26

2.1K 116 0
                                    

sugarhusband

- - -

HARI ini Davano lewat balik kerana terpaksa menyiapkan kerjanya dipejabat, begitu banyak sehinggakan penatnya tidak reda dari siang tadi lagi. Hendak berehat pun ada sahaja panggilan masuk menganggu rehatnya.

Davano memulas tombol pintu bilik, pandangannya terus sahaja tertumpu pada Halwa yang sudah tidur nyenyak di atas katil sana. Kasihan isterinya itu, tentu penat menunggu dia pulang. Davano mengukir senyum.

Kaki diatur menuju Halwa setelah daun pintu ditutup semula. Dia melabuhkan punggung perlahan di sebelah Halwa. Sungguh kasihan dia pada Halwa. Walaupun Davano yang bekerja dari siang ke malam tapi Halwa tentunya lebih penat terpaksa menunggu sang suami selesai bekerja.

"Poor my wife...." ucap Davano sembari menurunkan badan ke tubuh kecil Halwa.

Lama dia pandang wajah isterinya sebelum bibir dia itu mencium ke dahi milik Halwa. Dia tidak mahu menganggu tidur Halwa, biarlah si isteri merehatkan dirinya. Senyum masih saja terukir pada bibir.

"Goodnight, honey." Davano sempat ucapkan itu.

Davano pun segera bangun dari duduk, sempat tangan dia mengusap akan kepala milik Halwa. Setelah itu, dia membuka tali leher sebelum butang baju kemeja dibukanya.

"Husband?" suara Halwa memanggil Davano.

Pantas sahaja lelaki itu menoleh kepada Halwa. Halwa terlihat sudah terjaga dari tidurnya. Mungkin juga kerana ciuman yang diberi oleh Davano tadi begitu kuat efeknya, sampai Halwa yang tertidur pulas boleh terjaga.

"Sorry I wake you up, wife." Davano kembali mendekati Halwa.

Halwa menggosok-gosok matanya. Tadi dia terjaga kerana sepertinya ada sesuatu, tak sangka pula itu adalah suaminya sendiri. Halwa duduk daripada pembaringannya di katil.

"Kenapa husband lambat balik?" Halwa cuba untuk membuka luas matanya yang tertutup-tutup kerana masih mamai.

Davano senyum. Tentu isteri dia ini penat sangat sampaikan tidak ingat kalau dia ada kerja yang perlu diselesaikan di luar. Tapi tidak mengapa pun, tidak langsung Davano kisah kalau si isteri pelupa.

"Honey, I'm sorry for leaving you till this late night. Ada kerja sikit dekat pejabat and I need to settle it," ucap Davano.

Sebersalah pula bila Davano memberitahu. Bukannya dia sengaja mahu balik lewat tetapi kerja dia saja yang selalu datang berlambak. Mahu tidak mahu, kenalah korbankan masa juga kalau nak siapkan kerja awal.

"It's okay, wife. Just sleep."

Halwa menggeleng manja. Dia malas mahu tidur jika suaminya sudah ada di hadapan. Pantas saja tangan Halwa menarik lengan milik Davano, dia peluk lembut lengannya.

"Husband... tak nak tidur." rengek Halwa begitu manja.

"Wife, I'm sweating. I can't hold you like this, sayang..." ucap Davano. Tangannya naik mengusap kepala Halwa.

Halwa menggeleng. Dia tidak mahu melepaskan pelukan. Tetap berdegil mahu Davano duduk bersamanya saja. Davano geli hati melihat prilaku Halwa, dia mana boleh biarkan saja isteri dia berbuat begini padanya, tidak elok pada hati --- semakin cair dia pada Halwa nantinya.

Davano tidak tahan melihat Halwa terus begitu. Dia pun duduk dan menarik Halwa terus dalam dakapan. Lihatlah saja. Mana dia boleh tahan kalau isteri dia sudah berkelakuan begitu. Comel sangat.

Halwa mengeratkan pelukan. Tersenyum lebar dia dengan perbuatan Davano. Davano juga mengoyak senyum. Sengaja dia berbisik pada telinga Halwa.

"If you don't let me go, I will make you go to the bathroom along." Davano memberi amaran.

Namun Halwa tetap tidak melepas dakapan. Dia tampaknya benar-benar mencabar Davano. Davano yang sememangnya suka dengan hal begini, tentulah senang di dalam hati.

Tanpa berlengah, tubuh Halwa yang tadinya elok berada di dalam dakapan terus sahaja Davano angkat. Halwa sedikit tersentak namun enggan juga melepaskan suaminya.

Langkah diorak menuju ke arah kamar mandi. Dan mereka pun mandi bersama.

     Davano memakaikan baju buat Halwa. Tersenyum-senyum Halwa Afrina pada Davano. Suka benar bila mandi bersama bahkan dipakaikan baju oleh si suami.

"I never thought you can be naughty like this, hm?" Davano mencubit hidung Halwa.

Halwa tersenyum. Memanglah tidak sangka. Selama ini dia simpan saja sifat nakal dia itu khas buat kekasih halalnya. Dan kini, Davano Ezander adalah lelaki yang berjaya lihat sisi lain Halwa si novelis.

"Biasalah," ucap Halwa tanpa segan silunya.

Tertawa Davano mendengar. Haduhai, sang isteri. Memandangkan begitu mencabar isteri dia pada malam ini.... Davano mengangkat tubuh Halwa lalu dibawanya ke katil.

Tubuh Halwa ditindihnya. Halwa tidak bereaksi malu, sebaliknya dia tersenyum suka. Dia tidak berdiam diri sahaja. Tangan dia melingkar naik pada leher Davano.

Davano pula yang tertawa dengan kelakuan Halwa. Random sungguh isteri dia ini. Tidak pernah dijangka akan kelakuan dia yang berubah-ubah.

"Wife.... how could you do this to me? Tahu tak awak ni mengancam?" pada hujung ayatnya, sengaja dia perlahankan.

Memang benarlah. Davano lihat saja pada mata dan kelakuan Halwa, mengancam segala jiwanya. Tidak tenteram lelaki itu dibuat Halwa. Terutama pada hati lah. Makin lama, makin sayang menggunung.

Halwa terkekek.

"Mestilah. Saya kan isteri awak. My husband pun apa kurangnya? Mengancam!" balas Halwa.

Davano tersenyum semakin lebar. Siapa yang mengancam siapa sebenarnya?

Davano menyentuh lembut pada kepala Halwa. Dia kemudian menurunkan sedikit badannya. Matanya memandang terus pada mata Halwa, kemudian bibir Davano turun terus ke bibir Halwa.

...bersambung

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now