12

3.5K 158 7
                                    

sugarhusband

- - -

HALWA merenung lama wajah Davano yang ada di sebelahnya, matanya dibiarkan meneroka tiap sudut wajah lelaki itu. Hensem, sempurna. Itulah yang di ucapkan oleh Halwa di dalam hati. Tangannya naik memainkan rambut hitam milik Davano itu.

"I love you, sugarhusband," ucap Halwa.

Tak semena-mena, tangan Davano pula mengeratkan pelukannya. Kepala Halwa dibawa tepat ke dada lelaki itu. Halwa tersengih. Tentu lelaki itu dengar dan sedar dengan apa yang di lakukannya.

"Sugarhusband dah bangun?" tanya Halwa.

Perlahan kelopak mata Davano dibuka. Dia kemudian tersenyum, begitu juga dengan Halwa.

"Goodmorning, love." ucap Davano membuatkan Halwa menekup muka ke dadanya. Davano tertawa kecil, merasa comel dengan kelakuan Halwa.

"It's time to wake up, love." Davano berbisik ke telinga Halwa. Mereka harus bangun awal hari ini. Davano hendak membawa Halwa terbang ke Australia, honeymoon!

Halwa mengangkat muka, dia memuncungkan bibir memandang Davano. Dia tak puas lagi mahu peluk suaminya itu. Tak akanlah awal lagi hendak jalan? Bagilah masa sedikit untuk Halwa peluk lama lagi dengan dirinya.

"Tak nak. Saya nak tidur lagi...." lirih Halwa.

Davano tersenyum. Dia kemudian mengucup dahi Halwa lama membuatkan Halwa tersengih-sengih, suka. Siapa sajalah yang tidak suka jika di cium dengan suami, kan? Eloklah dengan suami, jangan dengan boyfriend. It's haram, brotha. If you do it, hell say hi.

"Tidurlah, love. I will wake you up later, okay?"

"Okay, sugarhusband." Halwa tersenyum. Dia kembali menekup wajah ke dada Davano. Lelaki itu pun hanya membiarkan, tangannya pula naik mengusap lembut kepala Halwa.

3:54am. Melbourne, Victoria, Australia.

Setelah kapal terbang peribadi milik Davano mendarat, mereka bertiga pun keluar daripada perut kapal. Kereta telah dipersiapkan untuk mereka. Tangan Halwa menggenggam erat tangan milik Davano. Davano juga begitu, tidak sesekali dia melepaskan pegangan tangannya daripada Halwa.

Kereta rolls royce hitam itu terus sahaja bergerak meninggalkan tempat mendarat kapal terbang peribadi milik Davano itu. Davano menarik tubuh kecil Halwa, kepala Halwa dia letak menyandar ke bahu. Sambil-sambil itu, tangannya naik mengusap kepala Halwa. Halwa tersenyum. Tangan dia pula memeluk erat akan lengan sasa Davano.

+ Australia, secara rasminya Komanwel Australia, ialah sebuah negara berdaulat yang terdiri daripada tanah besar benua Australia, pulau Tasmania, dan banyak pulau kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ Australia, secara rasminya Komanwel Australia, ialah sebuah negara berdaulat yang terdiri daripada tanah besar benua Australia, pulau Tasmania, dan banyak pulau kecil.[13] Ia adalah negara terbesar mengikut kawasan di Oceania dan negara keenam terbesar di dunia. Penduduk Australia hampir 26 juta,[7] di kawasan seluas 7,617,930 kilometer persegi (2,941,300 batu persegi),[14] sangat berbandar dan banyak tertumpu di pesisir pantai timur.[15] Canberra adalah ibukota negara, sementara kota terbesar adalah Sydney, dan kawasan metropolitan utama lain termasuk Melbourne, Brisbane, Perth, dan Adelaide.

Setelah beberapa jam seorang lelaki mengendara, akhirnya mereka sampai juga di sebuah banglo. Banglo yang dibeli Davano kemarin, dengan harga yang mencecah 14 juta ringgit. Agak mahal memandangkan tuan empunyanya itu mata duitan dan memanfaatkan hal tersebut. Untung saja banglo itu cantik, jika tidak tentu Davano akan temba --- maksudnya tidak ingin membelinya.

Badan Halwa di cempung oleh Davano, memandangkan isterinya itu sudah terlelap. Kasihan jikalau mahu dikejutkan, tentulah dia penat. Tak merasa keberatan langsung jikalau Davano mengangkat tubuh isterinya sendiri. Dia lagi suka.

Mereka masuk terus ke dalam banglo putih itu.

Davano meletakkan tubuh Halwa perlahan ke katil. Selimut tebal di tarik naik menutupi akan badan Halwa. Halwa menggeliat kecil sebelum dia menarik tangan Davano ke dalam pelukan. Davano tersenyum melihatnya.

Hatinya terasa sungguh senang melihat Halwa sekarang. Selepas ini, hari-harilah dia akan pandang wajah Halwa. Tak akan ada lagi halangan untuk mereka. Tak ada lagi larangan jikalau mereka berdua bersama-sama. Semuanya tidak ada lagi.

Davano berbaring di sebelah Halwa. Tangannya dibiarkan terus di peluk oleh Halwa. Sebelah tangannya itu akan naik mengusap kepala Halwa, seperti biasanya. Itu adalah apa yang Davano sukakan. Mengusap akan kepala Halwa. Hal itu membuatkan dia tenang.

"Thanks for everything, my love." Davano mengucup akan dahi Halwa.

Dia tak akan sia-siakan masanya lagi. Dia akan sentiasa memerhatikan Halwa mulai daripada hari ini. Sentiasa. Dunia Davano bukan dunia yang selamat. Dunia yang dipenuhi dengan rasa dengki kerana tak mampu buat memiliki kekayaan seperti yang di miliki Davano.

Akan ada saja orang yang datang dengan segala helahnya demi memperebutkan kuasa dan kekayaan. Apa yang Davano pertahankan bukanlah hanya kekayaan sahaja, namun segala-galanya. Kerana itu adalah hak miliknya.

"Don't worry, as long as i'm here, no one will hurt you, love." Sekali lagi sebuah kucupan di berikan pada dahi Halwa.

Love, queen. Forever.

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now