5

7.1K 62 1
                                    

Sama seperti kehidupan hariannya disebelah petang dan malam, waktu awal pagi untuk Zulaikha juga ada rutin seperti sebuah skrip yang telah siap sedia ditulis. Bangun pagi, kejutkan anak-anak, mandi, solat subuh, siapkan anak-anak, siapkan diri sendiri, peluk anak-anak, salam dan cium tangan suami, kemudian keluar rumah untuk pergi ke kerja. Skrip sama yang diulang sekian kalinya.

Cuma pada hari ini, rutin hariannya sedikit terganggu disebabkan keretanya masih berada di dalam workshop untuk dibaiki. Menurut tawkey bengkel workshop tersebut, kereta Proton Iriz yang berumur lima tahun miliknya itu akan siap lebih kurang jam 9 pagi nanti. Sudah tiga hari Zulaikha terpaksa berulang-alik dari pejabat menaiki Grab sementara menunggu clutch plate keretanya ditukar ganti. Biasalah, bukan tak biasa dengan perangai workshop dekat Johor Bahru ni. Masa keretanya dihantar tiga hari lepas, kononnya boleh siap dalam sehari. Ni dah nak masuk hari ketiga, baru lah nampak tanda-tanda nak siap. Asalnya, Zulaikha hendak menjimatkan kos dengan menggunakan cluth plate recond. Aleh-aleh, kos Grab pula yang meningkat. Pengajaran untuk dirinya sendiri. Lain kali hantar jer kat Proton untuk dibaik pulih.

Kalau mengikut rutin, Zulaikha akan keluar rumah untuk terus ke pejabat pada waktu yang sama suami dan anak-anaknya keluar juga. Tugasan menghantar ketiga-tiga anaknya ke sekolah dan tadika digalas oleh suaminya, Aziz. Oleh kerana suaminya menjalankan perniagaan sendiri, jadi beliau tidak terikat dengan jadual masa yang khusus, tidak seperti mereka yang berkerja mengikut masa. Maka dengan itu, Aziz lah yang lebih selesa untuk menghantar ketiga-tiga anak mereka ke sekolah dan tadika, memandangkan dia juga ada keretanya sendiri.

Selepas solat subuh pagi tadi, Zulaikha sempat menghantar emel kepada bossnya, Pengarah Iskandariah Prime, Datuk Abdul Jalil. Salinan emel juga dihantar kepada pembandu tadbir resepsi syarikat tersebut, mengatakan yang dia akan masuk kerja lewat hari ini. Dia telah memaklumkan kepada pembantu tadbirnya, sekiranya ada apa-apa urusan kecemasan yang perlu diuruskan pagi ini, dirinya boleh dihubungi terus.

Oleh kerana hari ini dia akan masuk pejabat lewat, jadi Zulaikha memalas-malaskan diri untuk bersiap awal berbanding dengan hari biasa. Laptop kerja yang berada di atas meja makan rumahnya memang telah sedia dihidupkan dari tadi. Zulaikha hanya memerlukan sambungan internet pada laptopnya untuk dia bekerja menggunakan remote access di mana sahaja dia berada. Setelah menyemak kalendar Outlooknya pada hari ini, nampaknya seperti tidak ada apa-apa temujanji, site-visit atau mesyuarat yang perlu dihadiri.

Setelah memeluk cium ketiga-tiga anaknya, kemudian menyalam dan mencium tangan suaminya, Zulaikha melambai mereka pergi sebelum masuk semula ke dalam rumah untuk bersiap. Hari ini Zulaikha memakai pakaian yang lebih formal iaitu blouse berwarna pink dengan seluar berwarna kelabu. Blazer yang sama warna dengan seluarnya pula menutup blouse pada tubuhnya. Kain shawl berwana putih dengan corak kebiruan dililit menutup aurat kepalanya, lebihan kain shawl tersebut diikat depan dan dijuraikan menutup leher dan kulit dadanya dari terdedah oleh potongan rendah blouse pink tersebut. Makeup di muka agak nipis hari ini memandangkan beliau akan ke workshop dahulu sebelum ke pejabat. Bila dah sampai di pejabat nanti baru topup mana yang perlu.

Setelah menutup laptopnya dan bersiap-sedia untuk keluar, Zulaikha membuka applikasi Grab pada telefon pintarnya dan menempah sebuah kereta sewa untuk membawanya ke bengkel workshop.

Setelah memakai kasut tinggi kegemarannya, Zulaika menutup pintu rumah, mengunci grill, dan berjalan ke arah pintu gate di hadapan rumahnya. Sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam tiba dirumahnya. Zulaikha merasa pelik sedangkan applikasi Grab pada telefon pintarnya mengatakan kereta yang dipanggilnya itu adalah kereta Proton Wira berwarna biru yang sedang dalam perjalanan sejauh 15 minit lagi. Ada pertukaran kereta ke?

Apabila Zulaikha cuba untuk melihat semula status terkini dari dalam telefon pintarnya, pemandu Honda Civic tersebut keluar dari keretanya, kemudian berdiri disebelah kereta tersebut sambil melihat Zulaikha yang kini sudah terpaku dari langkahnya.

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now