6

6.5K 71 12
                                    

Mesyuarat dua hala antara Konsortium KMP dengan Iskandariah Prime diadakan sebulan sekali membincangkan perkembangan projek MegaCity. Konsortium KMP adalah gabungan tiga syarikat iaitu Kesawa Group, Megat Empire dan Panema Holdings. Penggabungan ini telah dibuat untuk menguatkan lagi kekuatan dan jentera penggerak projek mega ini. Kewasa Group diwakili oleh Pengarah Urusannya, Azman Adnan, Megat Empire diwakili oleh CEOnya Puteri Nura Mentari, sementara Panema Holings oleh CEOnya Ardean Lee, yang juga adalah suami kepada Mentari.

Wakil dari Iskandariah Prime ialah Datuk Abdul Jalil selaku Pengarah, dan Puan Siti Zulaikha selaku Pengurus Projek.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Yusuf dan Sulaiman, arkitek muda dari Panema Holdings, yang menerajui rekabentuk residential parcel MegaCity tersebut.

Tidak hadir ke mesyuarat tersebut ialah Tengku Faiz, yang mewakili kerajaan negeri, dan Sheikh Al-Hussainy, pelabur utama projek MegaCity ini. Tengku Faiz menguzurkan diri dengan maaf, sementara Sheikh Al-Hussainy hanya perlu menerima laporan dari mesyuarat sahaja.

ʻʻTerima kasih semua kerana datang ke mesyuarat ini. I hope everybody enjoyed the breakfast we served this morningʼʼ kata aluan Datuk Jalil kepada semua yang hadir, yang kemudian mempersilakan semua duduk di meja panjang mesyuarat utama.

Datuk Jalil duduk di hujung meja mesyuarat tersebut. Disebelah kanannya pula ialah Azman, diikuti oleh Ardean Lee and isterinya Mentari. Sementara Zulaikha mengambil tempat disebelah kiri Datuk Jalil.

Dua arkitek muda yang turut serta dalam menyuarat tersebut duduk bertentengan dengan rakan-rakan mereka. Yusuf mengambil kerusi bersebelahan dengan Zulaikha disebelah kirinya, sementara Sulaiman duduk disebelah Yusuf pula.

Zulaikha agak terkejut tatkala melihat Yusuf duduk disebelahnya. Tapi cuba untuk menyembunyikan reaksinya agar tidak dapat dilihat oleh semua yang hadir. Mereka semua tidak tahu berkenaan sejarah antara Yusuf dan Zulaikha, melainkan Sulaiman yang sudah tahu apa yang telah berlaku.

Dua minggu telah berlalu sejak insiden Yusuf datang ke rumah Zulaikha, cuba untuk memujuk wanita itu untuk meneruskan percintaan mereka. Tetapi Zulaikha telah menolak keras-keras pujukan Yusuf itu, menuduh dia seorang stalker, dan meminta agar lelaki itu melupakannya, dan menganggap apa yang berlaku hanyalah untuk seks semata-mata.

Dan dalam dua minggu itu jugalah, Yusuf tidak berhubung sekalipun dengan Zulaikha. Seakan merajuk, Yusuf tidak mengambil apa-apa initiatif untuk memujuk ke, berbincang pasal kerja ke, malah berbual biasa pun tak ada.

Sepatutnya, bagi Zulaikha, itulah yang telah diharapkan. Perancangannya berjaya. No more Yusuf. No more worries. Settle dah kan. Boleh kembali kepada kehidupan sediakala.

Tetapi yang sebaliknya berlaku. Hari pertama boleh tahan lagi. Hari kedua masih okay jugak lah. Masuk hari ketiga, kerinduan sudah mula menyusuk di dalam diri. Dilihat phone, kalau ada apa-apa message, kalau ada apa-apa missed call. Dilihat inbox, kalau ada apa-apa emel. Emel pasal kerja pun tak pe lah. Asalkan ada sesuatu darinya.

Nothing.

Zulaikha sedar, selama ini dia mendustakan perasaannya. Dia cuba untuk menyembunyikan rasa hati nya. Menidakkannya. Dia cuba sedaya-upaya. Tapi dia tak kuat untuk meneruskan pendustaan ini.

Kini, pada mesyuarat ini, Yusuf sekarang duduk betul-betul disebelah kirinya. Jantung Zulaikha berdenyut kuat, laju. Nafasnya dalam. Hatinya rasa gementar. Tak pernah dia rasa gementar sebegini. Tak pernah.

ʻʻTerima kasih juga kepada Datuk kerana sudi menjemput kami. Breakfast is fabulous, as usualʼʼ jawab Azman dengan hormat.

Semua yang hadir telah duduk dengan selesa disekeliling meja mesyuarat tersebut. Yusuf dengan berpakaian kemas dengan tali leher nampak sangat segak dan tampan. Bau aftershavenya menyusuk kalbu Zulaikha menyebabkan dia semakin gelisah berada disebelah Yusuf.

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now