Hati Mereka Yang Terluka

7.6K 42 2
                                    

Sering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang.

Tetapi, pernahkah kita menyelami hati dan jiwa mereka yang dicurangi? Kali ini kita bukan meraikan ikatan hati pasangan yang bercinta, tapi kita akan mengupas isi hati pasangan mereka yang terluka. Kesedihan mereka apabila kepercayaan dikhianati, kelukaan mereka tatkala cinta mereka dicurangi, kepiluan mereka tatkala teman hidup membawa diri.

Syafiq dan Delisa.
Adam dan Jasmina.

Dua pasangan suami-isteri muda yang sama cantik, sama padan, bagai pinang dibelah dua.

Tetapi apabila sebelah pinang terjumpa dengan potongan yang lebih sepadan dari apa yang sudah berada disisi, maka terbit perasaan untuk memiliki. Dari perasaan itu terbit pula rasa sayang. Dari sayang terbitnya cinta.

Indahnya perasaan bercinta. Indahnya perasaan disayangi. Indahnya seperti terbang di atas awan, meluncur bersama pelangi.

Kecuali... kepada pasangan yang telah ditinggalkan. Kerana mahar cinta itu dibayar dengan linangan air mata. Sayang yang diganti dengan luka dan duka.

Inilah kisah mereka.

Hati mereka yang terluka.

ʻʻHati Mereka Yang Terlukaʼʼ adalah siri kedua dalam Trilogi Terlanjur Cinta karya Seri Dewi Suria. Kisah kali ini memaparkan tema ʻʻKelukaan Cintaʼʼ

Trilogi Dugaan Cinta
Volume 1: ʻʻCinta dan Dosaʼʼ
Volume 2: ʻʻBagaikan Bidadariʼʼ
Volume 3: ʻʻSentuhan dari Syurgaʼʼ

Trilogi Terlanjur Cinta
Kisah 1: ʻʻKerana Satu Malamʼʼ
Kisah 2: ʻʻHati Mereka Yang Terlukaʼʼ
Kisah 3: ʻʻFirasat Cintaʼʼ

Pembaca boleh menghayati naskah ʻʻHati Mereka Yang Terlukaʼʼ secara standalone, iaitu tanpa perlu terlebih dahulu membaca naskah-naskah yang lain, kerana ianya tidak menjejaskan jalan cerita.

Kerana Satu MalamWhere stories live. Discover now