01

10.7K 282 21
                                    

©nurshyn
sugardaddy to sugarhusband
201021

- - -

Cerita ini adalah untuk sambungan kepada SUGARDADDY. Terima kasih kepada yang minta S2. Saya tak sangka sugardaddy tu dapat sambutan! Terima kasih sebab awak sudi baca karya saya yang penuh kekurangan itu ❤.

Sila baca SUGARDADDY untuk memahami kesinambungannya pada SUGARHUSBAND ini.

amaran: emosi dan konflik yang berat.

- - -

01

HALWA berjalan masuk ke dalam kafe. Dia menghembuskan nafas panjang setelah menapak masuk ke kafe. Vivian dengan kerusi rodanya itu mendekati Halwa yang ada di depan pintu sana.

"Ada yang cari akak," kata Vivian memberitahu.

Halwa menoleh ke arah Vivian. Dahinya berkerut. Awal pagi lagi ada yang mahu berjumpa dengannya?

"Siapa?" Halwa menyoal.

"Tak tahu. Tak kenal. Tapi macam pernah tengok sebelum ni. Akak pergilah jumpa. Dia ada dekat dalam ruang baca buku tu," tunjuk Vivian.

Halwa mengalihkan anak mata ke arah ruang pembacaan buku itu. Dia menghela keluh kemudian menepuk bahu Vivian.

Halwa mengorak langkah menuju ke ruang tersebut. Dia cuba mencari-cari gerangan yang ingin bertemu dengannya namun tidak ada sesiapa.

Seketika, mata Halwa menangkap sosok seorang lelaki. Dahi serta merta berkedut melihat lelaki tersebut.

"Navis?" panggil Halwa.

Navis menyimpan semula buku yang dia pegang.

"Nice to meet you again miss," ucap Navis.

"Apa yang awak buat dekat sini?" soal Halwa.

Hairan dia dengan Navis yang tiba-tiba saja datang ke sini. Entah apa lagi yang telah Davano arah pada Navis ini.

"Saya datang untuk sampaikan pesanan daripada Tuan Davano."

Dengar saja nama Davano, Halwa mendengus. Dia sudah agak mesti arahan dari Davano. Siapa lagi yang boleh buat Navis jumpa Halwa jika bukan Davano Ezander?

"Saya malas nak dengar. Awak pergi keluar sajalah," kata Halwa mengusir Navis.

Namun Navis tidak berganjak dari kedudukannya. Masih statik berdiri di sana. Tidak kira apa yang Halwa mahu kata, dia tetap mahu sampaikan pesanan daripada Davano.

"Saya akan ambil miss pada pukul sepuluh malam untuk ke Banglo Zander," beritahu Navis.

Halwa melepaskan nafas panjang.

"Keluar," suruh Halwa.

Mendengar balasan Halwa begitu, Navis mengangguk faham. Dia kemudian menunduk lalu mengatur langkahnya keluar dari kafe itu.

SUGARHUSBAND ✅️Onde histórias criam vida. Descubra agora