rumah Yusuf. Dia hanya terpaku berdiri sendiri. Memang perbuatan gila. Seorang wanita berstatus isteri mencari dan mengejar seorang lelaki berstatus bujang.

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now