+ special chapter

3.7K 117 4
                                    

Selepas lapan tahun berlalu..... Begitu banyak yang jadi di lapan tahun sebelum masih lagi mengusik di benak. Namun semua itu sudah menjadi sejarah dan sejarah itu tidak lagi diulangi. Banyak cabaran hidup yang telah ditempuh. Hanya kesabaran yang membuatkan kita berjaya menangani setiap ujian.

     DAVANO berjalan menuju ke ruang tamu. Matanya tercari-cari akan keberadaan si isteri. Hairan bila tidak melihat langsung kelibat si isteri. Hanya ada puterinya sahaja di ruangan itu. Kaki diorak mendekati puteri hatinya.

"Princess, where's mama?" soal Davano seraya dia labuhkan punggung di atas sofa.

Daezy Wana, anak kepada Davano Ezander dan Halwa Afrina. Anak perempuan mereka ini sudah berusia 8 tahun. Daezy Wana mewarisi kecerdikan dan kecantikkan daripada mama serta papanya.

Daezy menoleh ke arah Davano. Dia mengedipkan kedua matanya sebelum tangan diangkat lurus ke kanan. Jari telunjuk diluruskan, dia menunjuk ke belakang sofa sana.

Davano berkerut dahi. Pantas dia bangun dan berjalan menuju ke sofa yang ada di kanan. Kepala dijenguk ke belakang. Alangkah terkejut Davano Ezander bila melihat si isteri tercinta sedang duduk bersila di atas lantai.

"Hey sayang.... Kenapa duduk dekat situ?" tanya Davano.

Halwa menjeling kepada Davano lalu dia memalingkan wajah. Tangan disilang ke dada. Nampak pada gaya, si adinda sedang merajuk.

Davano menggaru kepala. Dia salah apa ya sehingga adindanya merajuk? Setahu dia, hari ini hanya hari biasa sahaja. Dia ingat kapan hari anniversary dan hari lahir si isteri.

"Kenapa ni, queen?" Davano bergerak mendekati Halwa.

Dia tak bisa biarkan si isteri merajuk begitu. Kalau dia tidak tahu apa puncanya, dia kena ambil tahu. Davano bukan lelaki yang hanya akan membiarkan si isteri merajuk tanpa dipujuk. Merasa tak berguna kalau dia hanya membiarkan si isteri.

"Wife... tell me why?" suara Davano lembut memujuk Halwa.

Halwa menoleh. Dia bertentang empat mata dengan Davano. Lama dia menatap Davano dengan tatapan yang berkerut ditambah pula bibir yang muncung ke hadapan.

"Husband.... Daezy patahkan kad saya!"

Davano yang mendengar cepat menahan tawa. Dia tidak sangka si isteri bakal merajuk dengan hal yang sebegitu kecil. Hanya kad yang dipatahkan itu Halwa mahu merajuk? Aduhai.

"Tak apalah, sayang. Kad itu nanti saya ganti."

"No!" Halwa bangun dari duduk.

Dia menjeling tajam pada Davano. Kaki cepat mengorak langkah.

"Eh, sayang! Don't walk like that, honey! You're pregnant!" jerit Davano.

Risau dia lihat Halwa yang bergerak biasa saja sambil menghentakkan kaki. Sudahlah isteri dia itu mengandung lima bulan sudah. Tahulah merajuk, bawalah perlahan sikit kalau nak berjalan. Karang terberanak pula!

"Shut up!" marah Halwa.

Tidak dia hiraukan langsung tentang Davano. Dia meninggalkan ruang tamu dan bergegas ke bilik. Tidak membiarkan Halwa, Davano pantas mengejar langkah si isteri. Dia kena pastikan Halwa selamat. Dengan langkah Halwa Afrina macam ada lumba jalan kaki, tidak mungkin Davano hanya tengok saja!

"Wife, wait a second! Wife!" panggil Davano.

PAK. Pintu bilik ditutup kasar. Halwa terus saja mengunci pintu. Davano cuba untuk masuk namun tidak bisa. Davano mengetuk pintu.

SUGARHUSBAND ✅️Where stories live. Discover now